akuehebat
Super Active Member

- Messages
- 9,377
- Joined
- Jan 12, 2012
- Messages
- 9,377
- Reaction score
- 1,143
- Points
- 141
Batu Pahat: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menafikan mutu barangan jualan di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) berkualiti rendah.
Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, setiap produk dijual di KR1M terlebih dulu perlu mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menurut beliau, setiap produk makanan dijual di KR1M juga mempunyai sijil Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) yang dikeluarkan KKM.
“Setakat ini, 397 produk dijual di KR1M, 360 daripadanya produk berasaskan makanan dan semua diluluskan KKM.
“Jadi, saya nafikan mutu barangan dijual di KR1M berkualiti rendah. Produk di KR1M juga setanding produk yang dijual di pasar raya lain kerana jika ia tidak berkualiti maka pelanggan tidak datang lagi,” katanya selepas merasmikan pembukaan KR1M di Ayer Hitam di sini, semalam.