BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mujahid mulakan tindakan saman PAS

entah la tn TXT, nak saman PAS tu dlm hal apa

dia boleh ke establish dengan jitu dan tepat
-apa yg dia nak saman tu
-pada PAS secara spesifik

saya tengok mcm tak kuat je
Dia menyantuni mak nyah Zaman dia sebagai menteri agama........ 🤣🤣🤣🤣🤣
 
55bbf1cb55714e1a45d35d0ec670ca84.jpg

mk-small-logo-50.png

BERITA
Dakwa sokong LGBT, Mujahid heret PAS ke mahkamah

Diterbitkan: Jan 16, 2023 5:46 PM

Dikemaskini: 5:46 PM

Naib Presiden Amanah Mujahir Yusof memfailkan saman fitnah terhadap PAS berhubung dakwaan bekas menteri agama itu menyokong golongan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender).

Peguam Mujahid memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Disember tahun lalu.

Tindakan sivil itu berkaitan satu hantaran Facebook pada 16 Oktober lalu, yang merujuk ketika di menjadi menteri di jabatan perdana menteri yang menjaga hal-ehwal agama ketika pentadbiran PH sebelum ini.

Menurut kertas kausa yang dilihat Malaysiakini, plaintif iaitu Mujahid menamakan Takiyuddin Hassan selaku setiausaha agung PAS sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, dia mendakwa Takiyuddin atau PAS dengan niat jahat memuat naik hantaran untuk menjejaskan maruahnya.

Dia mendakwa hantaran itu memfitnahnya kerana dia tidak pernah menyuarakan sebarang sokongan berkaitan golongan LGBT.

8ddc7d066387d0f94447c25a5a525121.jpg
Takiyuddin Hassan

Menurutnya, ketika menjadi menteri, dia tidak pernah menghalang pihak berkuasa daripada mengambil tindakan terhadap aktivis LGBT atau kalangan yang terlibat dalam kegiatan LGBT.

Menerusi writ saman yang difailkan, dia memohon mahkamah mengarahkan Takiyuddin atau PAS membuat permohonan maaf secara terbuka dan disiarkan dalam akhbar harian Bahasa Malaysia serta laman Facebook parti itu, dalam tempoh 14 hari selepas mahkamah membuat keputusan.

Dia juga memohon mahkamah mengarahkan mereka memadam kenyataan yang didakwa fitnah itu serta gambarnya dalam hantaran Facebook itu, serta mengeluarkan injunksi untuk menghalang mereka daripada mengulangani kenyataan tersebut.

Dia menuntut ganti rugi am, teladan dan teruk, kos, kadar faedah tahunan lima peratus daripada pampasan bermula tarikh keputusan sehingga bayaran penuh dibuat, serta relif-relif lain yang dirasakan wajar oleh mahkamah.

Ketika dihubungi Malaysiakini, peguam Mujahid, Noorazmir Zakaria mengesahkan pengurusan kes bagi saman itu akan dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok
 
LGBT: Pas mohon batal saman Mujahid

MUJAHID YUSOF
KUALA LUMPUR: Pas telah memfailkan permohonan untuk membatalkan saman yang difailkan oleh Naib Ketua Amanah, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa berhubung isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Pada 15 Disember 2022, Mujahid memfailkan saman tersebut selepas Pas dalam satu hantaran Facebook mendakwa bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu menyokong golongan tersebut.

Pas dinamakan sebagai defendan dan disaman melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Peguam, Noorazmir Zakaria yang mewakili bekas Ali Parlimen Parit Buntar itu ketika dihubungi media mengesahkan perkara tersebut.

Jelasnya, Pas memohon agar saman fitnah tersebut dibatalkan tanpa perlu melalui perbicaraan penuh dan permohonan untuk membatalkan saman itu akan didengar pada 21 Jun ini.

Menurut notis permohonan yanng difailkan, Pas memohon saman itu dibatalkan atas alasan plaintif (Mujahid) gagal mendedahkan apa-apa klausa tindakan yang munasabah terhadap parti itu.

Menurut pernyataan tuntutannya, Mujahid menafikan bahawa ada menyuarakan sokongan terhadap LGBT atau menghalang pihak berkuasa daripada mengambil tindakan terhadap aktivis LGBT atau mereka yang terlibat dengan aktiviti berkaitan golongan itu.

Sehubungan itu, plaintif memohon perintah agar parti itu memadamkan kenyataan berbaur fitnah dan injunksi bagi menghalang Pas menerbitkan semula kenyataan fitnah tersebut.

Turut dimohon ialah ganti rugi am, teladan dan teruk, kos serta relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Sementara itu, Pas dalam pernyataan pembelaannya menyatakan, kenyataan yang dibuat di lama Facebook parti itu adalah komen yang adil berdasarkan kenyataan dibuat Mujahid yang dilaporkan oleh media.

Defendan turut menyatakan pembelaan berdasarkan justifikasi kerana kenyataan yang dibuat adalah berdasarkan kenyataan plaintif termasuk kenyataan yang dibuat pada sesi soal jawab dengan media pada 8 Ogos 2018.

“Kenyataan-kenyataan, pendekatan dan pendirian plaintif sendiri berkenaan hak golongan LGBT yang berhak mengamalkan Aktiviti Berunsur LGBT selagi tidak melakukan jenayah dan mempromosikannya seolah-olah membuka ruang dan harapan kepada golongan LGBT untuk diiktiraf,” jelas pembelaan itu.

Selain itu, defendan mendakwa Mujahid telah membaca artikel yang diterbitkan di luar konteks dan tidak mengambil kira tanggungjawab dan amanah yang dipikul pengamal media dan penulis untuk memberikan gambaran sebenar, teguran dan kritikan kepada pemimpin. – UTUSAN
 
32fb2bff07ede7f0205bf831982f9bed.jpg

Bantahan ditolak, saman Mujahid ke atas PAS diteruskan

Diterbitkan: Jun 22, 2023 11:38 AM

Dikemaskini: 12:00 PM

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak notis permohonan difailkan PAS bagi membatalkan saman fitnah dikemukakan Naib Presiden Amanah Mujahid Yusof.

Justeru dengan penolakan tersebut, kata peguam Noorazmir Zakaria, saman Mujahid akan diteruskan dengan perbicaraan penuh.

Peguam yang mewakili Mujahid itu berkata perbicaraan tersebut dijadual berlangsung pada 2025.
Katanya hakim Ahmad Shahrir Mohd Salleh juga semalam memerintahkan agar PAS membayar kos RM3,000 kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu.

“Pada sesi pendengaran kes, pihak defendan menghujahkan bahawa plaintif salah kerana menyaman PAS.
"Kata mereka, plaintif sepatutnya menyaman penulis artikel tersebut bukannya parti.

“Selain itu peguam mereka juga menghujahkan PAS sebagai parti politik tidam boleh disaman dalam kes fitnah.
“Bagaimanapun kami mengemukakan hujahan sebaliknya,” kata Noorazmir ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

a93772687e6dca949b1261869c9d9245.jpg
Noorazmir Zakaria

PAS diwakili peguam bela Mohd Faizo Che Abu.

Pada 15 Dis tahun lalu Mujahid memfailkan saman fitnah terhadap PAS berikutan satu artikel yang diterbitkan di Facebook Parti Islam Se-Malaysia PAS (Pusat) bertajuk Mantan Menteri Agama PH sokong Eljibiti?.

Artikel tersebut bertarikh 16 Okt 2022.

Mujahid yang juga bekas ahli Parlimen Parit Buntar menerusi pernyataan tuntutannya mendakwa artikel tersebut adalah bersifat fitnah dan mengaibkannya.

Dia itu turut mendakwa PAS dengan melampau menggunakan atau mengaitkan isu LGBT ini dengan dirinya.
 
Artikel dari FB PAS(yakni Pusat) dah tentulah kena saman PAS.

lainlah artikel dlm Harakah, bolehlah nk kata suara penulis x mewakili suara parti.
 
Kenyataan-kenyataan, pendekatan dan pendirian plaintif sendiri berkenaan hak golongan LGBT yang berhak mengamalkan Aktiviti Berunsur LGBT selagi tidak melakukan jenayah dan mempromosikannya seolah-olah membuka ruang dan harapan kepada golongan LGBT untuk diiktiraf,” jelas pembelaan itu.

Betul ke Mujahid pernah kata gokongan LGBT ada hak amalkan perbuatan berunsurkan LGBT selagi tidak melakukan jenayah?

Seingat aku konteks hak yg Mujahid maksudkan adalah hak sebagai warganegara, utk bekerja utk bersosial sebagai warganegara, bkn sebagai LGBT.
 
kompom la pas kalah hahaha sedia kan la duit siap2
 
Adakah artikel ini yg dirujuk oleh page Fb PAS (yakni Pusat) , atau artikel lain?

Golongan LGBT tidak harus didiskriminasi di tempat kerja - Mujahid​

Golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) di Malaysia berhak menikmati hak yang sama sebagai warga negara ini dan mereka tidak seharusnya didiskriminasi dalam sebarang bentuk termasuk di tempat kerja.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata golongan itu juga tidak harus tercicir hak untuk mendapatkan keadilan.

"Mengenai hak kewarganegaraan, mereka tidak boleh didiskriminasi di tempat kerja atau dalam isu lain," kata beliau kepada pemberita ketika beliau ketika ditemui di lobi parlimen selepas pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai aktivis LGBT Numan Afifi yang meletak jawatan sebagai pegawai akhbar Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berikutan kontroversi mengenai identitinya.

Beliau berkata Numan telah meletak jawatan secara sukarela dan ia tidak sepatutnya menjadi isu, melainkan ada bukti bahawa dia dipaksa berbuat demikian.

Bagaimanapun, Mujahid yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam menegaskan bahawa Malaysia tidak akan mengiktiraf golongan itu.

"Dari segi undang-undang, tidak timbul perkara seperti memberi pengiktirafan, hanya ada hak kewarganegaraan," kata beliau.

Beliau juga berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memperkenalkan program yang positif untuk mendekati golongan itu, dan memulihkan mereka secara afektif dan membawa mereka semula ke pangkuan masyarakat.
-- BERNAMA
 
Back
Top
Log in Register