BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bernama Terima Anugerah Media MDA, Tingkat Kesedaran Peranti Perubatan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
06772e30f540c51b28175de9e03b80b469dc82f257521

b533bdc95785cc61bd952f1e8253374569dc83245f55b

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Azah Hanim Ahmad (dua, kiri), menyampaikan Anugerah Media Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) 2025 kepada Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin (dua, kanan), pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MDA 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Turut kelihatan Ketua Eksekutif MDA Dr Muralitharan Paramasua (kiri).


Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) hari ini menerima Anugerah Media Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) 2025 bagi kategori akhbar dan portal berita.

Anugerah itu disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kesihatan (KKM) Datuk Azah Hanim Ahmad kepada Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MDA 2025.

Turut hadir Ketua Eksekutif MDA Dr Muralitharan Paramasua.

Anugerah berkenaan bagi mengiktiraf komitmen agensi berita itu dalam menyampaikan liputan berkualiti dan berterusan mengenai aktiviti serta inisiatif MDA sepanjang tahun lepas.

Ketika ditemui, Nur-ul Afida berkata pengiktirafan tersebut mencerminkan komitmen Bernama dalam menyokong usaha MDA mengangkat dan memartabatkan bidang perubatan melalui penyampaian maklumat yang tepat dan berkesan kepada masyarakat.

Beliau berkata sokongan Bernama terhadap MDA dizahirkan melalui liputan berita yang konsisten mengenai peranannya dalam mengawal selia produk perubatan yang perlu didaftarkan secara rasmi sebelum dipasarkan kepada pengguna.

"Selain itu, kita juga membuat liputan tentang usaha MDA dari sudut mengangkat produk yang boleh digunakan dalam industri perubatan tempatan," katanya.

Nur-ul Afida berkata pencapaian menerima anugerah daripada MDA secara berterusan sejak 2023 merupakan sesuatu yang membanggakan dan mencerminkan dedikasi tinggi warga Jabatan Pengarang dalam menghasilkan liputan berkualiti.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh pasukan editorial Bernama atas komitmen mereka dalam memastikan maklumat berkaitan keselamatan peranti perubatan disampaikan secara berkesan kepada orang ramai.

 
Back
Top
Log in Register