BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

NGO Gesa Usaha Padu Bendung Penyalahgunaan Dadah Sintetik Dalam Kalangan Pelajar

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
a3f7f7bb45648711cbfdb5b588aaa16d6853efa91d347

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Perikatan Komuniti Selamat menggesa usaha padu nasional untuk membendung penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar susulan amaran baharu mengenai peningkatan ancaman bahan sintetik terlarang.

Pengerusinya Tan Sri Lee Lam Thye menyeru penguatkuasaan yang lebih ketat melalui peningkatan pemantauan siber, kerjasama risikan rentas sempadan dan hukuman yang lebih berat terhadap pengedar yang menyasarkan kanak-kanak bawah umur.

Beliau menyifatkan trend itu sebagai sangat membimbangkan dan perlu ditangani dengan segera kerana ia menunjukkan ancaman dadah serius yang menyasarkan golongan muda.

"Dadah sintetik selalunya lebih kuat, tidak dapat diramalkan dan sukar dikesan berbanding dadah tradisional. Bentuknya yang tersembunyi dan kaedah pengedaran moden, termasuk platform digital, menjadikan penguatkuasaan lebih mencabar dan memberikan risiko yang lebih besar kepada pelajar," kata Lee dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kegagalan untuk menangani trend ini boleh membawa kepada akibat jangka panjang yang serius seperti kemerosotan kesihatan mental, peningkatan penglibatan dalam jenayah dan hakisan modal insan negara pada masa depan.

Untuk pelaksanaan tindakan beliau mencadangkan lima langkah utama, termasuk memperkukuh program pencegahan di sekolah melalui pendidikan antidadah secara berstruktur dan menyediakan kaunselor terlatih serta inisiatif sokongan rakan sebaya.

Perikatan itu juga mengesyorkan peraturan yang lebih ketat terhadap produk berisiko tinggi yang boleh disalahgunakan untuk pengambilan dadah, serta menjalankan ujian rawak terhadap produk yang mencurigakan dalam pasaran.

"Penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar bukan sekadar isu penguatkuasaan undang-undang. Ia merupakan kebimbangan kesihatan awam, sosial dan pembangunan negara yang memerlukan tindakan yang diselaraskan secara berterusan," katanya.

Lee juga berkata program pemulihan yang berfokus pada belia perlu diperluaskan termasuk pusat rawatan mesra remaja, sistem sokongan berasaskan keluarga dan skim kesinambungan pendidikan.

 
Back
Top
Log in Register