BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Musim Haji 2019

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
GFX-Haji-BM.transformed_0.jpg
 
Petugas TH mula tiba di Mekah, Madinah

image.jpg

Cuaca pada musim haji tahun ini dijangka panas dengan suhu terkini sudah mencecah 32 hingga 47 darjah Celsius dan ia merupakan salah satu cabaran bagi 30,200 jemaah haji Malaysia sepanjang mengerjakan haji. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Kumpulan seramai 151 lagi petugas Tabung Haji (TH) telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah pada hari Khamis lepas.

TH menerusi kenyataan hari ini memberitahu petugas itu merupakan kumpulan kedua petugas awal yang tiba bagi membuat persiapan menyambut ketibaan jemaah haji yang akan tiba kira-kira seminggu lagi, yang mana kumpulan pertama petugas seramai 13 orang telah tiba pada 23 Jun lepas.

"Mereka merupakan sebahagian dari 640 orang petugas yang akan menyantuni jemaah haji negara pada musim haji kali ini. Kumpulan petugas lain akan tiba secara berperingkat bersama jemaah haji bermula 4 Julai ini.

"Para petugas haji yang tiba dengan berpakaian ihram ini telah menunaikan umrah sebelum bergerak ke sektor masing-masing di Mekah dan Madinah pada hari Jumaat, 28 Jun," menurut kenyataan itu.

Suasana di Mekah dan Madinah masih lengang kerana jemaah haji dari seluruh dunia hanya akan mula memasuki Mekah dan Madinah secara berperingkat bermula 1 Zulkaedah atau 4 Julai ini.

Cuaca pada musim haji tahun ini dijangka panas dengan suhu terkini sudah mencecah 32 hingga 47 darjah Celsius dan ia merupakan salah satu cabaran bagi 30,200 jemaah haji Malaysia sepanjang mengerjakan haji, menurut kenyataan itu lagi.

TH menyediakan sebanyak 62 penerbangan sewa khas yang akan membawa jemaah haji sehingga 4 Ogos 2019. Hari wuquf dijangka pada 9 Zulhijjah bersamaan 10 Ogos ini. - Bernama


http://www.kosmo.com.my/terkini/petugas-tabung-haji-mula-tiba-di-mekah-madinah-1.926465
 
0f38aab5ccdf799e4a2a02364a070bf45cb559c029750

TH, Mobily sediakan kemudahan telekomunikasi kepada jemaah haji


KUALA LUMPUR, 3 Julai - Lembaga Tabung Haji (TH) menjalin kerjasama dengan syarikat telekomunikasi Arab Saudi iaitu Mobily bagi memberikan kemudahan telekomunikasi kepada jemaah haji pada musim haji tahun ini.

TH menerusi kenyataan hari ini memberitahu kerjasama melalui Program Sahabat Korporat TH akan memberi perkhidmatan kad sim prabayar kepada jemaah haji Malaysia bagi memudahkan mereka menghubungi keluarga semasa berada di Tanah Suci.

"Kad prabayar ini hanya boleh diaktifkan di Makkah dan Madinah sahaja yang para jemaah haji dikehendaki membawa sim kad dan lencana pengenalan diri. Petugas Mobily akan mengimbas jari jemaah haji di kaunter Mobily yang akan dibuka di setiap bangunan penginapan.

"Setelah pengaktifan kad prabayar Mobily dilakukan, jemaah haji hendaklah menambah nilai kredit kepada akaun yang didaftarkan serendah SAR5 (5 Saudi Riyal) bagi mendapatkan 2GB data percuma selama tiga hari mengikut keperluan masing-masing," kata kenyataan itu.

Katanya jemaah haji yang ingin menggunakan kad prabayar syarikat lain, pendaftaran telah diselaraskan dengan hanya menunjukkan lencana pengenalan diri jemaah haji sahaja, namun peraturan Kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan setiap jemaah haji mempunyai satu talian hendaklah dipatuhi.

"TH ingin mengingatkan kepada jemaah haji untuk tidak membeli kad sim prabayar daripada ejen-ejen tidak bertauliah di Terminal Haji, tempat rehat dan rawat atau sekitar bangunan penginapan jemaah haji," katanya.

Menurut kenyataan itu bagi jemaah yang tidak mempunyai telefon bimbit, syarikat Telekom Malaysia Berhad (TM) akan meneruskan perkhidmatan i-Talk yang membolehkan jemaah membuat panggilan ke tanah air pada kadar yang berpatutan, iaitu SR1 seminit.


http://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1741839
 
Kumpulan pertama 483 jemaah haji berlepas pagi ini

D-kIqnGU8AA1GzM.jpg


SEPANG: Kumpulan pertama seramai 467 jemaah haji musim 1440 Hijrah/2019 dari negara ini akan berlepas ke Tanah Suci jam 5 pagi nanti.


Mereka anak menaiki penerbangan Malaysian Airlines Berhad (Malaysia Airlines) MH8100 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Jeddah, Arab Saudi.

Turut menaiki penerbangan ialah 16 petugas Tabung Haji (TH) dan wakil media.

Seorang jemaah yang juga pesara kerajaan, Mohd Shahar Sharani, 64, berkata beliau teruja dan datang awal ke kompleks haji untuk mendaftar bersama keluarga.

Beliau yang berasal dari Hutan Melintang, Perak, berkata dirinya mendaftar dengan TH sejak tahun 2009 dan sebelum ini pernah merayu sebanyak tiga kali sebelum mendapat peluang mengerjakan ibadah itu tahun ini.

Bekas kakitangan Klinik Kesihatan di Sungai Sumun itu bersyukur kerana turut ditemani isteri, Salmiah Kassim, 63.

“Saya berharap dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang berada di Tanah Suci, seterusnya dapat menunaikan ibadah dengan lancar,” katanya.

Pada tahun ini, seramai 30,200 jemaah Malaysia akan mengerjakan haji dengan menaiki 81 penerbangan sewa khas iaitu 40 pesawat Malaysia Airlines dan 41 pesawat Flynas dengan penerbangan terakhir pada 4 Ogos nanti.

Secara keseluruhan, seramai 640 petugas haji Malaysia akan bertugas sepanjang musim Haji tahun ini, termasuk 255 pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan serta doktor pakar yang berangkat secara berperingkat ke Tanah Suci sejak 27 Jun lalu.

Penerbangan jemaah haji itu membabitkan lapan lapangan terbang utama di negara ini KLIA; Alor Star, Kedah; Bayan Lepas, Pulau Pinang; Senai, Johor; Kuala Terengganu, Terengganu; Kota Bharu, Kelantan; Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak.


https://www.bharian.com.my/berita/n...3-jemaah-haji-berlepas-ke-tanah-suci-pagi-ini
 
Road to Makkah permudah urusan jemaah haji Malaysia

mekah-1170x550.jpg


NASIONAL July 4, 2019 5:46 pm

KUALA LUMPUR, 4 JUL: Inisiatif “Road to Makkah” satu projek prapelepasan haji disediakan kerajaan Arab Saudi untuk negara terpilih mendapat pujian jemaah Malaysia.

Melalui projek yang mula diperkenalkan di Malaysia pada 2017 itu, jemaah haji tidak lagi perlu melalui proses imigresen di Arab Saudi kerana proses itu telah dilaksanakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Jemaah haji kumpulan kedua musim haji tahun ini, Norizan Yacob berkata beliau amat berpuas hati dengan inisiatif itu kerana selain menjimatkan masa ia juga memudahkan golongan yang menghadapi masalah kesihatan.

“Syukur. Terutamanya sebab suami baru saja keluar hospital dan masih belum sihat sepenuhnya. Dengan inisiatif ini, kami tidak perlu beratur lama,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Katanya, beliau lega kerana tidak perlu berasak-asak di lapangan terbang di Arab Saudi bersama jemaah-jemaah negara lain.

Sementara itu, Sawandi Berahim, 65, dari Tanjung Karang, Selangor memuji hubungan baik antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi sehingga diberi kepercayaan untuk menjalankan inisiatif itu.

Beliau yang pernah menunaikan haji pada 2006 berharap dapat memberi lebih fokus untuk beribadah pada perjalanan kali ini.

“Alhamdulillah. Dengan inisiatif ini, jemaah tidak lagi perlu berpenat-lelah selepas tiba di Madinah nanti. Pada tahun 2006, saya dah alami semua itu dan ianya sangat memenatkan,” katanya.

Road to Makkah adalah satu sistem prapelepasan haji kelolaan kerajaan Arab Saudi untuk memudahkan perjalanan jemaah ke Makkah.

Di bawah inisiatif ini, cap jari jemaah akan diambil dan pasport mereka akan dicap di negara di mana jemaah berlepas.

Kemasukan jemaah ke Arab Saudi juga akan dipermudah seperti penerbangan domestik manakala bagasi akan dihantar terus ke penginapan mereka.

Tahun ini, sebanyak 12 kaunter imigresen Arab Saudi disediakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), termasuk dua kaunter untuk golongan orang kurang upaya.

Sementara itu, Jabatan Imigresen Malaysia buat julung kalinya menyediakan dua pintu automatik yang menggunakan teknologi pengecaman wajah bagi memudahkan proses imigresen terhadap jemaah haji.

Syarikat tempatan, Dagang NeXchange Berhad (DNeX) diberi kepercayaan untuk menyediakan kemudahan lokasi dan jaringan komunikasi untuk inisiatif Road to Makkah bagi jemaah Malaysia dan Indonesia, tahun ini.

Projek perintis Road to Makkah dikendalikan di Malaysia pada 2017 sebelum inisiatif tersebut dilancarkan sepenuhnya tahun lepas untuk kira-kira 65,000 jemaah Malaysia dan Indonesia.

Tahun ini, inisiatif ini turut diperkenal di Tunisia, Bangladesh dan Pakistan.

sumber - https://selangorkini.my/2019/07/road-to-makkah-permudah-urusan-jemaah-haji-malaysia/
 
tiba2 ajo raso sebak dada nengok kaabah... teringat saat manis den dapek umrah dgn istri thn lps.... ya Allah berilah rezki agar dapek den & istri samo2 poie haji & dapek haji mabrur...amin
 
Malaysia tunggu jawapan positif tambahan kuota haji

Dr-Mujahid-Yusof02.jpg


NASIONAL July 4, 2019 4:01 pm

SEPANG, 4 JUL : Malaysia dijangka menerima berita positif berkaitan rayuan kuota tambahan 10,000 jemaah haji musim ini dalam masa terdekat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Bagaimanapun, Mujahid berkata, pihaknya masih menunggu keputusan rasmi kerajaan Arab Saudi berhubung rayuan itu.

“Itu adalah hak kerajaan Arab Saudi. Alhamdulillah saya dengar-dengar di hujung telinga, positif. Insya-Allah. Tapi, ada berita baik,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri majlis pelancaran inisiatif “Road to Makkah” di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Kuota haji Malaysia tahun ini ialah 30,200 namun Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengutus surat rasmi kepada kerajaan Arab Saudi bagi memohon kuota tambahan itu.

Sementara itu, Mujahid menyampaikan penghargaannya kepada kerajaan Arab Saudi kerana meneruskan inisiatif “Road to Makkah” di Malaysia tahun ini, yang merupakan tahun ketiga.

“Hubungan antara Malaysia dan Arab Saudi kian kukuh dari semasa ke semasa dan saya sangat gembira kerana inisiatif ini berjaya dilaksanakan,” katanya.

Menurut Mujahid, inisiatif itu dapat menjimatkan masa selain memudahkan perjalanan jemaah haji Malaysia, terutama golongan warga emas dan orang kurang upaya ke Makkah.

“Road to Makkah” adalah satu sistem prapelepasan yang disediakan kerajaan Arab Saudi untuk jemaah haji.

Di bawah inisiatif ini, cap jari semua jemaah akan diambil manakala pasport mereka akan dicap di negara di mana jemaah berlepas.

Kemasukan jemaah ke Arab Saudi dipermudah seperti penerbangan domestik manakala bagasi mereka akan dihantar terus ke penginapan.

Tahun ini sebanyak 12 kaunter imigresen Arab Saudi disediakan di KLIA.

Sementara itu, Jabatan Imigresen Malaysia buat julung kalinya menyediakan dua pintu automatik yang menggunakan teknologi pengecaman wajah bagi memudahkan proses imigresen jemaah haji.

Projek perintis “Road to Makkah” diperkenal di Malaysia pada 2017 sebelum inisiatif itu dilaksanakan sepenuhnya tahun lepas untuk kira-kira 65,000 jemaah Malaysia dan Indonesia.

Tahun ini, inisiatif ini turut diperkenal di Tunisia, Bangladesh dan Pakistan.

Kumpulan pertama 483 jemaah haji Malaysia telah berlepas ke Tanah Suci pada pukul 5.30 pagi tadi.

sumber - https://selangorkini.my/2019/07/malaysia-tunggu-jawapan-positif-tambahan-kuota-haji/
 
Kumpulan pertama, kedua jemaah haji Malaysia selamat tiba

TABUNG-HAJI-1170x550.jpg


NASIONAL July 5, 2019 10:28 am

KUALA LUMPUR, 5 JUL: Kumpulan pertama dan kedua jemaah haji Malaysia, iaitu masing-masing 483 jemaah, selamat tiba dengan penerbangan KT01 dan KT02 di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah, semalam.

Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi kenyataan hari ini memberitahu kumpulan pertama jemaah haji itu tiba pada pukul 11.50 pagi waktu tempatan atau 4.50 petang waktu Malaysia, manakala kumpulan kedua tiba pada pukul 5.47 petang waktu tempatan atau 10.47 malam waktu Malaysia.

TH menyediakan lima hotel penempatan iaitu Hotel Al-Haram, Hotel Anwar Al-Madinah Movenpick, Hotel Saja Al-Madinah, Hotel As Saha dan Hotel Rawda Al-Aqiq sekitar antara 100 dan 300 meter dari Masjid An-Nabawi, kata kenyataan itu.

Timbalan Ketua Rombongan Haji (Kebajikan) TH, Nurrinanuwar Shamsuddin berkata beliau berterima kasih kepada kerajaan Arab Saudi kerana meneruskan inisiatif praperlepasan ‘Mecca Route’ bagi semua jemaah haji Malaysia.

“Pelaksanaan program ini telah terbukti mengurangkan masa jemaah yang berada di lapangan terbang dan juga proses imigresen dapat diselesaikan dalam masa 45 minit hingga satu jam berbanding masa menunggu sehingga tiga atau empat jam sebelum program ini diperkenalkan.

“Terima kasih juga kepada pihak Muassasah Adilah Madinah yang telah banyak membantu khususnya dalam aspek pengurusan haji di sini,” katanya.

Nurrinanuwar berkata jemaah haji dinasihatkan agar sentiasa mematuhi arahan yang ditetapkan serta menjaga kesihatan terutama dalam menghadapi cuaca yang agak panas sehingga mencecah 47 darjah Celsius.

Seramai 30,200 jemaah haji Malaysia akan mengerjakan Rukun Islam kelima itu tahun ini dibantu oleh 640 petugas daripada TH.

sumber - https://selangorkini.my/2019/07/kumpulan-pertama-kedua-jemaah-haji-malaysia-selamat-tiba/
 
Dr Mahathir ucap selamat tunai ibadah haji

MAHATHIR-1170x550.jpg


NASIONAL July 5, 2019 7:59 am

KUALA LUMPUR, 5 JUL: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada seluruh jemaah Malaysia yang berlepas ke Tanah Suci tahun ini.

“Saya mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada para tetamu Allah yang mengerjakan ibadah haji tahun ini.

“Semoga peroleh haji yang mabrur dan selamat pulang ke tanah air,” kata beliau dalam catatan di akaun Twitter dan Facebooknya.

Kumpulan pertama 483 jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci pagi semalam dengan penerbangan Malaysia Airlines.

Operasi haji tahun ini yang membabitkan 30,200 jemaah akan melibatkan 62 penerbangan dengan yang terakhir dijadual berlepas pada 4 Ogos.

sumber - https://selangorkini.my/2019/07/dr-mahathir-ucap-selamat-tunai-ibadah-haji/
 
Jemaah haji diminta jaga kesihatan, keselamatan, kebersihan dan imej negara

Dr-Mujahid-Yusof02.jpg


NASIONAL July 5, 2019 6:42 pm

KUALA LUMPUR, 5 JUL : Jemaah haji negara ini dinasihatkan supaya menjaga kesihatan diri, keselamatan, kebersihan persekitaran dan imej negara ketika mengerjakan Rukun Islam kelima itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata ibadah haji memerlukan jemaah mempunyai kesihatan yang sempurna justeru adalah penting bagi jemaah menjaga kesihatan sepanjang mereka berada di Makkah dan Madinah.

“Bersama dalam rombongan juga bagi memastikan kesihatan jemaah kita menyediakan doktor-doktor bertugas dan juga klinik serta hospital telah disediakan. Saya ingin mengingati juga bahawa di Makkah dan Madinah menjadi tumpuan orang ramai kita perlu menjaga keselamatan.

“Alhamdulillah Kerajaan Arab Saudi telah memberi jaminan setiap tahun para jemaah dalam keadaan yang selamat,” katanya menerusi rakaman video untuk jemaah haji tahun ini yang dikongsikan Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini.

Katanya dalam masa yang sama juga jemaah haji hendaklah mengikuti peraturan ditetapkan Kerajaan Arab Saudi dan mempraktikkan apa yang telah mereka pelajari ketika berada di Kota Suci itu nanti.

Mujahid berkata, kebersihan adalah penting dan jemaah haji negara ini dituntut supaya menjaga kebersihan persekitaran mereka.

“Kekalkan imej negara kita ada selama ini bahawa jemaah haji Malaysia adalah yang paling berdisiplin dan paling bersih menjaga tempat semasa Masyair. Tahniah kepada semua jemaah haji dan semoga semuanya berjalan lancar,” katanya.

Sejumlah 30,200 jemaah haji Malaysia akan mengerjakan Rukun Islam kelima itu tahun ini dibantu oleh 640 petugas daripada TH.

-BERNAMA
 
Back
Top
Log in Register