BTC USD 81,813.4 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nabi Muhammad s.a.w.

IMG_20221013_173514_204.jpg

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Cara Makan Rasulullah SAW

Ka’ab bin Malik berkata : Rasulullah SAW makan dengan tiga jari beliau. Sesudah itu, beliau menjilat ketiga-tiganya.

Hadis Riwayat Muslim (2032)
 
IMG_20221013_200427_043.jpg

CARA MAKAN RASULULLAH SAW

Apabila hidangan makanan diangkat di hadapan Rasulullah SAW, Baginda membaca;

الحَمْدُ للَّهِ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيْهِ غَيرَ مُوَدَّعٍ، وَلَا مُسْتَغْنًى عَنْهُ رَبُّنَا

Maksudnya: "Seluruh pujian untuk Allah SWT, pujian yang banyak tidak terhingga , pujian yang baik dan penuh dengan keberkatan, pujian yang tidak pernah henti, pujian yang selalu diperlukan oleh makhlukNya, ya Tuhan kami!"

Hadis Riwayat Tirmizi (3456)
 

ٱللَّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ​

 
IMG_20221014_094249_192.jpg

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Doa Makan Rasulullah SAW

Aisyah RA berkata : Rasulullah SAW berpesan : “Apabila kamu terlupa menyebut nama Allah sebelum makan, hendaklah kamu membaca Bismilahi awwaluhu wa aakhiruhu (Dengan nama Allah pada awal dan akhir).

Hadis Riwayat Tirmizi (1858)
 
IMG_20221014_224556_289.jpg

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Buah Yang Dimakan Oleh Rasulullah SAW

Aisyah RA berkata : Rasulullah SAW pernah memakan buah tembikai dengan kurma yang baru masak.

Hadis Riwayat Tirmizi (1843)
 
IMG_20221015_113358_850.jpg

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

CARA MINUM RASULULLAH SAW

Anas bin Malik berkata : Rasulullah SAW menarik nafas sebanyak tiga kali di luar bekas minumnya semasa minum. Baginda berkata, “Cara ini lebih mengihatkan dan memuaskan”.

Hadis Riwayat Tirmizi (1884)
 
IMG_20221015_160248_103.jpg

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Cara Makan Rasulullah SAW

Anas bin Malik berkata : Rasulullah SAW berpesan : “Sesungguhnya, Allah SWT meredhai hambaNya yang makan ataupun minum dan kemudian memujiNya atas makanan ataupun minuman itu”. [Hadis Riwayat Muslim (2734)]

Sesudah selesai kita makan ataupun minum, ucaplah ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ.
 
IMG_20221021_162046_732.jpg

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Cara Rasulullah SAW Membaca Al-Quran

Anas bin Malik RA berkata : Aku bertanya kepada Anas bin Malik RA, “Bagaimanakah cara Rasulullah SAW membaca Al-Quran?” Jawab Anas RA, “Baginda SAW memanjangkan bacaan (sesuai dengan hukum tajwid)

Hadis Riwayat An-Nasa’i (1013)
 
IMG_20221110_094922_878.jpeg

RASULULLAH SAW CONTOH AKHLAK TERBAIK

Telah menceritakan kepadaku Abu Abdullah Al Jadali dia berkata ; Saya bertanya kepada Aisyah ; "Bagaimanakah akhlak Rasulullah SAW terhadap keluarganya? Aisyah berkata ; "Baginda adalah orang yang paling baik akhlaknya, tidak pernah berbuat keji, tidak bercakap dengan kata-kata yang kotor, tidak berteriak-teriak di pasar, dan tidak pernah membalas dengan kejahatan yang sama (yang diperlakukan kepadanya), akan tetapi baginda seorang yang pemaaf dan pengampun." (HR Ahmad No : 24797)

Marilah sama-sama kita cuba untuk menjadi seorang muslim yang baik pada peribadi atau akhlak dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan yang terbaik.
 
1000030311.jpg

Hidupkan Sunnah Tanda Cinta Nabi SAW

Daripada Anas bin Malik r.a., beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda kepadaku:

يَا بُنَيَّ إِنْ قَدَرْتَ أَنْ تُصْبِحَ وَتُمْسِيَ لَيْسَ فِي قَلْبِكَ غِشٌّ لِأَحَدٍ فَافْعَلْ ثُمَّ قَالَ لِي يَا بُنَيَّ وَذَلِكَ مِنْ سُنَّتِي وَمَنْ أَحْيَا سُنَّتِي فَقَدْ أَحَبَّنِي وَمَنْ أَحَبَّنِي كَانَ مَعِي فِي الْجَنَّةِ

"Wahai anakku, jika kamu mampu untuk berpagi-pagi dan berpetang-petang dalam keadaan hati kamu tidak ada dengki kepada seseorangpun maka lakukanlah." Kemudian Baginda bersabda lagi kepadaku: "Wahai anakku, demikian itu adalah sunnahku, sesiapa menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia mencintaiku dan sesiapa mencintaiku, maka dia akan bersamaku di syurga kelak."

(Riwayat at-Tirmizi, no. hadith 2678)
 
Back
Top
Log in Register