BTC USD 84,092.4 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nasihat Trader Kepada Newbies

biar je dia ngn lancaunyer..

besok gen2 ni la yg akan reg id baru pastu duk kutuk kaw2 apa yg dia dah buat
 
peringatan yang baik untuk hamba. terima kasih.
 
Salam,
Terima kasih atas nasihat yg berguna bro, saya dah mula berjinak2 dgn forex sejak beberapa bln yg lalu dan alhamdulillah saya rasa saya dah mempunyai strategi yg agak kukuh. saya bercadang utk membuka trading akaun dlam masa terdekat mengunakan fxcm trading. Sebagai seorang yg dikira sebagai newbie dlm hal2 forex nie saya harap bro2 yg lebih otai dlam hal ni dapat memberi sedikit sebanyak nasihat atau pendapat.

Utk pengetahuan bro2 sekalian saya bercadang utk membuka trading akaun dgn FXCM berjumlah $1000. Fokus saya lebih kepada short term trading, so far saya tidak mempunyai currency yg menjadi fokus utama kerana saya trade mengunakan berita semasa dan beberapa panduan yg lain. Satu hal lg apakah ada fees yg perlu saya bayar memandangkan demo akaun FXCM saya tidak menunjukkan administrative, management dan performance fees. Apa yg saya maksudkan apakah ada fees yg perlu saya bayar melainkan trading commision. Harap bro2 semua dpt membantu tq wassalam.
 
Terima Kasih banyak2. Saya dah mula faham sikit-sikit...hehe...
 
thanks for the tips.. i baru je nk bjinak2 ngan forex :)


Salam Semua...

Tujuan saya menulis post ini selepas dapat berita dari kawan lama (tapi newbie dalam forex) yang account dia MC. Duit lesap hampir 3k usd. Dia tak kisah sebab dia memang loaded. Tapi ini membuat aku nak tulis sikit mengenai trading forex. Saya share2 sikit pengalaman saya dah beberapa tahun dalam forex ini. Full time dah 2 tahun.

Kesilapan newbies yang selalu diulang ulang hampir semua newbies didunia ini.

1. Tak sabar nak trade - bila dapat sahaja berita mengenai buat duit melalui forex bagus atau ada mamat yang buat good money dengan forex, banyak yang terus nak start trade. Tak fikir mengenai ilmu forex yang perlu. Forex ini cara betulnya bukan macam berjudi, kita kena faham basic indicators, trend currency dan beberapa perkara lain. Ilmu di dada ( atau kepala) perlu cukup. Kalau nak trade, cuba berguru atau belajar sendiri basic knowledge sebulan dua sebelum try try demo account.

2. Terus nak ke live account aje - Bila dah ada ilmu basic, try dahulu demo account. Memang demo account tak ada feeling sebab bukan duit kita, namun ianya boleh digunakan untuk try knowledge kita. pada yang betul betul tak ada mood dengan demo account, gunalah micro account per pip 5 sen ke. Pastikan anda boleh untung consistent dengan demo dulu sebelum pergi live account. Berapa pip boleh untuNG tak jadi issue, yang penting consistent untung. maksud consistent ialah katakan dalam sebulan trading, at the end of the month account kena positive.

3. Tak ada strategy, main tembak tembak - Develop strategy sendiri atau ikut strategy orang lain yang menguntungkan secara purata. pendek kata jika buat 10 trade, 4 rugi 6 untung kira boleh lah. STRATEGY AMAT AMAT AMAT PENTING. DAN BILA STRATEGY DAH TERBUKTI OK, IKUT STRATEGY. Back test strategy anda bila market trending dan bila market moving sideways. Strategy kena dibuat waktu dalam demo account lagi. Diperbaiki dari semasa ke semasa.

4. Rugi & Untung. Ini adat resam trading. Kalau anda tidak boleh terima Rugi, maka anda tidak sedia untuk trade. Jangan trade. Ini melibatkan emosi, hampir 99% newbies akan mengalami masalah ini termasuk saya dulu. Bila untung, jangan tamak. Jika strategy anda kata keluar trade and take profit atau sebaliknya, ikut strategy.

5. Gunakan robot - aduh ini susah sikit nak cakap takut sakiti hati bro bro yang promote robot. Tumpang lalu... memang hampir 98% robot akan merugikan anda. tak caya cuba lah. Memang ada robot yang menguntgungkan mula mula, tapi kemudian rugi aje. Ada sebabnya, tapi nanti2 saya akan terangkan. Yang dulu dulu waktu saya newbie terkena dengan MESIN DUIT...hehehe ( ea mesin duit ini setahu saya ada nama lain dalam bahasa english.. lupa dah). Nasihat saya, elakan robot sampai duit dah banyak dah sampai boleh main main saja saja rugi pun tak apa.

6. Money managemant - amat amat penting. tak perlu saya huraikan, dah byk org tulis mengenai ini. Yang penting, bila dah untung, sila simpan dibank at least 2 kali ganda nilai live trading account anda di bank. Ini memberikan anda confident dan jaminan yang tidak kira apa terjadi pada account live anda walaupun lesap semuanya, anda boleh start balik dengan cepat dan dengan lebih bijak.

7. Sytle trading tidak menentu - Lastly trading style, short term ke, medium term ke, long term ke terpulang pada anda. Jika anda seorang yang memang sentiasa depan PC, maka boleh lah consider short term trading. Jika anda berkerja, sesuai medium to long term trading. Saya personally suka long term dan hanya trade long term. Ianya memberikan saya ketenangan. Setiap orang beza cara tradingnya dan anda kena develop sendiri style anda. Cuma satu sahaja sama antara traders..... either you make money or lose money!

Jika anda newbie, plan career trading anda. bagi diri masa 3 ke 6 bulan untuk belajar dan trade kecik2 dulu. Bila consistent, baru belasah habis habis mengikut kemampuan. :D

just my 2 cent !
 
indicator terbaru..

pada otai2 forex yg ada..leh x tolong syerkan indicator
yg latest punya..dan tunjuk ajar la cara2 nk guna skali..ada ke
otai2 yg budiman..:D
 

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.13916
USD / JPY
157.295
GBP / USD
1.32510
USD / CHF
0.82811
USD / CAD
1.41445
EUR / JPY
179.184
AUD / USD
0.70328
Back
Top
Log in Register