BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nelayan Dilaporkan Hilang Ditemukan Lemas

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Nelayan Dilaporkan Hilang Ditemukan Lemas​

7628feb2df415ce37a326e72a66690c95e7a1027641f4


Seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bot di perairan berhampiran Pulau Kendi, Batu Maung dekat sini sejak Rabu lepas  ditemukan lemas berhampiran Pulau Betong, hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata mayat ditemukan 2.30 petang sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan sepenuhnya pada 7.15 malam selepas mangsa ditemukan oleh komuniti nelayan," katanya kepada Bernama malam ini.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Anuwal Ab Wahab berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 8.53 pagi semalam, dan mangsa dikenali sebagai Tang Chin Khoon, 51.

Mangsa ke laut bersama tekong dan dua lagi rakan untuk menangkap ikan kira-kira 6 petang pada Rabu, dan ketika dalam perjalanan pulang kira-kira 10 malam, pengemudi bot menyedari mangsa sudah tiada di atas bot dan dipercayai telah terjatuh ke laut berhampiran Pulau Kendi.

 
Back
Top
Log in Register