BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

200,000 Penempatan Pekerjaan Disasarkan Menerusi Jelajah MYFutureJobs 2026

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
f80858e245cce22adc4407d915d08f7369ef6f09699b8

3f6fb8b53061101b32ef80dbb0af2b6869ef6f1f94f28

kredit: FB Datuk Seri R. Ramanan

Sebanyak 200,000 penempatan pekerjaan disasarkan tahun ini menerusi siri jelajah Karnival Kerjaya Premium MYFutureJobs 2026 di seluruh negara, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan.

Beliau menerusi hantaran di Facebook berkata lebih 800 individu berjaya memperoleh pekerjaan sejak Sabtu lepas, sepanjang dua hari Karnival Kerjaya Premium sempena sambutan Hari Pekerja 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

“Ini adalah satu pencapaian yang amat memberangsangkan dan mencerminkan keyakinan majikan serta kesiapsiagaan tenaga kerja negara,” katanya.

Beliau berkata inisiatif itu akan terus diperkasakan dan tidak hanya tertumpu di Semenanjung tetapi turut merangkumi Sabah dan Sarawak selaras dengan usaha memperluas akses pekerjaan secara inklusif di seluruh negara.

 
Back
Top
Log in Register