BTC USD 84,170.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nasihat Trader Kepada Newbies

alamak tuan, saya rasa saya masih lagi belum ke tahap otai nak mengajar. masih lagi budak mentah dalam forex ni. takut la kalau silap ajar. share share pengalaman dan idea boleh lerr...:D

sbnrnye aku masih xfaham istilah2 yg digunakan dlm forex ni. byk sgt yg dua huruf je.. boleh bro bg list x ape mksd2 istilah yg digunakan dlm forex ni?
 
Salam Semua...

Tujuan saya menulis post ini selepas dapat berita dari kawan lama (tapi newbie dalam forex) yang account dia MC. Duit lesap hampir 3k usd. Dia tak kisah sebab dia memang loaded. Tapi ini membuat aku nak tulis sikit mengenai trading forex. Saya share2 sikit pengalaman saya dah beberapa tahun dalam forex ini. Full time dah 2 tahun.

Kesilapan newbies yang selalu diulang ulang hampir semua newbies didunia ini.

1. Tak sabar nak trade - bila dapat sahaja berita mengenai buat duit melalui forex bagus atau ada mamat yang buat good money dengan forex, banyak yang terus nak start trade. Tak fikir mengenai ilmu forex yang perlu. Forex ini cara betulnya bukan macam berjudi, kita kena faham basic indicators, trend currency dan beberapa perkara lain. Ilmu di dada ( atau kepala) perlu cukup. Kalau nak trade, cuba berguru atau belajar sendiri basic knowledge sebulan dua sebelum try try demo account.

2. Terus nak ke live account aje - Bila dah ada ilmu basic, try dahulu demo account. Memang demo account tak ada feeling sebab bukan duit kita, namun ianya boleh digunakan untuk try knowledge kita. pada yang betul betul tak ada mood dengan demo account, gunalah micro account per pip 5 sen ke. Pastikan anda boleh untung consistent dengan demo dulu sebelum pergi live account. Berapa pip boleh untuNG tak jadi issue, yang penting consistent untung. maksud consistent ialah katakan dalam sebulan trading, at the end of the month account kena positive.

3. Tak ada strategy, main tembak tembak - Develop strategy sendiri atau ikut strategy orang lain yang menguntungkan secara purata. pendek kata jika buat 10 trade, 4 rugi 6 untung kira boleh lah. STRATEGY AMAT AMAT AMAT PENTING. DAN BILA STRATEGY DAH TERBUKTI OK, IKUT STRATEGY. Back test strategy anda bila market trending dan bila market moving sideways. Strategy kena dibuat waktu dalam demo account lagi. Diperbaiki dari semasa ke semasa.

4. Rugi & Untung. Ini adat resam trading. Kalau anda tidak boleh terima Rugi, maka anda tidak sedia untuk trade. Jangan trade. Ini melibatkan emosi, hampir 99% newbies akan mengalami masalah ini termasuk saya dulu. Bila untung, jangan tamak. Jika strategy anda kata keluar trade and take profit atau sebaliknya, ikut strategy.

5. Gunakan robot - aduh ini susah sikit nak cakap takut sakiti hati bro bro yang promote robot. Tumpang lalu... memang hampir 98% robot akan merugikan anda. tak caya cuba lah. Memang ada robot yang menguntgungkan mula mula, tapi kemudian rugi aje. Ada sebabnya, tapi nanti2 saya akan terangkan. Yang dulu dulu waktu saya newbie terkena dengan MESIN DUIT...hehehe ( ea mesin duit ini setahu saya ada nama lain dalam bahasa english.. lupa dah). Nasihat saya, elakan robot sampai duit dah banyak dah sampai boleh main main saja saja rugi pun tak apa.

6. Money managemant - amat amat penting. tak perlu saya huraikan, dah byk org tulis mengenai ini. Yang penting, bila dah untung, sila simpan dibank at least 2 kali ganda nilai live trading account anda di bank. Ini memberikan anda confident dan jaminan yang tidak kira apa terjadi pada account live anda walaupun lesap semuanya, anda boleh start balik dengan cepat dan dengan lebih bijak.

7. Sytle trading tidak menentu - Lastly trading style, short term ke, medium term ke, long term ke terpulang pada anda. Jika anda seorang yang memang sentiasa depan PC, maka boleh lah consider short term trading. Jika anda berkerja, sesuai medium to long term trading. Saya personally suka long term dan hanya trade long term. Ianya memberikan saya ketenangan. Setiap orang beza cara tradingnya dan anda kena develop sendiri style anda. Cuma satu sahaja sama antara traders..... either you make money or lose money!

Jika anda newbie, plan career trading anda. bagi diri masa 3 ke 6 bulan untuk belajar dan trade kecik2 dulu. Bila consistent, baru belasah habis habis mengikut kemampuan. :D

just my 2 cent !

Nasihat yg berguna ni tak kirala utk newbies ke senior ke :D
 
ceq selalu ingatkan diri klu nak buat apa2 ingat orang tersayang, that mean klu trade forex biarlah jangan sampai menjejaskan kehidupan, disebabkan risk yang diambil dalam trading forex. Kita hanya merancang Tuhan jua yang menentukanya.
 
sbnrnye aku masih xfaham istilah2 yg digunakan dlm forex ni. byk sgt yg dua huruf je.. boleh bro bg list x ape mksd2 istilah yg digunakan dlm forex ni?

Yang saya bagi apa yg sy tau la ye..sj kongsi2..kalau ada jmpe singkatan yg lyen,try la tnya masta kt cni..:">:">:">

Ni yg basic2

1.OP-open order
2.TP-take profit
3.SL-stop loss
4.BE-break even
5.PO-pending order
6.DP-daily pivot
7.PP-pivot point
8.S/R-support/resistence
9.UTL-upper trend line
10.LTL-lower trend line

stakat ni je yg terlintas kt kepala..kalau ada yg lain,boleh tnya:D:D
 
nasihat memang berguna pada yg kayu cam hamba nie.tapi yg susahnya yg kayu nie x mau degar nasihat ibarat masuk teliga kira keluar teliga kanan.
 
kalau nak trade tapi tak nak byk menganalisa indi ke,mm ke,news ke,guna formula sy naked trading tak poning kepala tapi ada brapa syarat ya
 
ade jugak ayat yg terkena kat aku.huhuhu
 

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.13910
USD / JPY
157.285
GBP / USD
1.32505
USD / CHF
0.82827
USD / CAD
1.41455
EUR / JPY
179.163
AUD / USD
0.70328
Back
Top
Log in Register