โPerumpamaanku dengan umatku seperti lelaki menyalakan api. Serangga terjun ke dalamnya, dan aku menarik kalian daripadanya, sedang kalian tetap ingin terjun.โ (HR Bukhari)
Rasulullah ๏ทบ mahu selamatkan kita, jangan lagi dekati api neraka!
Rasulullah ๏ทบ pernah memberi nasihat yang menusuk hati hingga airmata sahabat berlinangan. Baginda bersabda:
"Bertakwalah kepada Allah, dengarlah dan taatilah (pemimpin) walaupun dia seorang hamba Habsyi. Selepas aku, kamu akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafaโ ar-Rasyidin. Gigitlah ia dengan gigi geraham. Jauhilah perkara baru (bidโah), kerana setiap bidโah itu adalah sesat." (HR Ibnu Majah)
Jalan selamat kita: Taqwa, taat, dan teguh dengan Sunnah.
โAku berkhidmat kepada Rasulullah ๏ทบ selama 10 tahun. Demi Allah, Baginda tidak pernah berkata kepadaku โUffโ dan tidak pernah berkata: Kenapa kamu buat ini? Kenapa tidak buat begitu?โ (HR Muslim)
Lembutnya akhlak Nabi ๏ทบ, teladan sepanjang zaman.
Aisyah RA berkata:
"Baginda ๏ทบ adalah manusia paling baik akhlaknya. Tidak pernah keji, tidak bercakap kotor, tidak berteriak di pasar, tidak membalas kejahatan dengan kejahatan, bahkan baginda seorang yang pemaaf dan pengampun." (HR Ahmad)