BTC USD 81,038.9 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nabi Muhammad s.a.w.

IMG_20221005_153711_214.jpg

TANDA KENABIAN NABI MUHAMMAD SAW

Aku pernah melihat tanda kenabian yang ada di antara kedua-dua bahu Rasulullah , iaitu benjolan daging yang berwarna merah sebesar telur burung merpati. (Hadis Riwayat Muslim 2344)

Marilah kita mempelajari sirah Baginda SAW dan berselawat ke atas Baginda. Semoga kita akan mendapat syafaat di akhirat nanti.
 
IMG_20221005_153711_214.jpg

TANDA KENABIAN NABI MUHAMMAD SAW

Aku pernah melihat tanda kenabian yang ada di antara kedua-dua bahu Rasulullah , iaitu benjolan daging yang berwarna merah sebesar telur burung merpati. (Hadis Riwayat Muslim 2344)

Marilah kita mempelajari sirah Baginda SAW dan berselawat ke atas Baginda. Semoga kita akan mendapat syafaat di akhirat nanti.

Nabi Muhammad ni, manusia terpaling sempurna akalnya yang Allah cipta.

Terpaling pandai, terpaling bijak, terpaling akhlak, terpaling sabar.

Semoga kita dapat bertemu dengan Nabi Muhammad nanti di akhirat, dapat berbual pun jadilah.....
 
Nabi Muhammad ni, manusia terpaling sempurna akalnya yang Allah cipta.

Terpaling pandai, terpaling bijak, terpaling akhlak, terpaling sabar.

Semoga kita dapat bertemu dengan Nabi Muhammad nanti di akhirat, dapat berbual pun jadilah.....

Baginda ni keturunan baik-baik
Makna nya memang keturunan bangsawan
Nikah pun dengan keturunan bangsawan
Baginda pun pernah jadi hakim Kota Mekah sebelum dilantik menjadi rasul
Memang lengkap untuk dijadikan idola hidup
 
IMG_20221006_130326_869.jpg

TRIVIA RASULULLAH SAW

Sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW, tentera bergajah pimpinan Abrahah cuba menyerang Kota Makkah tetapi gagal. Allah SWT telah mengutuskan burung ababil untuk melemparkan batu dari neraka ke atas tentera tersebut.

Sempena bulan RabiulAwal ini, marilah kita perbanyakkan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan mempelajari sirah-sirah Baginda.
 
IMG_20221006_140947_513.jpg

CIRI-CIRI FIZIKAL RASULULLAH SAW

Rasulullah SAW adalah seorang yang memiliki bentuk tubuh yang sederhana, kedua-kedua bahunya bidang, rambutnya menyentuh kedua-dua cuping telinganya. (Hadis Riwayat Muslim 2337).

Sempena bulan RabiulAwal ini, marilah kita perbanyakkan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan mempelajari sirah-sirah Baginda serta mengenali fizikal Nabi SAW.
 
IMG_20221007_103904_610.jpg

TRIVIA RASULULLAH SAW

Semasa kelahiran Nabi Muhammad SAW, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah terpadam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi.

Bulan RabiulAwal dan juga pada hari Jumaat ini, marilah kita memperbanyakkan berselawat ke atas Baginda SAW.
 
IMG_20221007_122845_538.jpg

PERIBADI RASULULLAH SAW

Rasulullah SAW suka mendahulukan anggota yang kanan semasa bersuci, menyisir rambut dan memakai kasut. (Hadis Riwayat Muslim 268)

Marilah kita perbanyakkan berselawat ke atas Baginda SAW terutamanya pada bulan RabiulAwal dan hari Jumaat.
 
IMG_20221008_000344_431.jpg

PAKAIAN RASULULLAH SAW

Ummu Salamah berkata : Pakaian yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah Gamis.

Gamis adalah baju berlengan panjang dan berkocek, labuhnya sampai bawah betis.

Ayuh kita semarakkan cinta kepada Rasulullah SAW dengan perbanyakkan berselawat ke atas Baginda SAW.
#maulidurrasul
 
IMG_20221008_084412_906.jpg

PEMAKANAN RASULULLAH SAW

Malik bin Dinar berkata : Rasulullah SAW tidak pernah sekali pun kenyang memakan roti atau daging, kecuali jika makan beramai-beramai.

Marilah kita perbanyakkan berselawat ke atas Baginda SAW terutamanya pada bulan RabiulAwal ini.
 
IMG_20221008_153840_971.jpg

PERIBADI RASULULLAH SAW

Rasulullah SAW melarang seseorang makan dengan tangan kiri atau berjalan dengan sebelah sandal.

Marilah kita perbanyakkan berselawat ke atas Baginda SAW dan menambahkan ilmu pengetahuan dengan mempelajari sirah serta mengikuti akhlak dan keperibadian Nabi Muhammad SAW.
 
Back
Top
Log in Register