BTC USD 61,682.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Muka 'Di Sambar' Elektrik

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
16.04.2019 - Arau, Lelaki kurang siuman parah pada mulut dan lidah akibat terkena renjatan elektrik ketika memanjat tiang elektrik dan mengusik kotak kuasa tiang berkenaan di Kampung Ulu Pauh, Arau, petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, kejadian 2.30 petang itu disedari seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang melakukan pemeriksaan rutin.

“Kakitangan berusia 32 tahun itu mendapati perkakas dan kotak elektrik di tiang elektrik terbabit terbakar dan berbau hangus.

“Bagaimanapun, seorang awam memaklumkan kepada kakitangan TNB itu ada seorang lelaki kurang siuman sudah memanjat tiang berkenaan dan mengusik kotak kuasa di tiang itu.

“Ketika sedang leka mengusik, kotak itu meletup dan menyambar muka lelaki berusia dalam lingkungan 50-an sehingga mulut dan lidahnya terkoyak,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, lelaki kurang siuman itu kemudian ditemui kakitangan TNB berkenaan tidak jauh dari lokasi tiang elektrik berkenaan.

“Kakitangan itu membawa mangsa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar bagi mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan,” katanya.

1.jpg


1.jpg


1.jpg


Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/04/445410/muka-disambar-elektrik
 
fuh da kena cmtu dia wt x tau je, kalo org normal da berlari ke hospital tu...
 
“Ketika sedang leka mengusik, kotak itu meletup dan menyambar muka lelaki berusia dalam lingkungan 50-an sehingga mulut dan lidahnya terkoyak,”

adoi.. ngerinya...
semoga cepat sembuh...

harap ada jabatan/rumah kebajikan jaga pakcik ni..
bahaya org kurang siuman tanpa penjagaan..
bole merhayakan diri sendiri & org sekeliling
 
fuh da kena cmtu dia wt x tau je, kalo org normal da berlari ke hospital tu...

Sakitnya dia dan tuhan saja yg tahu. Tak ada kebolehan nak bagitau org lain tak semestinya tak sakit.
 
Back
Top
Log in Register