BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYFutureJobs Tawar 96,700 Peluang Pekerjaan Aktif Sehingga Jun - Ramanan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,195
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,195
Reaction score
346
Points
141

MYFutureJobs Tawar 96,700 Peluang Pekerjaan Aktif Sehingga Jun - Ramanan​

9d4829528ecad1d19da85764ebefc2ac6a5f774b4fdcf

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan

Sebanyak 96,700 peluang pekerjaan masih aktif ditawarkan menerusi platform MYFutureJobs kendalian Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) setakat 30 Jun lepas.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan berkata secara keseluruhan, sebanyak 668,321 kekosongan jawatan telah diiklankan menerusi platform berkenaan.

Beliau berkata daripada jumlah peluang pekerjaan yang masih aktif itu, hampir 40 peratus merupakan pekerjaan berkemahiran tinggi, lebih 30 peratus melibatkan sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), manakala hampir 20 peratus menawarkan gaji melebihi RM5,000 sebulan.

"Ini mencerminkan permintaan tinggi industri terhadap bakat tempatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramanan berkata statistik itu membuktikan peluang pekerjaan terus tersedia merentasi pelbagai sektor dan tahap kemahiran.

Beliau berkata PERKESO menerusi platform MYFutureJobs menyediakan sokongan menyeluruh kepada pencari kerja, termasuk padanan pekerjaan, kaunseling kerjaya, semakan resume, persediaan temu duga serta program latihan semula dan peningkatan kemahiran bagi membantu mereka kembali bekerja dengan lebih pantas.

"Selain platform digital, PERKESO turut memperluaskan akses kepada peluang pekerjaan menerusi penganjuran Karnival Kerjaya MYFutureJobs di seluruh negara sebagai antara inisiatif memperkasa peluang pekerjaan kepada rakyat," katanya.

Ramanan berkata sepanjang tempoh Januari hingga Mei lepas, sebanyak 2,989 program telah dianjurkan melibatkan 86,594 pencari kerja, dengan 14,029 individu berjaya memperoleh pekerjaan, manakala 15,809 lagi dipanggil menghadiri temu duga.

Beliau berkata kerajaan turut menyediakan Bantuan Mobiliti sehingga RM1,000 bagi membantu pencari kerja yang perlu berpindah ke lokasi baharu untuk memulakan pekerjaan.

 
Back
Top
Log in Register