BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nakhoda, Kru Bot Penumpang Ditahan Disyaki Langgar Peraturan Keselamatan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Nakhoda, Kru Bot Penumpang Ditahan Disyaki Langgar Peraturan Keselamatan​

9570edaf82e4bbbcd7a54e11bd0ff1306a9941a789af0

kredit: APMM

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot penumpang disyaki melanggar pelbagai peraturan keselamatan di perairan Pulau Besar, Mersing semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Zon Mersing Lt Maritim Hazuan Joha berkata bot berkenaan ditahan kira-kira 0.4 batu nautika barat laut Pulau Besar oleh pasukan bot ronda APMM yang menjalankan rondaan Ops Jaksa dan Ops Tiris 4.0.

Beliau berkata bot itu dipintas kira-kira 1 tengah hari dan hasil pemeriksaan menemukan 18 penumpang di dalam bot itu, melebihi had 12 orang yang dibenarkan mengikut syarat lesen.

“Bot itu juga disyaki beroperasi tanpa bilangan kru yang mencukupi sebagaimana ditetapkan. Bot itu didapati dikendalikan dua kru warga tempatan iaitu seorang nakhoda dan seorang kru pengiring berusia 22 serta 35 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hazuan berkata penumpang bot tidak ditahan manakala nakhoda, kru berserta bot dibawa ke Jeti Ibu Pejabat Maritim Zon Mersing untuk tindakan lanjut mengikut Kaedah-Kaedah Bot 1953 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

 
Back
Top
Log in Register