combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Tabung Haji (TH) telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi sebarang kemungkinan susulan konflik di Asia Barat, termasuk memberi jaminan kepada jemaah haji Malaysia merangkumi aspek keselamatan, perlindungan insurans dan kelancaran operasi bagi musim haji 1447H/2026M.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Persiapan Tabung Haji (TH) bagi musim haji 1447H/2026M mencapai 100 peratus dengan semua aspek utama telah dirancang serta diselaraskan dengan teliti menjelang penerbangan pertama pada 18 April ini.
Timbalan Pengarah Gerakan Operasi Haji Tanah Air 1447H, Mohd Norber Kassim berkata hanya beberapa penyesuaian kecil mungkin dilakukan dari semasa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan baharu.
“Saya boleh katakan persiapan hampir 100 peratus. Mungkin ada sedikit penyesuaian di sana sini disebabkan mungkin ada perubahan baharu. Secara keseluruhannya, kita telah bersedia sepenuhnya,” katanya kepada pemberita selepas sesi Lawatan Media bagi Operasi Musim Haji 1447H/ 2026M, di sini, hari ini.
Mohd Norber berkata operasi haji tahun ini melibatkan lapan stesen TH di seluruh negara, dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadi stesen utama manakala tujuh lagi adalah stesen luar di seluruh negara.
"Semua perancangan telah dimuktamadkan menerusi Mesyuarat Penyelesaian Operasi Haji Tanah Air yang diadakan bagi memastikan kelancaran setiap urusan pada setiap kali musim haji.
“Dalam mesyuarat ini, TH telah berbincang dengan semua agensi yang terlibat di stesen berkenaan untuk memastikan urusan keberangkatan jemaah berjalan dengan lancar dan sempurna,” katanya.
Beliau berkata penerbangan pertama jemaah haji Malaysia dijadualkan berlepas ke Tanah Suci Sabtu ini dengan pemeriksaan masuk atau lapor diri akan bermula sehari lebih awal, iaitu pada 10 malam, Jumaat.
"Bagi penerbangan pertama, 284 jemaah haji akan berlepas ke tanah suci menggunakan pesawat Malaysia Airlines. Insya-Allah penerbangan akan mengikut ketetapan dan juga keperluan yang telah dirancang," katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Norber berkata TH turut memberi penekanan terhadap aspek kesihatan jemaah haji yang disifatkan sebagai keperluan penting dalam memastikan kelancaran urusan di Tanah Suci.
Persiapan TH Bagi Musim Haji 1447H/2026M Capai 100 Peratus Menjelang Penerbangan Pertama
TH, persiapan, haji, kelancaran, petugas, Arab Sau