BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih 300 Aduan Peranti Perubatan Diambil Tindakan Pada 2025 - MDA

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
6d111564aa331f8b998b309d16385d3769dc98da8cb38

06772e30f540c51b28175de9e03b80b469dc82f257521

b533bdc95785cc61bd952f1e8253374569dc83245f55b

Ketua Eksekutif MDA Dr Muralitharan Paramasua ketika ditemui Bernama pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MDA 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) menerima lebih 300 aduan berkaitan peranti perubatan pada 2025, dengan kesemuanya telah disiasat dan diikuti tindakan penguatkuasaan serta pendakwaan di mahkamah terhadap syarikat yang melanggar peraturan.

Ketua Eksekutif MDA Dr Muralitharan Paramasua berkata setakat akhir tahun lepas, kira-kira 10 syarikat telah dijatuhkan hukuman atas kesalahan berkaitan penjualan peranti perubatan yang tidak berdaftar atau tanpa lesen sah.

“Selebihnya, kita mengambil tindakan penggantungan atau pembatalan lesen. Ini merupakan antara langkah penguatkuasaan yang sedang kita pergiatkan," katanya kepada Bernama selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MDA 2025 di sini hari ini.

Beliau berkata antara produk yang paling banyak menerima aduan ialah kanta lekap, termometer, alat pemantau tekanan darah, kateter dan picagari, khususnya yang melibatkan produk guna habis.

Dr Muralitharan berkata setiap peranti perubatan yang ingin dipasarkan di Malaysia wajib melalui proses penilaian dan pengesahan ketat oleh MDA bagi memastikan produk tersebut selamat digunakan, khususnya oleh pesakit.

Dalam pada itu, beliau berkata MDA juga memberi perhatian khusus terhadap penjualan peranti perubatan melalui platform dalam talian, yang didapati menjadi antara saluran utama penjualan produk tidak berdaftar.

"MDA akan terus mempergiat pemantauan dan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang menjual peranti perubatan tidak berdaftar atau beroperasi tanpa lesen sah, bagi memastikan keselamatan pengguna sentiasa terjamin," katanya.

Beliau juga menggalakkan orang ramai untuk terus tampil membuat aduan sekiranya mengesan sebarang aktiviti penjualan peranti perubatan yang meragukan sebagai langkah bersama dalam melindungi kesihatan awam.

 
Back
Top
Log in Register