combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Projek Ayer Itam-Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu Capai 91.8 Peratus Kemajuan - Exco
Kredit: FB - Zairil Khir Johari
Projek Jalan Pintasan Pakej 2, Ayer Itam-Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu kini mencapai kemajuan fizikal keseluruhan 91.8 peratus setakat 15 Jun lepas, dengan kerja-kerja pelancaran rasuk U pratuang (beam) bagi bridge 4 span 1 berjaya disiapkan sepenuhnya semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri Zairil Khir Johari berkata baki kerja pelancaran rasuk di bridge 4 melibatkan span 3 dijadualkan pada 27 Julai ini, diikuti span 2 pada 28 dan 29 Julai.
“Setiap rasuk U pratuang di bridge 4 mempunyai panjang antara 48.93 hingga 50.47 meter dengan berat antara 146.8 hingga 151.5 tan metrik.
“Oleh itu, pelancaran rasuk menggunakan kaedah tandem lifting yang melibatkan kren berkapasiti 600 tan sebagai kren utama dan kren 550 tan sebagai kren sokongan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zairil berkata kerja-kerja itu dijalankan mengikut prosedur operasi dan piawaian keselamatan yang ketat memandangkan ia melibatkan penggunaan kren berskala besar, kerja berisiko tinggi serta penutupan sementara laluan trafik secara berkala.
Beliau berkata Projek Jalan Pintasan Pakej 2 merupakan projek infrastruktur mega Pulau Pinang yang bukan sahaja bertujuan meningkatkan kelancaran mobiliti trafik, malah memperkukuh rangkaian pengangkutan negeri serta menjadi mercu tanda baharu dalam landskap keterhubungan negeri.