BTC USD 62,356.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Murid dakwa ditumbuk guru

budak2 baya ni tak pandai berbohong.nakal2 mereka pun masih blh dilentur.
 
kene check tol2.. takut anak yang buat cerita ke ape.. aku penah jd cikgu sekolah rendah dulu... jgn kata budak x pandai bohong... umo 6 tahun pon pandai sgt dah bohong.. ni lagi skolah rendah... tp kalo btol cikgu tu yang sepak.. kene la amek tindakan.. nk mengajar bukan camtu caranya
 
Guru harus menghukum mengikut peraturan sekolah ,dan yg di luluskan oleh kementerian pelajaran, tak boleh suka hati nk hukum.nk tampar pun tak boleh , yg dibolehkan ialah merotan.
 
bape banyak dah kes camnie..cian cegu2 #:-S
 
Guru harus menghukum mengikut peraturan sekolah ,dan yg di luluskan oleh kementerian pelajaran, tak boleh suka hati nk hukum.nk tampar pun tak boleh , yg dibolehkan ialah merotan.

Baik tuan.budak x bawak buku saya akn cakap.besok bawak ya.esok x bawak lagi,amik nama hantar kat hem,x bawak lg,hantar kat kaunselor,x bawak lagi call parents,x bawak lg.....lantak ko la budak.boleh tuan
 
bdk skrg bkn blh pecaya sgt.darjah 1 dh tau seks.lgpun berita kt msia propa je lbh. nk bg laku suratkhabar.
 
budak darjah 2 pun dah pandai reka cerita ka?:-?
 
Baik tuan.budak x bawak buku saya akn cakap.besok bawak ya.esok x bawak lagi,amik nama hantar kat hem,x bawak lg,hantar kat kaunselor,x bawak lagi call parents,x bawak lg.....lantak ko la budak.boleh tuan

salah tu...
kali pertama tak bawak bg penumbuk kat perot...
kali ke2 tak bawak, bg rotan mcm budak tahfiz kena smpai operate peha, kali ke3 tak bawak, tibai smpai budak tu cacat otak terus..:p
boleh tuan..
baru orang respect sikit kat cikgu nie...
 
image.jpg


Shahril bersama isteri dan anaknya menunjukkan laporan polis.
< 1 / 1 >
KUALA LUMPUR - Seorang ibu mendakwa anaknya kini mengalami tekanan emosi setelah seorang guru di sebuah sekolah rendah di sini, dipercayai menampar, menumbuk dan menyepak kaki anak lelakinya kerana terlupa membawa buku.

Azura Ishak, berkata, akibat kejadian yang berlaku pada 25 September lalu, anaknya, seorang murid tahun dua di sekolah berkenaan, kini trauma dan tidak mahu ke sekolah.

“Shazrin dipercayai dikasari guru lelaki itu semasa berada dalam kelas kira-kira jam 4 petang, kejadian itu turut disaksikan 40 rakan sekelasnya,” katanya.

Menurutnya, anak kedua daripada tiga adik-beradik itu mengadu sakit perut selepas pulang dari sekolah ketika hari kejadian.

“Shazrin tidak menceritakan insiden yang menimpa dirinya itu sehingga saya mengetahui perkara itu selepas seminggu dia merahsiakan kejadian tersebut kerana takut dimarahi oleh saya dan bapanya,” katanya.

Sementara itu bapa mangsa, Shahril Md Rasib berkata, laporan dibuat di Balai Polis Hulu Kelang dan aduan kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan bagi meminta siasatan dilakukan terhadap insiden itu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan tersebut pada Jumaat lalu.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/murid-dakwa-ditumbuk-guru-1.209475

mesti ada sebab kenapa cikgu tu buat camtu...

betul ke cikgu tu buat camtu?? kena dengar versi cikgu tu pulak..
 
kene check tol2.. takut anak yang buat cerita ke ape.. aku penah jd cikgu sekolah rendah dulu... jgn kata budak x pandai bohong... umo 6 tahun pon pandai sgt dah bohong.. ni lagi skolah rendah... tp kalo btol cikgu tu yang sepak.. kene la amek tindakan.. nk mengajar bukan camtu caranya

setuju dgn pendapat ni. kena siasat btl2. xbole pcaye sblh pihak je. bdk2 skg terlebih bijak. darjah 1 pun dh pandai pusing cite.kat umh baik pijak semut xmati tp kat luar dia la master mind. sama2 la kita perhatikan ank2 kita..
 
Back
Top
Log in Register