BTC USD 81,412.2 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nabi Muhammad s.a.w.

IMG_20221008_181443_101.jpg

Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW 1444H/2022M bersamaan 9 Oktober 2022 buat semua Umat Islam

Peristiwa paling diingati umat Islam pada bulan Rabiul Awal ialah kelahiran Nabi Muhammad SAW.

“Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”

Daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM
 
IMG_20221008_195640_399.jpg

ꜱᴀʟᴀᴍ ᴍᴀᴜʟɪᴅᴜʀ ʀᴀꜱᴜʟ ꜱᴀᴡ 1444 ʜ

𝗞𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
𝐏𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐤𝐢𝐧 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐤𝐦𝐮𝐫𝐚𝐧

Setulus ikhlas daripada:
Warga Majlis Keselamatan Negara
Jabatan Perdana Menteri
 
Allahumma solli ala sayyidina Muhammad wa ala alihi wasahbihi wasallam
 
IMG_20221008_221517_676.jpg

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Bapa Nabi Muhammad SAW, Abdullah bin Abdul Muttalib meninggal dunia ketika Baginda SAW dalam kandungan ibunya Aminah binti Wahb.

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1444H/2022M.
 
IMG_20221009_091722_570.jpg

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Semasa mengandungkan Baginda SAW, Siti Aminah menyedari kehadiran cahaya dalam dirinya, dan suatu hari cahaya itu memancar dari dalam tubuhnya, terang benderang sehingga beliau dapat melihat Istana Busra di Syria.

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1444H/2022M.
 
Bagaimana nak sayang & rindu kepada nabi Muhammad?

1/ Pengorbanan nabi berdakwah sangatlah besar
2/ Nabi sayang umatnya (walaupun tak dapat jumpa umatnya yg lain)
3/ Nabi akan memberi syafaat kepada umatnya
4/ Nabi memohon kepada Allah agar solat dari 50 waktu kepada 5 waktu sahaja
5/ Nabi mengajar ilmu2 (hadis-hadis) yg sangat bagus dan berguna
6/ Nabi adalah yg paling mulia di kalangan manusia
7/ Kalau nabi sayang kita, automatik Allah pun sayang kita juga! :)
8/ Nabi baik kat semua orang walaupun ada orang buat jahat kat nabi
9/ Nabi seorang pemaaf dan berakhlak mulia
10/ Nabi menunggu umatnya di akhirat utk memberi syafaat (ditimbangan (padang mashar), telaga, titian sirat, dipintu syurga) sehingga umatnya dapat masuk syurga
11/ “Dan tidaklah Kami (Allah) mengutus kamu (wahai Muhammad) kecuali sebagai rahmat untuk semesta alam.” [ QS. Al-Anbiya’ : 107 ].
12/ Nabi mudah senyum, rupawan (handsome)
13/ Nabi Muhammad manusia pertama masuk syurga (dibukakan pintu syurga untuk nabi)
14/ Nabi mudah utk menolong orang2 susah
15/ Nabi mahu semua umatnya yg beriman dapat masuk syurga walau iman sebesar zarah.

zarah (atom) = tak dapat dilihat dgn mata.
 
IMG_20221010_091647_388.jpg

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Ketika Rasulullah SAW berusia 4 atau 5 tahun, Malaikat Jibril AS telah membelah dada dan mencuci hati Baginda SAW menggunakan
air zam zam di dalam talam emas.

Sumber : Ar-Rahiq Al-Makhtum
 
IMG_20221012_102623_402.jpg

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Rasulullah SAW ketika berusia 12 tahun telah mengikuti Abu Talib untuk berniaga di negeri Syam. Ketika singgah di Basrah, mereka telah terjumpa seorang pendeta Nasrani yang alim dalam kitab Injil bernama Buhaira. Buhaira menyatakan bahawa beliau mengenali ciri-ciri kenabian yang ada pada diri Rasulullah SAW. Buhaira memesan supaya Abu Talib menghantar pulang Rasulullah SAW semula ke Mekah kerana bimbang tindakan jahat kaum Yahudi.

Sumber : Ar-Rahiq Al-Makhtum
 
IMG_20221013_115159_317.jpg

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Abu Said Al-Khudri berkata : Apabila Rasulullah SAW duduk di dalam masjid, beliau merapatkan kedua belah peha ke perut dengan tangan beliau.

Hadis Riwayat Abu Daud (4846)
 
Back
Top
Log in Register