BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sumpah tak lawak, hormati ahli keluarga kru, penumpang MH370

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,485
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,485
Reaction score
1,681
Points
201
14264020205273981-408481.jpg

14264020205273981-408482.jpg

14264020205273981-408483.jpg


‘Sumpah tak lawak, hormati ahli keluarga kru, penumpang MH370’


PETALING JAYA – Seorang pengguna Threads dikecam selepas didakwa memuat naik hantaran dengan gurauan berkaitan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada 2014.

Menerusi hantaran Threads lelaki tersebut, dia memuat naik gambar pesawat dengan kapsyen, ‘Dah jumpa MH370 yang hilang hari tu dekat TTDI Jaya saja’.

Bagaimanapun, hantaran tersebut mendapat kecaman daripada orang ramai kerana insiden kehilangan MH370 yang menggemparkan negara lebih 10 tahun lalu tidak sepatutnya dijadikan gurauan bagi menjaga sensitiviti ahli keluarga dan waris penumpang serta kru terlibat.

“Sumpah tak lawaklah. Fikir dan hormati perasaan ahli keluarga MH370 boleh tak?,” kata @Shiwa NS25.

“Benda yang tak sepatutnya dijadikan bahan jenaka murahan. Hormati perasaan ahli keluarga dan waris mangsa. Semoga tiada benda (kejadian) sama terjadi dekat keluarga kamu dan orang lain (pula) jadikan jenaka,” komen @The Rippstagram.

“Ini benda (perkara) sensitif. Banyak nyawa hilang, banyak keluarga sedih. Jangan dibuat lawak bodoh macam ini,” balas @Hantugym.

Pada 8 Mac 2014, pesawat MH370 yang membawa seramai 239 penumpang dan kru berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang ke Beijing pada pukul 12.41 pagi.

Bagaimanapun, pesawat tersebut dilaporkan hilang daripada radar kira-kira dua jam selepas berlepas. Susulan itu, operasi mencari secara besar-besaran melibatkan beberapa negara dijalankan di kawasan berkeluasan berjuta-juta kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.

Setakat ini pesawat MH370 masih gagal ditemukan.

Artikel Kosmo Online
 
Back
Top
Log in Register