BTC USD 83,340.4 Gold USD 4,123.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Muhyiddin Letak Jawatan Pengerusi PN

PAS Jangan Terlalu Yakin Berdiri Sendiri, Kata Bekas Pegawai Muhyiddin

31.12.2025 - Bekas ketua setiausaha sulit Muhyiddin Yassin, Marzuki Mohamad, memberi amaran agar PAS tidak terlalu yakin mampu berdiri sendiri tanpa dukungan rakan gabungan, dengan mengingatkan parti itu pernah melalui kitaran naik dan jatuh yang sama dalam sejarah politiknya. Merujuk Pilihan Raya Umum (PRU) 1999, Marzuki berkata PAS mencatat kemenangan terbesar ketika itu apabila melonjak daripada tujuh kerusi Parlimen kepada 27 kerusi, mengekalkan Kelantan, merampas Terengganu dan hampir menawan Kedah. Menurutnya, lonjakan tersebut didorong oleh “pemberontakan Melayu atau Malay revolt” terhadap Barisan Nasional (BN) susulan pemecatan dan pemenjaraan Anwar Ibrahim, yang menyebabkan sokongan orang ramai kepada BN di negeri-negeri majoriti penduduk Melayu seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu merosot dengan ketara.

“Orang-orang Melayu pada ketika itu yang bersimpati terhadap nasib Anwar Ibrahim, telah menolak BN. Keadaan ini memberikan lonjakan sokongan Melayu kepada PAS,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Marzuki turut menegaskan bahawa penyertaan PAS dalam Barisan Alternatif (BA) bersama Parti Keadilan Nasional (kini PKR) dan DAP telah membuka ruang sokongan baharu kepada PAS di negeri-negeri pantai barat seperti Perak dan Selangor, kawasan yang sebelum itu sukar ditembusi parti berkenaan. Menurutnya, kerjasama tersebut menyebabkan PAS tidak lagi dilihat sebagai “parti kampung”, sebaliknya mula menampilkan imej lebih progresif dan bersedia diterima masyarakat pelbagai kaum, sekali gus mewujudkan keyakinan bahawa parti itu mampu menjadi kerajaan Persekutuan. Bagaimanapun, keterujaan itu tidak bertahan lama. Marzuki berkata pengumuman Dokumen Negara Islam oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, pada 2001 telah mendorong DAP keluar daripada BA, menyebabkan gabungan itu runtuh. Akibatnya, PAS tewas di Terengganu dalam PRU 2004, hampir kehilangan Kelantan dan jumlah kerusi Parlimennya merosot kembali kepada tujuh.

“Haji Hadi menjadi menteri besar sepenggal di Terengganu. Ini fakta sejarah yang tidak boleh dinafikan,” katanya.

Mengulas situasi semasa, Marzuki melihat PAS sedang mengikuti “trajectory” yang sama selepas mencatat kemenangan terbesar dalam PRU15 hasil penyertaan dalam Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh Muhyiddin. Namun, katanya, hanya kerana Muhyiddin menjunjung titah Raja Perlis dalam isu pelantikan menteri besar, Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden mendesak beliau berundur sebagai Pengerusi PN. Menurut Marzuki, PAS seolah-olah merasakan sumbangan parti lain tidak lagi signifikan dan parti itu mampu berdiri sendiri, dengan kes Perlis diletakkan sepenuhnya di bahu Muhyiddin dan Bersatu.

“Tan Sri Muhyiddin orang lama dalam politik… Jika jawatan Perdana Menteri beliau boleh lepaskan, apalah sangat jawatan Pengerusi Perikatan Nasional,” katanya.

Dia turut mempersoalkan tindakan PAS yang pantas menuntut jawatan pengerusi PN, sedangkan sebelum itu Abdul Hadi sendiri mengeluarkan pandangan bahawa jawatan tidak wajar diberikan kepada mereka yang menuntutnya.

“Yang peliknya, PAS dengan sepantas kilat menuntut jawatan pengerusi Perikatan Nasional. Adakah fatwa Haji Hadi tidak terpakai kepada PAS?.“Apakah jalan ke hadapan bagi PN?” soalnya.

Marzuki seterusnya menggariskan tiga prasyarat yang perlu dipenuhi PN untuk memenangi PRU16, termasuk meningkatkan sokongan Melayu sehingga 80 hingga 85 peratus, menarik sekurang-kurangnya 15 hingga 20 peratus sokongan bukan Melayu, serta memperoleh dukungan parti-parti dari Sabah dan Sarawak. Bagaimanapun, dia berkata ketiga-tiga prasyarat itu kini kelihatan semakin kabur. Menurutnya, strategi “hollow-out” Umno semakin sukar apabila trend penyokong Umno mengundi PN mula berpatah balik dalam beberapa pilihan raya kecil, selain kecenderungan PAS menghidupkan semula Muafakat Nasional yang menyebabkan penyokong Umno mempersoalkan keperluan beralih kepada PN. Dalam masa sama, katanya, pengundi bukan Melayu semakin menjauh apabila PAS dilihat menampilkan dirinya sebagai abang besar dalam PN, manakala parti-parti di Sabah dan Sarawak pula kurang selesa dengan imej Islamis dan konservatif dari Semenanjung.

“Ketakutan kepada green wave kelihatan seperti benar. Matlamat PN untuk menarik sokongan bukan Melayu menjadi semakin sukar. Sebelum ini Bersatu dan kepimpinan Muhyiddin menjadi jambatan antara imej konservatif PN dan watak moderat Sabah dan Sarawak. Jambatan ini sedang dibakar.” katanya.

Marzuki menegaskan, meskipun ada yang menyifatkan peletakan jawatan Muhyiddin sebagai langkah pengukuhan PN, persoalan sebenar ialah sama ada gabungan itu benar-benar sedang mengukuh atau sebaliknya.

“Atau adakah PN sedang membunuh angsa yang bertelur emas?” soalnya sambil menggesa pimpinan PN bermuhasabah secara rasional dan objektif, serta tidak mengulangi kesilapan BA yang membawa kepada kekalahan besar PAS dalam PRU 2004.

Semalam, Muhyiddin secara rasmi mengumumkan peletakan jawatannya sebagai pengerusi gabungan itu selepas lima tahun memimpin PN, sejak 7 Ogos 2020, iaitu tarikh ia didaftarkan. Sebelum ini, wujud beberapa desakan dan asakan daripada PAS termasuk oleh ketua pemudanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden, yang mahu jawatan pengerusi PN diserah kepada parti itu. Perselisihan hubungan antara PAS dan Bersatu dikatakan tercetus susulan pergolakan politik di Perlis yang menyaksikan peletakan jawatan Adun Sanglang, Mohd Shukri Ramli sebagai menteri besar. Raja Perlis kemudian berkenan melantik Adun Kuala Perlis daripada Bersatu, Abu Bakar Hamzah sebagai menteri besar yang baharu.​

1767163742133.png
 
Pasal dana ni aku x rasa isu besar buat PAS. PAS dah wujud lama, sebelum Bersatu ada lg.

Nk sembang pasal dana politik dgn PAS?
Yg aku boleh nampak, hampir kesemua cawangan PAS bangunan kayu. Sekali-kali guna rumah banglo org. Aku tak tahulah pasal keadaan dana diorang, tapi banding ngan UMNO cawangan semua pejabat. Kat tempat aku macam dewan persidangan dua tingkat. Lebih besar dari dewan milik majlis. Aku tak tahulah pasal Bersatu.
 
PAS Belum Putuskan Nama Calon Pengerusi PN

31.12.2025 - Ketua dua sayap PAS mengesahkan parti itu belum memutuskan sebarang nama untuk dicalonkan sebagai pengerusi Perikatan Nasional (PN), meskipun perbincangan mengenai kepimpinan gabungan itu terus menjadi perhatian. Ketua Pemuda Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata belum ada sebarang keputusan dimuktamadkan berhubung jawatan tersebut, manakala Ketua Wanita Nuridah Salleh memaklumkan belum ada calon dari PAS untuk mengisi jawatan berkenaan.

“Belum lagi,” kata Afnan kepada FMT, ketika ditanya tentang perkembangan calon pengerusi PN dari PAS bagi menggantikan Muhyiddin Yassin, yang meletak jawatan semalam.

Afnan juga memberitahu FMT bahawa PAS belum bermesyuarat berhubung isu berkenaan. “Belum tahu lagi (bila mesyuarat),” katanya. Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatan sebagai pengerusi PN, berkuat kuasa 1 Jan, menyusuli kemelut politik di Perlis, yang menyaksikan jawatan menteri besar beralih daripada PAS kepada Bersatu. Semalam, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan isu jawatan pengerusi akan dibawa ke majlis tertinggi gabungan yang dianggotai presiden parti-parti komponen.
​
1767164312741.png
 
Mampukah PN Menang PRU-16 Dengan Pas Sebagai Pengerusi? - Pemerhati

Siapa yang bakal menjadi Pengerusi Perikatan Nasional (PN) bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin yang meletakkan jawatan terus menjadi persoalan yang hangat dibincangkan ketika ini. Menurut pensyarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim, bermula esok atau secepat mungkin, Majlis Tertinggi PN yang masih ada perlu segera melantik Pengerusi baharu. Tambahnya, pelantikan Pengerusi PN baharu itu akan menjadi faktor penentu sangat penting terhadap masa depan gabungan politik tersebut, sama ada terus melangkah ke hadapan atau berundur ke belakang. Ujar beliau, sekiranya Pas ingin menerajui PN, sudah tentu sosok terbaik untuk menjadi pengerusi adalah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang. Ini kerana, katanya, agak janggal sekiranya Pas menamakan pemimpin lain pada hieraki lebih rendah dalam parti untuk mengetuai PN, meskipun ia mungkin tidak menjadi isu dalam Pas.

“Ini kerana PN adalah gabungan parti-parti politik. Sudah tentu salah seorang ketua daripada parti-parti tersebut sewajarnya mengetuai gabungan tersebut. Calon pilihan pula mestilah yang paling berketerampilan, paling berpengaruh dan paling berwatak karismatik antara ketua-ketua parti dalam gabungan. Sebab selain sebagai ketua gabungan, pengerusi PN juga adalah bayangan calon PM bagi pihak PN. Inilah tanggapan umum masyarakat awam,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Yusri yang juga Felo Penyelidik Unit Literasi dan Advokasi Politik UMT menambah, jika Hadi Awang dinamakan sebagai Pengerusi PN, timbul persoalan sama ada pengaruhnya mencukupi untuk mengemudi PN memenangan PRU-16. Tambah beliau, sekiranya jawatan Pengerusi PN itu diberikan kepada pemimpin lebih rendah dalam Pas, timbul tanda tanya sama ada keputusan luar kebiasaan tersebut mampu memberi keyakinan kepada pengundi. Ujarnya, dalam PRU-15 dan enam pilihan raya negeri (PRN) pada 2023, PN disifatkan sudah mencapai puncak sokongan daripada orang Melayu. Sehubungan itu, katanya, untuk memenangi PRU-16, PN perlu mempunyai strategi untuk mendapatkan tambahan undi daripada segmen bukan Melayu pula.

“Isunya jika Abdul Haji atau mana-mana pemimpin Pas mengetuai PN, adakah lantikan ini boleh memberi nilai tambah dalam aspek sokongan bukan Melayu?. Inilah antara pertimbangan yang dijangka akan diberi perhatian serius oleh MT PN dalam mesyuarat untuk melantik pengerusi baharu nanti,” katanya.​

1767165832531.png

Sumber asal https://malaysiagazette.com/2025/12...ru-16-dengan-pas-sebagai-pengerusi-pemerhati/
 
utk bunuh parti kene bunuh org yg bg Dana ..itu je cara parti nak bergerak..

mcam DAPig dan PKR , ade laporan dapat dana dari NED di bawah cabang CIA.. mmg sgt strong dana mereka
 
Tongkah Arus, Mas Ermieyati Tak Tunduk Pada ‘Desakan’ Letak Jawatan

31.12.2025 - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Mas Ermieyati Samsudin menegaskan dia tidak akan meletakkan jawatannya buat masa ini demi menjaga kestabilan organisasi dan persediaan menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang. Keputusan itu dibuat susulan “desakan” yang menuntutnya mengikut jejak langkah Muhyiddin Yassin yang meletakkan jawatan sebagai pengerusi PN semalam, susulan krisis dengan PAS di Perlis.

"Ingin saya tegaskan bahawa keputusan untuk tidak meletakkan jawatan ini bukanlah didorong oleh sebarang kepentingan peribadi, apatah lagi kerana ingin mempertahankan jawatan atau kuasa. Sebaliknya, ia dibuat atas pertimbangan tanggungjawab, kestabilan organisasi serta kepentingan perjuangan Perikatan Nasional di peringkat negeri," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Keputusan Mas Ermieyati itu dilihat melawan arus ketika ramai pemimpin Bersatu mengikuti jejak langkah Muhyiddin susulan ‘rampasan’ kerusi menteri besar daripada PAS di Perlis. Selain Muhyiddin, ramai pemimpin kanan PN di pelbagai negeri daripada Bersatu mengikuti jejak langkah anggota parlimen Pagoh, termasuk Ahmad Faizal Azumu (Perak), Sahruddin Jamal (Johor) dan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian (Sarawak). Sementara itu, Mas Ermieyati yang juga ketua Wanita PN menjelaskan bahawa hubungan antara komponen parti di Melaka, khususnya dengan PAS, berada dalam keadaan harmoni dan tidak terjejas dengan isu di Perlis. Mas Ermieyati berkata PN Melaka kini sedang berada dalam fasa persiapan penting bagi menghadapi PRN yang dijangka berlangsung dalam tempoh empat hingga enam bulan lagi. Menurutnya, sebarang perubahan kepimpinan secara mendadak dikhuatiri akan melemahkan momentum gerak kerja jentera yang sedang dibina.

"Kesinambungan dan kerjasama erat kepimpinan amat penting bagi memastikan gerak kerja, penyusunan jentera dan strategi dapat berjalan dengan tersusun serta berkesan," katanya lagi.

Dia turut menyifatkan dakwaan bahawa jawatan pengerusi negeri terbatal secara automatik susulan peletakan jawatan pengerusi pusat sebagai "kurang tepat" kerana pelantikan dibuat berdasarkan keputusan Majlis Tertinggi PN. Kemelut dalaman PN bermula selepas lima Adun Bersatu menggulingkan menteri besar PAS Mohd Shukri Ramli. Tampuk kepimpinan negeri terkecil di Malaysia itu kini disandang oleh anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Perlis Abu Bakar Hamzah. Langkah itu menimbulkan kemarahan pemimpin PAS sehingga membawa kepada cakap-cakap perpecahan PN dan idea menghidupkan semula gabungan Muafakat Nasional (MN) dengan Umno sebelum ini. Setakat ini belum jelas sama ada PAS akan mengambil alih tampuk kepimpinan pusat PN susulan pengunduran Muhyiddin.

Mas Ermieyati turut menggesa semua pihak menghentikan polemik terbuka di media sosial berkaitan hubungan Bersatu dan PAS kerana ia hanya akan menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap gabungan itu. Bagaimanapun, dia menyatakan kesediaan untuk melepaskan jawatannya sekiranya perkara itu diputuskan secara bersama oleh pucuk pimpinan tertinggi gabungan tersebut.

"Saya sendiri bersedia untuk melepaskan kedua-dua jawatan sekiranya itu merupakan keputusan bersama yang dibuat secara matang dan berlandaskan kepentingan parti dan gabungan," tambahnya.​

1767174803980.png
 
Back
Top
Log in Register