BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

National Reconciliation (NR)

fine net

CG Top Poster Club
gem
Messages
43,408
Paid Membership
Joined
Apr 5, 2007
Messages
43,408
Reaction score
340
Points
136
Korang perasan x smalam bila najib umum jerk BN Bentuk Kerajaan terus sebut pasal National Reconciliation (NR). Apa yang Korang paham pasal National Reconciliation (NR).

Info:
1) Dalam propaganda, istilah "National Reconciliation (NR)" hanya dipakai untuk gelaran kepada usaha penyatuan semula antara dua pihak yang bertentangan selepas berlakunya peperangan saudara;

2) Tujuannya sangat baik, namun apa yang kerap berlaku adalah sebaliknya (sila rujuk sejarah NR dari kejadian Austro-Prussian War, Spanish Civil War, American Civil War, Boer War, Vietnam War, Korean War, dll). Sangat buruk apabila NR ini digunakan oleh pihak yang menang (memerintah) untuk tujuan "Power Consolidation", dalam proses ini banyak pihak yang jadi mangsa atas nama "program penyatuan"; kebanyakan mangsa adalah pihak yang dipandang oleh pemerintah sebagai "unfriendly" semasa peperangan yang telah berakhir atau dipandang sebagai pihak yang berpotensi jadi musuh dalam peperangan akan datang (patut dihapuskan sebelum jadi penghalang). Contohnya pembersihan golongan ulama oleh Kamal Artaturk.

@"Power Consolidation": Pihak yang baru menang kebiasaannya berada dalam keadaan lemah, dia perlukan tempoh masa dan tindakan yang tertentu untuk jadi kuat atau lebih kuat dari keadaan sebelum peperangan.

3) Secara ringkasnya, kerap kali istilah "National Reconciliation" ini digunakan hanya kerana namanya yang baik itu (sebab itu istilah ini diletakkan dalam kamus "propaganda"!).

p/s: oh ya, helah "penyatuan semula" ini pertama kali digunakan oleh pihak penakluk Kristian ketika mereka menakluk Andalusia (Sepanyol), dipakai untuk memujuk orang Islam keluar dari rumah mereka.

Allahu'alam.


sumber




menarik jgak isu nie utk dibincangkan dan dikupas.....kalau ada sapa2 nk buat pertambahan info lagi bgs..:)
 
ni firasat aku la tt..

najib bila pru ni.. semacam ada wake-up call.. mcm dia tu tersedar dari lamunan panjang.. ye lah kan.. dulu selesa.. skang ni tercungap2..

sbb tu time istihar bn menang.. muka najib kelat sbb tgk pendirian rakyat melalui peti undi amat tidak baik utk perpaduan negara.

actually maybe najib pun dah agak.. cuma tak sangka seteruk mcm ni.


sbb tu istilah national tu terus terpacul daripada mulut najib.. aku rasa la.. najib tu ikhlas.. tu aku rasa la. sbb dia pun bimbang.. kalau kaum cina ni boikot habis2an kerajaan.. mau kucar kacir gak perbendaharaan negara.


buat2 depa boikot takmau bayar tax.. kalau sorg dua boleh la ligan.. kalau majoriti semua takmau bayaq.. larat ke nak ligan sorang2..

so mau tak mau.. dia kena kendurkan api perkauman.. tp sayang.. selepas kemenangan.. api perkauman ditiup lebih kuat.. dan disambut baik oleh penyokong mereka dan prof2 kangkung mereka yg disiar di tv..

dan bg aku.. najib sedar keburukan yg bakal berlaku.. cuma sekarang dia perlu mengawal dgn lebih baik utk avoid api perkauman itu drpd merebak.

ni pemerhatian aku la.
 
Bahaya statement najib smlm.....tgk je kt cg mcm mana dieorng main isu perkauman..tu blom masuk kt fb lg...ari nie satu hari berehat kt rumah...esk baru kerja..baru bleh nmpk mcm mane keadaan kt luar plak.....
 
Najeeb buat stmt tergesa2.nak jaga air muka dia
Trus buat stmt mcm tue.kesannye dlm awani trus sbung psl isu ni.dlm cg pun jadikan ia isu perkauman.aku yakin penyokong2 tegar bee end akan mainkan isu ni.aku akan di tmpt kerja.borak2 ngan penyokong2 bee end.satu lg isu ni dh dimainkan b4 election.so ia mudah utk disambungkan ke selepas election.petik cikit jer penyokong bee end mainkan lagu perkauman nie.
 
Makin kuat isu api perkauman dimainkan oleh media massa....

603797_570827412948869_1282631256_n.jpg
 
mungkin maksud najib ialah
national reconciliation tu merujuk kepada
perpecahan dalam bn akibat cubaannya
untuk menjatuhkan pihak tertentu dalam parti
sebaliknya tidak berjaya dan bn terima akibat yang besar
jadi maksud dia ialah menyelesaikan masalah dalam parti peringkat kebangsaan ...
 
bn yg ajar perkauman, so sendiri yg terkesan.

org maju ke depan, dia makin ke belakang.
 
Kita tunggu dan lihat...

Apa yang paling membimbangkan BN@UMNO Baru adalah apabila kaum Cina dan India boleh menerima PAS ... Dan Melayu generasi baru boleh menerima DAP sebagai rakan seperjuangan...
 
Aku terlintas rasa sikit curiga sebab Najib umum National Reconciliation ni macam nak cepat2 sebagai penutup kepada PRU13, macam nak tutup sesuatu.... satu diversion, tak bagi PRU13 di bubuh bawah microscope!!!
 
Back
Top
Log in Register