BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Neraga Kebajikan - PAS

strash_x

Active Member
Messages
2,000
Joined
Feb 14, 2006
Messages
2,000
Reaction score
4
Points
25
Dengan konsep negara berkebajikan, kerajaan yang bakal dibentuk oleh PAS akan berusaha:

* Membela Kebajikan rakyat serta kepentingan negara melalui pengurusan ekonomi yang bijak dan pembangunan seimbang, mesra-manusia dan mesra-alam.

* Melindungi Keselamatan seluruh lapisan rakyat khususnya kaum wanita dan kanak-kanak, dari ancaman jenayah.

* Mengembalikan amalan Demokrasi Tulen dan pilihan raya bebas, adil dan bersih.

* Memulihkan maruah dan integriti negara dengan membenteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

* Mempertahankan keluhuran dan kedaulatan undang-undang dengan mengembalikan integriti institusi kehakiman.

* Menamatkan keangkuhan dan penguasaan kuasa mutlak Umno/BN.

Sehubungan itu, bagi memenuhi tuntutan Negara Berkebajikan, kerajaan yang bakal dibentuk oleh PAS dan parti-parti sahabat akan bertindak:

* Menurunkan harga bahan bakar (petrol dan disel) dengan pendekatan ‘subsidi’ bagi menangani ‘inflasi’ harga barang keperluan dan seluruh kos perkhidmatan.

* Merapatkan jurang agihan kekayaan antara kaya-miskin dalam kaum dan antara kaum dengan menekankan aspek pendidikan dan peningkatan sumber pendapatan.

* Menghapus kira semua pinjaman tertunggak PTPTN
* Mengembalikan pendidikan percuma di peringkat IPTA.
* Mengembalikan semula pemberian biasiswa sebagaimana yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

* Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional (SPKN) akan disediakan kepada setiap rakyat yang tidak mempunyai Skim Perlindungan Kesihatan daripada majikan masing-masing agar dapat menikmati perkhidmatan kesihatan yang berkualiti di semua hospital kerajaan atau pun swasta.

* Melaksanakan Akta Gaji Minimum (maksudnya rakyat perlu bekerja) berdasarkan permuafakatan di antara majikan dan kesatuan sekerja, sesuai jenis pekerjaan dan dengan keperluan tuntutan kualiti hidup yang munasabah serta bersejajaran dengan amalan negara Asean.

* Potongan cukai untuk individu adalah sebanyak RM12,000 setahun.

* Memperkenalkan cuti bersalin 90 hari dan cuti kebapaan 7 hari tanpa had bilangan anak.

* Elaun Khas buat ibu tunggal dan memperkenalkan Takaful Armalah.

* Memperkenalkan konsep bekerja dari rumah untuk para wanita dengan memberikan pelepasan cukai kepada syarikat untuk perbelanjaan membeli peralatan pejabat dan komunikasi.

* Untuk kesihatan dan kegiatan sukan, PAS akan mewujudkan Pusat Sukan dan Rekreasi Khusus untuk kaum wanita.

* Waktu kerja Anjal akan terus diperkasakan bagi memenafaat serta tidak mengorbankan kepentingan institusi keluarga.

* Mengenalkan undang-undang bagi mengelakkan wanita dieksploitasi untuk kepentingan komersial.

* Meningkatkan kualiti hidup nelayan pantai dengan menyediakan perumahan tersusun serta peluang baru pekerjaan di dalam kegiatan perikanan tajaan Kerajaan atau Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) agar pendapatan bulanan melebihi RM1200 sebulan.

* Menghapuskan tol dan kerajaan mengambil-alih lebuhraya-lebuhraya dengan pampasan yang menasabah bagi menjamin kebajikan rakyat dan kepentingan negara.



Info - Harakahdaily
 
Back
Top
Log in Register