BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nelayan Dikhuatiri Lemas Selepas Terjatuh Dari Bot Di Hutan Melintang

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,775
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,775
Reaction score
289
Points
146
7c0d071c920787e514ab925db990f42169cbe91159444

Foto kredit : APM Perak

Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh daripada bot ketika cuba memeriksa kipas bot di Lot 125B (Pelantar 10), Hutan Melintang, dekat Bagan Datuk, petang tadi.

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Bagan Datuk dalam kenyataan malam ini memaklumkan bahawa mereka menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Bagan Datuk berhubung kejadian yang melibatkan mangsa, Pee Kian Kok, 55, pada pukul 4.26 petang.

PKOD tersebut memaklumkan bahawa berdasarkan maklumat awal kejadian, lelaki itu terjatuh semasa memeriksa kipas bot untuk memastikan ia berfungsi dengan baik.

“APM Daerah Bagan Datuk telah menggerakkan pasukan ke tempat kejadian untuk tujuan pemantauan.

“Pada pukul 6.20 petang, pos kawalan APM dibuka dan anggota telah membuat pemantauan di tempat kejadian. Tiada operasi pencarian dijalankan atas faktor cuaca (hujan),” menurut kenyataan itu.

PKOD memaklumkan bahawa operasi pencarian ditangguhkan pada pukul 7.30 malam dan akan disambung pada pukul 8 pagi esok.

 
diaorg nie buat keje tangkap ikan memang tak perlu ekk pakai life jacket?atau dari kecik lg dah diajar berenang?
 
Back
Top
Log in Register