nikcashworld
Super Active Member
- Messages
- 9,007
- Joined
- Nov 27, 2007
- Messages
- 9,007
- Reaction score
- 7
- Points
- 65
isu dimainkan oleh Bn...
yg salah nanti pakatan....
yg salah nanti pakatan....
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
Kita tunggu dan lihat...
Apa yang paling membimbangkan BN@UMNO Baru adalah apabila kaum Cina dan India boleh menerima PAS ... Dan Melayu generasi baru boleh menerima DAP sebagai rakan seperjuangan...

bersangka baik sungguh kamu pada Najib....pada pendapat aku...pernyataan beliau seperti "double edges blade"...
persoalannya kita tak tau hujung blade mana yg akan digunakan...
pernyataan kamu itu baru satu hujung blade yg disebut..walhal ianya boleh juga ditafsirkan kepada hujung blade yg satu lagi...

Saya adalah Cina yang kembali kepada Islam. Saya tidak diminta lahir sebagai Cina sebagaimana anda tidak diminta dilahirkan sebagai seorang Melayu, India, Kadazan, Iban & sebagainya. Yang paling penting, saya adalah Muslim & InshaAllah akan mati sebagai seorang Muslim.
Tulisan saya ini khas untuk semua & saya mulakan dengan penyokong PR. Adalah sesuatu yang memalukan serta mendukacitakan anda sanggup meminta dari Obama untuk membantu. Sedarkah anda bahawa Obama & Amerikalah yang telah menghancurkan kehidupan rakyat beberapa negara dan anda meminta mereka utk campur tangan dalam hal ehwal negara? Masalah negara kita, kita selesaikan antara kita dan walaupun anda menuduh bermacam-macam namun apakah anda mahu melihat Msia huru-hara seperti negara lain akibat tidak berpuas hati dengan keputusan PRU?
Saya menyokong PR dalam PRU lepas tetapi saya menerima BN sebagai pemerintah & kerajaan walaupun ada yang berkata terdapat penipuan tetapi saya mengutamakan kedaulatan negara dari dicemari. Meminta bantuan Obama bukan jalan penyelesaian yang bijak. Pemimpin mencerminkan rakyat & anda ada masa 5 tahun untuk 'berkempen' sebelum PRU 14.
Kedua ditujukan kepada BN, jangan berkata DAP mahupun Cina menolak Melayu dan Racist. Kenapa bila dulu MCA menang banyak tak dikatakan mereka racist dan adalah pernah MCA menyenaraikan calon Melayu untuk PRU dalam sejarah mereka? MCa juga ditolak ramai Cina sedangkan MCA adalah parti Cina? Dari 15 kerusi parlimen pada PRU 12, kini mereka hanya adalah 7. MCA juga ditolak oleh orang Cina, Melayu & India. Bila Gerakan dengan ramai ADUN & MP Cina sebelum PRU 12 kenapa pula tidak dikatakan racist dan ada agenda? Adakah kerana mereka parti gabungan BN maka anda berdiam diri? Cina tidak menolak Melayu kerana jikalau anda rajin mengkaji, kenapa Rafizi seorang Melayu boleh menang di Pandan yang banyak pengundi Cina? Ibrahim Ali & Zulkifili Noordin kalah di kawasan yang banyak pengundi Melayu. Orang Cina hanya kurang dari 20% dari penduduk Malaysia jadi kenapa Cina yang selalu dikambing hitamkan? Jangan salahkan Cina mahupun Melayu ataupun India jikalau sokongan berkurangan tetapi tanya diri kenapa rakyat Malaysia menolak gagasan anda. Yang jelas sebenarnya rakyat jelata baik Melayu, India, Cina, Jawa, Bangla mahupun Iban menolak politik perkauman yang menjadi senjata setiap PRU terdahulu. Rakyat makin matang berfikir dan menilai.
Usah meniupkan api perkauman baik dari PR mahupun BN. Usah juga kongsikan gambar atau dokumen yang anda sendiri tidak pasti kesahihannya lalu dikatakan inilah agenda mereka. Sediakah kita menjawab di depan Allah jikalau ianya adalah palsu akibat teruja sangat untuk berkongsi info yang kita sendiri tidak pasti? Sedihnya ramai Muslim terjebak dalam isu sebegini dan mengapakah ini terjadi sedangkan isu perkauman adalah mainan jahiliyyah dan apakah kita masih terperangkap dengan bisikan syaitan?
Yang telah menang, tunaikan janji anda. Penyokong calon dan parti yang menang, ingatkan mereka akan janji yang ditabur. Yang kalah, fikirkan di mana silapnya dan teruskan berkhidmat dan bukannya muncul apabila tiba musim PRU. Wahai saudara seIslam, ingatlah bahawa Allah SWT memberikan kekuasaan kepada siapa yang Dia kehendaki dan hidup ini adalah ujian bagi setiap manusia.
Dari kita bercakap mengenai perkauman dan bangsa, mari kita mengembleng tenaga mendakwahi mereka agar mereka menjadi saudara seakidah dengan kita walaupun berlainan bangsa. Allah SWT tidak akan bertanya apakah bangsa dan kaum kita tetapi InshaAllah kita akan ditanya apakah yang telah kita lakukan dengan Nur Islam yang Allah telah kurniakan kepada kita dan pastikan kita ada jawapan di akhirat kelak.
Wallahualam...

Bagi masa Najib jelaskan...
Aku menolak sebarang politik perkauman...Semua rakyat ada hak utk memilih sesiapa yang dipercayai mereka...
aku harap najib dapat jelaskan kenapa statement perkauman boleh dikeluarkan, sedangkan dari mulut dia sendiri berkata, elakkan politik perkauman yang melampau.. sendiri cakap sendiri buat ke najib?
perkauman langsung takde membawa sebarang faedah..