kakigossip
Active+ Member
- Messages
- 3,067
- Joined
- Apr 21, 2011
- Messages
- 3,067
- Reaction score
- 40
- Points
- 40
Nafas: Pembekalan baja selesai lebih awal, ikut jadual
Nafas mengesahkan pembekalan sebanyak 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah diselesaikan sepenuhnya lebih awal daripada tempoh ditetapkan.
Nafas: Pembekalan baja selesai lebih awal, ikut jadual
KUALA LUMPUR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) mengesahkan pembekalan sebanyak 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah diselesaikan sepenuhnya lebih awal daripada tempoh ditetapkan.
Dalam kenyataan, Nafas memaklumkan bekalan bersamaan 413,750 beg baja urea itu dihantar menerusi anak syarikatnya, Malaysian NPK Fertilizer Sdn. Bhd. (MNFSB), terus kepada stokis ditetapkan iaitu Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).
“Pembekalan tersebut diselesaikan sepenuhnya pada 31 Julai 2026, iaitu hanya dalam tempoh 23 hari selepas Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan pada 1 Julai 2026.
“Ia lebih awal berbanding 7 Ogos 2026 yang dinyatakan sebagai tarikh jangkaan lengkap penghantaran bagi kawasan MADA,” menurut kenyataan itu.
Dalam perkembangan sama, Nafas mengesahkan pembekalan Baja Sebatian Padi 1 dengan jumlah keperluan 22,117.46 tan metrik juga telah selesai dihantar sepenuhnya kepada stokis terbabit.
Bagaimanapun, Nafas menjelaskan Baja Sebatian Padi 3 tidak diuruskan atau dilaksanakan oleh pihaknya mahupun MNFSB.
Menurut kenyataan itu, sebarang isu atau kelewatan berkaitan bekalan Baja Sebatian Padi 3 tidak berada di bawah skop kontrak atau tanggungjawab Nafas dan MNFSB.
Nafas pada masa sama menegaskan komitmennya untuk terus menjadi rakan penyelesaian kepada kerajaan, MADA dan agensi berkaitan bagi memastikan rantaian bekalan input pertanian berjalan lancar.
“Kelancaran bekalan input pertanian mempunyai kaitan langsung dengan aktiviti penanaman dan produktiviti pesawah.
“Nafas sentiasa bersedia menyokong agenda keterjaminan makanan negara serta kelangsungan sektor padi tanah air,” menurut kenyataan itu lagi. – KOSMO! ONLINE
==============================
Ala, semangat betul nak hantar baja cepat2. Selalunya lambat jer. Bila tanya semua pura-pura tau tak tau. Harap lepas ni project lain pun laju2 la siap sekali heh!
Nafas: Pembekalan baja selesai lebih awal, ikut jadual
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) mengesahkan pembekalan sebanyak 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah diselesaikan sepenuhnya lebih awal daripada tempoh ditetapkan.
www.kosmo.com.my