BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemajuan Projek ECRL Di Pahang Capai Lebih 90 Peratus

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,189
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,189
Reaction score
346
Points
141
d3d46a5263e56aa529fab6e281722b95674710567e4d0

-- fotoBERNAMA (2024)

Pembinaan jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Pahang yang merangkumi tujuh stesen kini telah mencapai tahap kemajuan lebih 90 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata kemajuan itu berjaya dicapai hasil kerjasama erat antara kerajaan negeri, agensi teknikal dan kontraktor yang terlibat dalam pembinaannya.

"Perkembangan positif ini juga menyumbang kepada kemajuan keseluruhan projek ECRL yang kini berada pada tahap 88.08 peratus setakat Oktober ini.

“Pahang kini antara negeri yang mencatatkan prestasi tertinggi dengan lebih 90 peratus siap, dengan kerja pembinaan di tujuh stesen dijalankan secara serentak dan menunjukkan prestasi stabil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Cabutan Undi Pakej Kerja Sub Kontraktor Bumiputera G1 dan G2 bagi projek ECRL di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Dalam pada itu, beliau berkata majlis undian yang diadakan hari ini menunjukkan komitmen MRL untuk melibatkan lebih ramai kontraktor tempatan, khususnya syarikat bumiputera gred G1 dan G2 dalam kerja kecil di sekitar stesen ECRL.

“Kini tiba masanya mereka terlibat melaksanakan kerja kecil yang penting untuk melengkapkan infrastruktur stesen.

“Penyertaan kontraktor kecil ini bukan sahaja mempercepatkan kemajuan kerja tetapi turut memberi impak ekonomi kepada penduduk setempat di sekitar kawasan pembinaan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Darwis memaklumkan dua set tren elektrik (EMU) dan dua lokomotif kini dalam proses penghantaran dari Dalian, China dan dijangka tiba di Malaysia pada penghujung Disember ini.

 
Back
Top
Log in Register