afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,263
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,263
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Pimpinan PAS hadir PAU
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan sebelum ini mengesahkan beliau, Presiden Hadi Awang, dan dua lagi pemimpin dijemput ke Perhimpunan Agung Umno (PAU). (Gambar Bernama)
Tiga pemimpin PAS itu disambut di atas pentas oleh Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki.
Syahir Sulaiman, Ahli Parlimen Bachok merangkap Setiausaha Politik kepada Presiden PAS Hadi Awang, turut kelihatan di perhimpunan tersebut.
Kehadiran mereka berlaku seminggu selepas pemimpin Umno, diketuai Asyraf, menghadiri Muktamar PAS di Kelantan.
Ia menyusuli kerjasama dua parti berkenaan pada PRN Negeri Sembilan.
Pada 1 Sept, Takiyuddin mengesahkan beliau, Hadi, dan dua lagi pemimpin dijemput ke PAU.