BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Murid dakwa ditumbuk guru

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Shahril bersama isteri dan anaknya menunjukkan laporan polis.
< 1 / 1 >
KUALA LUMPUR - Seorang ibu mendakwa anaknya kini mengalami tekanan emosi setelah seorang guru di sebuah sekolah rendah di sini, dipercayai menampar, menumbuk dan menyepak kaki anak lelakinya kerana terlupa membawa buku.

Azura Ishak, berkata, akibat kejadian yang berlaku pada 25 September lalu, anaknya, seorang murid tahun dua di sekolah berkenaan, kini trauma dan tidak mahu ke sekolah.

“Shazrin dipercayai dikasari guru lelaki itu semasa berada dalam kelas kira-kira jam 4 petang, kejadian itu turut disaksikan 40 rakan sekelasnya,” katanya.

Menurutnya, anak kedua daripada tiga adik-beradik itu mengadu sakit perut selepas pulang dari sekolah ketika hari kejadian.

“Shazrin tidak menceritakan insiden yang menimpa dirinya itu sehingga saya mengetahui perkara itu selepas seminggu dia merahsiakan kejadian tersebut kerana takut dimarahi oleh saya dan bapanya,” katanya.

Sementara itu bapa mangsa, Shahril Md Rasib berkata, laporan dibuat di Balai Polis Hulu Kelang dan aduan kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan bagi meminta siasatan dilakukan terhadap insiden itu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan tersebut pada Jumaat lalu.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/murid-dakwa-ditumbuk-guru-1.209475
 
sepak, tampar , tumbuk - combo B & 745 point.
 
bila profession perguruan dianggap sebagai pekerjaan untuk mengejar gaji, inilah jadinya. Kalo guru melihat profession perguruan sebagai platform untuk mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna, susah rasanya nak pukul murid.
 
sepak, tampar , tumbuk - combo B & 745 point.

hahha...cikgu kuat main game ni.

gilo apo tumbuk budak tahun 2. besar mana pon budak darjah 2 kan.

kita tunggu apa pulak kata cikgu ni. takkan tak bawak buku terus kena combo attack kan?
 
kena siasat tu.... macam ajak bergusti je :D
 
denda pelajar kena ikut peringkat
sekolah rendah...maxima takat kutil2 ,cubit, rotan tapak tangan dgn bulu ayam :D

sekolah menengah... jemuq tengah padang...pumping 50 kali.... lari balapan 4x100 meter :))
 
guru2 sekarang ni pun cepat naik panas baran disebabkan segelintir sikap2 pelajar2 sekarang ni yang tidak menghormati guru2 lagi.
 
bagus gak..baru budak2 ni reti takut skit dgn cikgu
 
hahha...cikgu kuat main game ni.

gilo apo tumbuk budak tahun 2. besar mana pon budak darjah 2 kan.

kita tunggu apa pulak kata cikgu ni. takkan tak bawak buku terus kena combo attack kan?

itulah.. kita kena tunggu juga penjelasan cikgu tu. kadang2 budak2 ni pun pandai buat cerita juga.
 
sume komen atas aku da serang guru tu..ktia xtau kisah sebenar..dan ingat, kata2 budak skrg bukan bole d percaya sgt..tgk mak ayah budak tu pun mcm jenis memanja anak..
 
Back
Top
Log in Register