BTC USD 62,127.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Najib terima anugerah tertinggi UAE

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
41400423344_295x200.jpg


ABU DHABI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dianugerahkan Pingat Union oleh Emiriyah Arab Bersatu (UAE), anugerah tertinggi untuk Ketua Negara, di sini hari ini.

Anugerah itu, yang diberikan sebagai menghargai sumbangan beliau ke arah mempertingkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara, disampaikan oleh Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan di Istana Mushrif, di sini.

Perdana Menteri sebelumnya diberi sambutan rasmi di Istana. Najib yang tiba di sini malam tadi kini dalam lawatan rasmi selama tiga hari ke ibu negara UAE dan ini merupakan lawatan kali kedua ke negara itu selepas menyandang jawatan perdana menteri pada April 2009.

Dalam lawatan itu, beliau diiringi oleh isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan beberapa menteri Kabinet termasuk Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohammed Nazri Abdul Aziz dan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/najib-terima-anugerah-tertinggi-uae-36090?cp
 
berhubung anugerah itu...living cost di mesia menurun dengan jayanya...bravo najib...yahooo
 
kalung tu sesuai untuk sorang akak tu....if you know what i mean
 
Pelengkap akhir zaman.. Orang mulia yg disanjungi bukan yg sepatutnya. Bukan najib tauu...Najib memang layak pun. Semua rakyat Malaysia berbahgia skrg. :)
 
Back
Top
Log in Register