BTC USD 81,583.5 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nabi Muhammad s.a.w.

Penyambung Risalah Agung

Nabi Muhammad SAW meninggalkan kepada kita nikmat terbesar iaitu risalah agung yang membawa hati-hati mengenali Pencipta dan beriman denganNya. Risalah mulia ini memerlukan kepada usaha menyebarkannya sehingga setiap yang berakal dapat menekuni hadiah istimewa (iman dan Islam) ini.

Sejak berzaman dahulu, para Nabi dan Rasul diutuskan untuk berdakwah, mengembalikan manusia ke jalan yang benar, meluruskan tauhid mereka, memperbaiki akhlak dan mengajar apa yang mereka tidak ketahui. Rasulullah SAW sebagai sosok yang menjadi tauladan dan ikutan kita sebagai seorang pendakwah dan penyebar Risalah.

Surah an-Nahl ayat 125-128 menyebut tentang sifat yang perlu ada dalam jiwa seorang pendakwah. Sifat-sifat itu adalah sabar, takwa, tidak terlalu kecewa dan bersedih hati, lapang dada dan Ihsan. Allah SWT berfirman;

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ (١٢٥) وَإِنْ عَاقَبْتُمْ فَعَاقِبُوا بِمِثْلِ مَا عُوقِبْتُمْ بِهِ وَلَئِنْ صَبَرْتُمْ لَهُوَ خَيْرٌ لِلصَّابِرِينَ (١٢٦) وَاصْبِرْ وَمَا صَبْرُكَ إِلا بِاللَّهِ وَلا تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ وَلا تَكُ فِي ضَيْقٍ مِمَّا يَمْكُرُونَ (١٢٧) إِنَّ اللَّهَ مَعَ الَّذِينَ اتَّقَوْا وَالَّذِينَ هُمْ مُحْسِنُونَ (١٢٨)

Allah SWT memerintahkan agar seruan dakwah itu mesti dengan penuh hikmah dan pengajaran yang baik. Sekiranya perlu kepada perdebatan, berdebatlah dengan penuh kebaikan (menggunakan dalil). Apabila diperlakukan oleh manusia, kalian dibenarkan membalas semula yang setimpal, namun kesabaran itu lebih diutamakan dan mendorong kepada kebaikan.

Sebagai pendakwah, Rasulullah SAW turut diuji dengan pelbagai ancaman dan ujian. Allah Azza wa Jalla memujuk baginda Nabi SAW agar tidak terlalu kecewa dan berdukacita, Allah senantiasa bersama orang bertakwa dan orang yang sentiasa berlaku Ihsan kepada semua termasuk dalam berdakwah masyarakat.

Bersempena bulan Maulidurrasul ini, mari sedaya upaya kita berusaha menyampai risalah dengan segala sifat yang telah baginda SAW tunjukkan kepada kita. Semoga Allah SWT mengurniakan sebaik ganjaran setiap usaha dakwah kita di mana sahaja yang kita lakukan.

 
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 
banyakkan selawat pada nabi sebelum terlelap insyallah akan bertemu nabi dlm mimpi .petua/amalan dari aruah paksu mid...
 
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Contohi Rasulullah SAW Dalam Berakhlak

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خِيَارُكُمْ أَحَاسِنُكُمْ أَخْلَاقًا

Daripada Abdullah bin Amr ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik orang di antara kalian adalah orang yang paling baik akhlaknya di antara kalian." (HR Tirmizi No: 1898) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW di utus untuk menyempurnakan akhlak manusia

Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ

“Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.” [Riwayat Ahmad (8952)] Status: Hadis sahih

2. Sebaik-baik kita ialah yang paling baik akhlaknya

3. Akhlak yang baik adalah akhlak terpuji yang dicontohi dari Rasulullah SAW

4. Bersifat terpujilah kita dengan sentiasa memiliki akhlak yang paling baik sama ada dalam beribadat mahupun ketika berhubungan sesama manusia dan makhluk yang lain.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

05hb Okt 2023
19hb Rabiul Awal 1445H
 
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Contohi Rasulullah SAW Jika Melihat Suatu Yang Disukai dan Dibenci

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا رَأَى مَا يُحِبُّ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ وَإِذَا رَأَى مَا يَكْرَهُ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ

Daripada 'Aisyah RA dia berkata; "Apabila Rasulullah SAW melihat sesuatu yang baginda sukai, baginda akan mengucapkan: "Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya semua kebaikan menjadi sempurna." dan apabila baginda melihat sesuatu yang dibenci, baginda mengucapkan: "Segala puji bagi Allah atas setiap keadaan." (Sunan Ibnu Majah No: 3793) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW mengajar kepada kita adab apabila melihat sesuatu sama ada yang disukai atau yang dibenci.

2. Apabila melihat sesuatu yang disukai, hendaklah kita mengucapkan kalimah:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ
"Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya semua kebaikan menjadi sempurna."

3. Apabila melihat sesuatu yang kita benci hendaklah kita mengucapkan kalimah:

الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
"Segala puji bagi Allah atas setiap keadaan

Mari kita amalkan kalimah terpuji apabila melihat sesuatu yang disukai mahupun juga yang dibenci

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

06hb Okt 2023
20hb Rabiul Awal 1445H
 
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
 
Back
Top
Log in Register