BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih 620,000 Penempatan Pekerjaan Direkodkan Melalui MYFutureJobs Sejak 2023 - Ramanan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,712
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,712
Reaction score
97
Points
80
9c2d30a781cb4e4275e311d3a6233cf6694e020f608ac


Sebanyak 622,283 penempatan pekerjaan berjaya direkodkan sejak 2023 hingga 19 Dis lepas di bawah inisiatif MYFutureJobs, sekali gus mencerminkan keberkesanan dasar pasaran buruh aktif serta ketahanan ekonomi negara dalam mendepani ketidaktentuan global.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan berkata pencapaian itu selari dengan penilaian positif Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) terhadap prestasi serta daya tahan ekonomi Malaysia.

Beliau berkata pengiktirafan itu turut mencerminkan kekuatan asas domestik negara dan dasar fiskal serta ekonomi berhemat yang dilaksanakan Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pengiktirafan IMF membuktikan keupayaan Malaysia untuk kekal berdaya tahan walaupun berdepan cabaran perdagangan global dan ketidaktentuan dasar antarabangsa, termasuk kesan tarif tinggi yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.

“Perkembangan positif ini didorong oleh permintaan domestik yang kukuh, pelaburan berterusan serta pertumbuhan guna tenaga yang sihat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramanan berkata daripada perspektif Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), ketahanan ekonomi perlu diterjemahkan kepada hasil yang bermakna kepada rakyat khususnya melalui penyediaan peluang pekerjaan berkualiti, gaji yang adil dan pengukuhan tenaga kerja nasional.

“Pertumbuhan ekonomi mesti seiring dengan penciptaan pekerjaan berkualiti. Fokus kami adalah memastikan pertumbuhan yang inklusif serta melengkapkan rakyat Malaysia dengan kemahiran relevan bagi menghadapi pasaran buruh yang semakin dinamik,” katanya.

Ramanan berkata KESUMA menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan terus memperkukuh inisiatif MYFutureJobs, portal pekerjaan nasional yang berperanan sebagai platform utama kerajaan bagi padanan kerjaya, pemudah cara tenaga kerja dan penyelarasan pasaran buruh.

Beliau berkata kementerian itu akan terus mempertingkatkan keupayaan MYFutureJobs melalui pemanfaatan teknologi digital, kerjasama strategik dengan majikan serta inisiatif bersepadu bersama Perkeso, HRD Corp, Jabatan Tenaga Manusia dan TalentCorp bagi memperkukuh pasaran buruh negara.

 
Back
Top
Log in Register