BTC USD 83,220.0 Gold USD 4,114.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Muhyiddin Letak Jawatan Pengerusi PN

AMK Selangor Gesa PAS Tinggalkan BERSATU, Sertai Kerajaan Perpaduan

01.01.2026 - PAS perlu mempertimbangkan langkah politik yang lebih matang dengan menyertai Kerajaan Perpaduan demi menjamin kestabilan masa depan negara, kata Ketua Pemuda PKR (AMK) Selangor, Muhammad Iman Haziq. Gesaan itu dibuat di tengah-tengah ketegangan terbuka yang semakin memuncak antara dua parti utama Perikatan Nasional (PN), iaitu PAS dan Bersatu, yang kini dilihat kian meruncing.

“Krisis dalaman yang melanda gabungan pembangkang itu memberi isyarat jelas bahawa masa depan negara tidak boleh dipertaruhkan di tangan gabungan yang ‘rapuh dan saling mencurigai.’ Kemelut terbaru yang digelar sebagai ‘Langkah Perlis’ sebagai bukti bahawa Bersatu lebih mengutamakan agenda kuasa berbanding semangat setiakawan dalam gabungan tersebut. “Langkah yang cuba dikatakan Bersatu sebagai ‘luka kecil’ itu jelas memperlihatkan politik sempit parti bunga raya tersebut yang lebih tergoda dengan ketamakan kuasa,” katanya pada satu kenyataan media.

Iman turut mengungkit sejarah Bersatu yang disifatkannya tidak asing dengan “siri pengkhianatan,” merujuk kepada peristiwa Langkah Sheraton yang menjatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan pada 2020. Sebelum ini, Pemuda PAS Selangor turut mendesak kepimpinan PAS Pusat supaya memutuskan hubungan dengan Bersatu, atas alasan kerjasama sedia ada tidak membawa manfaat kepada perjuangan parti itu. Ketua Pemuda PAS Selangor, Sukri Omar berkata gabungan politik Melayu perlu segera dibentuk semula menerusi kerjasama yang lebih kukuh dan stabil bagi menghadapi pilihan raya akan datang. Menurut Sukri, landskap politik semasa menuntut satu penyatuan baru melibatkan parti-parti Melayu termasuk Umno, tanpa menolak kemungkinan penjenamaan semula kerjasama terdahulu. Mengulas lanjut, Iman menyatakan sokongan terhadap sentimen yang disuarakan Pemuda PAS Selangor itu.

“Memandangkan negara memerlukan kestabilan politik untuk memacu pertumbuhan, sudah tiba masanya PAS beralih arah dan bekerjasama dengan kerajaan sedia ada di bawah pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Kerajaan Perpaduan menawarkan kestabilan jangka panjang dan tenaga politik yang mampu memberi manfaat kepada rakyat, bukannya menghabiskan masa tikam-menikam sesama sendiri. Penyertaan PAS ke dalam barisan kerajaan tidak seharusnya dilihat sebagai satu kekalahan politik, sebaliknya satu tindakan berjiwa besar sebagai sebuah parti yang telah berusia hampir 75 tahun,” katanya.

Iman turut berkata rakyat kini lebih memerlukan pemimpin yang meletakkan agenda kebajikan sebagai keutamaan, berbanding perebutan kuasa peribadi yang berlarutan tanpa kesudahan. Keretakan dalam PN mula menjadi tumpuan selepas beberapa siri perselisihan pendapat berkaitan pelantikan jawatan dalam pentadbiran negeri di bawah kawalan gabungan itu, khususnya di Perlis. Sebelum ini, hubungan PAS dan Bersatu turut diuji apabila muncul desakan daripada akar umbi PAS yang mahu parti itu menerajui lebih banyak kerusi dan jawatan penting, memandangkan PAS mempunyai jentera serta sokongan akar umbi yang lebih kukuh. Malah, beberapa pemimpin PAS sebelum ini secara halus memberi bayangan bahawa kerjasama dalam PN perlu dinilai semula sekiranya Bersatu terus gagal menunjukkan komitmen sebagai rakan kongsi yang stabil.​

1767273938557.png
 
Peletakan Jawatan 5 Pemimpin BERSATU Dalam PN Strategi Balas Dendam ?

01.01.2026 - Tindakan lima pemimpin utama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) meletakkan jawatan masing-masing dalam struktur kepimpinan Perikatan Nasional (PN) di peringkat nasional dan negeri didakwa untuk membalas dendam dan memberi tekanan kepada PAS. Penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, ini selepas PAS memberi tekanan dan beberapa pemimpin yang marah kepada BERSATU kerana dominasi parti dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin membabitkan jawatan utama di peringkat PN. Selain itu katanya, dominasi berkenaan juga diterjemahkan menerusi tindakan tertentu daripada BERSATU seperti mengumumkan calon Perdana Menteri mereka.

"Itu menyebabkan PAS begitu marah dengan BERSATU dan kita lihat ada balasan atau BERSATU luahkan semula kemarahan itu dengan menarik diri daripada jawatan utama dalam PN," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari. Ia diikuti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan meletakkan jawatan Setiausaha Agung PN dan Pengerusi Badan Perhubungan PN Selangor. Turut meletakkan jawatan Datuk Dr Sahruddin Jamal (Pengerusi PN Johor), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Pengerusi PN Perak) dan Mohamad Hanifah Abu Baker (Pengerusi PN Negeri Sembilan). Mohammad Tawfik berkata, berkemungkinan terdapat beberapa pemimpin BERSATU lain akan mengambil tindakan serupa dengan meletakkan jawatan dalam PN dalam masa terdekat. Beliau turut ternanti-nanti adakah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BERSATU yang mempunyai jawatan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) seperti di Kelantan, Terengganu dan Kedah akan meletakkan jawatan masing-masing.

"Kalau BERSATU betul-betul anak jantan, mereka tarik keluar ADUN dalam kerajaan negeri bagi membuktikan mereka tidak tergila-gila jawatan tetapi memegang prinsip," katanya.

Menurutnya, kemelut yang berlaku juga ternyata melemahkan PN dan seterusnya memberikan kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

"Ini memberi kelebihan kepada PH dan BN ketika menjadi kerajaan, mereka tidak perlu bekerja keras kerana musuh sedang melemah. Perkara ini juga merupakan peluang kepada PH dan BN untuk menambah kerusi dalam pilihan raya akan datang khususnya di kerusi BERSATU," katanya.

Penganalisis politik dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Prof Dr Azmi Hassan beranggapan, peletakan jawatan lima pemimpin BERSATU itu adalah bagi memberi tekanan kepada kepimpinan Pengerusi PN yang baharu yang berkemungkinan daripada PAS.

"Ini yang dikatakan sebagai tekanan selepas peletakan jawatan Muhyiddin bahawa BERSATU akan mempamerkan bahawa mereka sepatutnya menerajui PN dan bukannya PAS kerana BERSATU mungkin berpendapat PAS tiada pemimpin yang sekaliber Muhyiddin dalam hal ini. Ia sama seperti di Perlis apabila ADUN dari PAS mengatakan mereka tidak akan terlibat dalam kerajaan negeri terbaru bagi memberi tekanan kepada Menteri Besar daripada BERSATU. Sama juga di peringkat PN, pemimpin BERSATU cuba menggoyang kestabilan PN hanya untuk memberi tekanan kepada kepimpinan baru yang besar kemungkinan datang daripada PAS" katanya.​

1767278791612.png
 
Hadi Sahkan PAS Akan Terajui PN

02.01.2026 - Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengesahkan parti itu akan menerajui PN susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi berkuat kuasa semalam. Abdul Hadi berkata mesyuarat mengenai calon pengerusi PN yang baru akan berlangsung minggu depan yang dijangka turut dihadiri pemimpin Bersatu.

“Mesyuarat itu nanti akan bersama-sama Bersatu. (Pemimpin) yang letak jawatan itu atas dia (sama ada) hendak datang (mesyuarat) atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, di Marang hari ini.

Abdul Hadi berkata PAS mempunyai ramai calon dalam kalangan agamawan mahupun teknokrat namun Anggota Parlimen Marang itu masih menutup mulut mengenai identiti calon yang akan dikemukakan. Ditanya kemungkinan dia akan menerajui PN seperti cadangan beberapa pihak, Abdul Hadi sekadar menjawab dirinya dalam keuzuran.
​
1767329281230.png
 
Undur Dari PN Langkah Strategik, Bukan Tanda Kelemahan - Muhyiddin

02.01.2026 - Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, menjelaskan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi PN adalah sebagai “langkah strategik” dan bukan tanda kelemahan. Dalam perutusan sempena Tahun Baru, Muhyiddin turut menegaskan bahawa dia masih menerajui kepimpinan Bersatu sebagai presiden.

"Saya ingin menegaskan bahawa saya masih menerajui kepimpinan Bersatu sebagai Presiden. Walaupun saya tidak lagi memimpin Perikatan Nasional, Bersatu kekal sebagai rakan yang berprinsip, konsisten dan setia dalam PN, dan kerjasama ini akan terus dipelihara demi kestabilan serta kekuatan gabungan,” kata bekas perdana menteri itu.

Menurutnya, dalam menghadapi cabaran semasa, keutamaan Bersatu adalah untuk memastikan kelangsungan, kekuatan dan masa depan parti itu.

"Ada ketikanya kita perlu mengambil satu langkah ke belakang, bukan sebagai tanda kelemahan, tetapi sebagai langkah strategik untuk mengukuhkan asas, menyusun barisan kepimpinan dan membina kekuatan parti yang lebih tersusun dan mampan,” katanya.

Muhyiddin pada 30 Disember lalu mengumumkan peletakan jawatannya sebagai pengerusi PN, ketika ketegangan antara PAS dan Bersatu semakin memuncak. Ini selepas pemimpin Bersatu di Perlis memulakan usaha menyingkirkan Menteri besar daripada PAS, Mohd Shukri Ramli. Pengumuman Muhyiddin mencetuskan siri peletakan jawatan oleh pengerusi-pengerusi Bersatu negeri, termasuk setiausaha agung parti itu, Azmin Ali selaku pengerusi PN Selangor, dan timbalan presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu, selaku pengerusi PN Perak. Dalam pada itu Muhyiddin menyeru ahli Bersatu supaya menyelesaikan sebarang perbezaan secara berhemah, matang dan tertutup.

"Saya menuntut agar seluruh ahli Bersatu kekal beristiqamah, berdisiplin dan menjunjung budaya saling menghormati, serta menyelesaikan sebarang perbezaan secara berhemah, matang dan tertutup demi kepentingan parti," katanya.

PN kini dijangka akan melantik pengganti Muhyiddin dengan spekulasi mengatakan PAS bakal mengambil alih kepimpinan gabungan tersebut.
​
1767329475662.png
 
uturn time 😂😆

Pas takut la tu mesin atm tak de 😂 😆

 

calon PM ada 3 lori... calon president PN tak ada plak. dulu kini selamanya mundur bersama Pas

😂 😂
 
Aduhh kesian

>Qunut nazilah makan diri
>Retak menanti belah
>Pmtepi pmtepi tak jadi apa hahahahaha
 
Back
Top
Log in Register