BTC USD 66,098.8 Gold USD 2,401.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mufti Wilayah Persekutuan Saran Pekerja Islam Di Bank Konvensional Berusaha Cari Pekerjaan Halal Lain

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
142,498
Paid Membership
Joined
Jun 3, 2013
Messages
142,498
Reaction score
25,538
Points
2,866
Awards
1

Mufti Wilayah Persekutuan Saran Pekerja Islam Di Bank Konvensional Berusaha Cari Pekerjaan Halal Lain​

January 10, 2024 - 7:14 AM

1705807761983.png

Seperti ramai sedia maklum, agama Islam sememangnya mengharamkan riba dan menghalalkan jual beli. Malah, agama Islam turut memberi amaran keras buat mereka yang terlibat dalam urusan melibatkan riba.

Terbaharu, Mufti Wilayah Persekutuan tampil menjawab sebuah lagi persoalan yang sering membelenggu orang ramai khususnya warga Muslim dalam negara melibatkan hukum pekerja Islam yang bekerja di bank konvesional.

Menurutnya, bank konvesional mempunyai muamalat berasaskan riba. Oleh yang demikian, para pekerja yang berada dalam dunia pekerjaan bank konvesional perlu berusaha sehabis baik agar mencari pekerjaan halal yang lain.

Difahamkan mereka yang terlibat dengan bank konvesional dibahagikan kepada dua kategori iaitu bekerja secara langsung dengan transaksi riba yang mana hukumnya haram seperti pegawai pemasaran, penganalisis kredit, pegawai akaun, bahagian admin kredit, bahagian kaunter dan sebagainya.

Selain itu, terdapat juga pekerja yang bekerja di bank konvesional namun tidak terlibat secara terus seperti pegawai keselamatan, tukang bersih dan sebagainya.

Dalam usaha untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan urusan melibatkan riba, mufti Wilayah Persekutuan menasihatkan mereka yang terlibat dengan bank konvesional agar berusaha sebaik mungkin agar mencari pekerjaan halal yang lain. Orang ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penjelasan mufti boleh klik di sini.
 
Last edited:
Sponsored Post

‘Boleh Kerja Bank Konvensional Jika Darurat, Tapi Kena Usaha Keluar’ – Mufti​

Bacaan 2 minit
vocket-boleh-kerja-bank-konvesional-jika-darurat-header.jpeg

January 14, 2024 - 12:44 PM

Pada awal minggu ini tular saranan mufti Wilayah Persekutuan, Luqman Abdullah kepada para pekerja yang berada dalam dunia pekerjaan bank konvensional untuk berusaha sehabis baik agar mencari pekerjaan halal yang lain.

Menurutnya, mereka yang terlibat dengan bank konvensional dibahagikan kepada dua kategori iaitu bekerja secara langsung dengan transaksi riba atau tidak terlibat secara terus.
https://The Vocket/lokasi-strategik...r-bahru-ini-ditawar-baucar-sehingga-rm238800/
Terbaharu, Mufti Pulau Pinang Wan Salim Mohd Nor mengulas saranan tersebut, dalam keadaan darurat atau terpaksa bekerja akibat ketiadaan alternatif pekerjaan halal, orang Islam dibenarkan bekerja di bank konvensional.
Memetik laporan Free Malaysia Today, menurutnya perkara itu menunjukkan syariat Islam adalah fleksibel dan sentiasa mengambil kira keadaan hidup manusia yang berubah-ubah.

“Perlu diketahui bahawa hukum ketika seseorang berada dalam situasi darurat atau terdesak adalah dianggap suatu kekecualian daripada hukum biasa atau hukum asal.

“Ia adalah kebenaran sementara sahaja, bukan tetap atau kekal,” kata Wan Salim bersetuju dengan saranan Luqman.

Tambah beliau lagi, pekerja perlu berusaha terlebih dahulu mendapatkan kerja diakui syarak. Apabila dapat kerja sesuai dan halal, barulah tinggalkan kerja di tempat yang haram.
 
37946d7176514fd42e51091b435d9822.jpg

mk-small-logo-50.png

BERITA
Institusi mufti dinasihat bawa isu bersifat nasional ke MKI sebelum beri jawapan
bernama.png

Bernama
Diterbitkan: Jan 21, 2024 11:09 AM

Dikemaskini: 11:09 AM

Institusi mufti dinasihatkan untuk membawa sebarang isu yang bersifat nasional ke Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) sebelum mengeluarkan sebarang jawapan terhadap isu itu.

Saranan itu dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam kenyataan malam ini yang turut berkata proses penyediaan jawapan bagi apa-apa isu boleh ditambah baik dengan disertakan hujah yang konkrit serta jalan penyelesaian.

"Ia tidak boleh tergantung supaya tidak timbul kegusaran dalam masyarakat awam. Perkara tersebut perlulah dipertimbangkan secara menyeluruh selain penjelasan yang terperinci," katanya.

Mohd Na’im berkata demikian bagi mengulas jawapan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di laman sesawangnya, yang dilaporkan menasihati pekerja beragama Islam di bank konvensional agar mencari pekerjaan lain kerana institusi kewangan tersebut mempunyai muamalat berasaskan riba yang boleh menjurus kepada hukum haram.
- Bernama
 
Saya hormati pandangan Mufti, cuma perlu hati-hati agar tak cetus polemik - Naim​

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menyampaikan diploma dan sijil kepada graduan Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Universiti Putra Malaysia. - Foto NSTP/Saifullizan Tamadi

SERDANG: Institusi mufti disaran supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan pandangan hukum terutama berkaitan isu sensitif yang boleh menimbulkan kegusaran dan polemik dalam kalangan masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, berkata pihaknya sentiasa menghormati penjelasan hukum dikeluarkan mufti, namun ia mestilah disertakan dengan hujah yang konkrit bersama jalan penyelesaian.

"Saya ingat isu ini boleh dijadikan satu pengajaran. Saya mengharapkan sudah tentu dalam isu persoalan hukum, mufti diberi kuasa dan ada kelayakan untuk mengeluarkan pandangan.

"Mengenai isu ini (hukum bekerja di bank konvensional), ia tak dirujuk kepada menteri dan dikeluarkan begitu sahaja. Saya harapkan sahibus samahah, walaupun pandangan mereka dihormati, tetapi dalam masa sama perlu lebih berhati-hati.

"Kedua, bila keluarkan satu-satu pandangan, biar habis, jangan tergantung begitu sahaja. Jadi saya harapkan mana mana mufti, dengan kuasa dan tanggungjawab diberikan, bila mana satu pandangan dikeluarkan, janganlah sampai menimbulkan kegusaran awam dan perlu bagi solusi mengenai kedudukan isu itu," katanya pada Majlis Konvokesyen ke-16 Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM), hari ini.

Yang turut hadir, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Mohd Nizam Yahya dan Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Profesional Baitulmal Sdn Bhd, Dr Yusri Mohamad.

Beliau diminta mengulas jawapan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah dalam ruangan 'Irsyad Al-Fatwa ke-823' di laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan diterbitkan pada 18 Januari lalu.

Dalam jawapan mengenai hukum bekerja di bank konvensional, beliau berkata, kakitangan institusi perbankan terbabit disarankan mencari pekerjaan halal lain kerana sektor itu terbabit dengan riba.

Mengulas lanjut, katanya, galakan untuk mufti mengemukakan pandangan amat diraikan, namun ia mestilah bersifat tuntas dan tidak menimbulkan kecelaruan atau pertikaian lanjut.

"Bila kita cakap orang Islam tidak boleh bekerja di bank konvensional, alternatif (penyelesaiannya) pula bagaimana. Biarlah pandangan dikeluarkan itu mengambil kira semua keadaan. Selain itu diharapkan pandangan terbabit (mengemukakan) solusi sehingga ke penghujungnya, sehingga tidaklah kita pun tertanya-tanya apakah bentuk penyelesaian yang di sarankan," katanya.

Tambahnya, walaupun sesuatu pandangan itu bersifat nasihat, golongan mufti perlu sedar apa sahaja yang dikeluarkan itu akan dirujuk.

"Pandangannya itu mungkin tidaklah sampai ke tahap fatwa, ia lebih kepada pandangan atau nasihat. Tetapi golongan mufti ini apabila mereka keluarkan sesuatu pandangan, orang akan ingat perkara itu sebagai satu fatwa. Ini yang selalu terjadi," katanya.

Saya hormati pandangan Mufti, cuma perlu hati-hati agar tak cetus polemik - Naim​

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menyampaikan diploma dan sijil kepada graduan Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Universiti Putra Malaysia. - Foto NSTP/Saifullizan Tamadi 'im Mokhtar menyampaikan diploma dan sijil kepada graduan Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Universiti Putra Malaysia. - Foto NSTP/Saifullizan Tamadi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menyampaikan diploma dan sijil kepada graduan Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Universiti Putra Malaysia. - Foto NSTP/Saifullizan Tamadi

SERDANG: Institusi mufti disaran supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan pandangan hukum terutama berkaitan isu sensitif yang boleh menimbulkan kegusaran dan polemik dalam kalangan masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, berkata pihaknya sentiasa menghormati penjelasan hukum dikeluarkan mufti, namun ia mestilah disertakan dengan hujah yang konkrit bersama jalan penyelesaian.

"Saya ingat isu ini boleh dijadikan satu pengajaran. Saya mengharapkan sudah tentu dalam isu persoalan hukum, mufti diberi kuasa dan ada kelayakan untuk mengeluarkan pandangan.

"Mengenai isu ini (hukum bekerja di bank konvensional), ia tak dirujuk kepada menteri dan dikeluarkan begitu sahaja. Saya harapkan sahibus samahah, walaupun pandangan mereka dihormati, tetapi dalam masa sama perlu lebih berhati-hati.

"Kedua, bila keluarkan satu-satu pandangan, biar habis, jangan tergantung begitu sahaja. Jadi saya harapkan mana mana mufti, dengan kuasa dan tanggungjawab diberikan, bila mana satu pandangan dikeluarkan, janganlah sampai menimbulkan kegusaran awam dan perlu bagi solusi mengenai kedudukan isu itu," katanya pada Majlis Konvokesyen ke-16 Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM), hari ini.

Yang turut hadir, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Mohd Nizam Yahya dan Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Profesional Baitulmal Sdn Bhd, Dr Yusri Mohamad.

Beliau diminta mengulas jawapan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah dalam ruangan 'Irsyad Al-Fatwa ke-823' di laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan diterbitkan pada 18 Januari lalu.

Dalam jawapan mengenai hukum bekerja di bank konvensional, beliau berkata, kakitangan institusi perbankan terbabit disarankan mencari pekerjaan halal lain kerana sektor itu terbabit dengan riba.

Mengulas lanjut, katanya, galakan untuk mufti mengemukakan pandangan amat diraikan, namun ia mestilah bersifat tuntas dan tidak menimbulkan kecelaruan atau pertikaian lanjut.

"Bila kita cakap orang Islam tidak boleh bekerja di bank konvensional, alternatif (penyelesaiannya) pula bagaimana. Biarlah pandangan dikeluarkan itu mengambil kira semua keadaan. Selain itu diharapkan pandangan terbabit (mengemukakan) solusi sehingga ke penghujungnya, sehingga tidaklah kita pun tertanya-tanya apakah bentuk penyelesaian yang di sarankan," katanya.

Tambahnya, walaupun sesuatu pandangan itu bersifat nasihat, golongan mufti perlu sedar apa sahaja yang dikeluarkan itu akan dirujuk.

"Pandangannya itu mungkin tidaklah sampai ke tahap fatwa, ia lebih kepada pandangan atau nasihat. Tetapi golongan mufti ini apabila mereka keluarkan sesuatu pandangan, orang akan ingat perkara itu sebagai satu fatwa. Ini yang selalu terjadi," katanya.

ni menteri agama?
 
Menteri Agama sewajarnya pertahan pandangan Mufti

Izwan Abdul HalimJanuary 22, 2024

KUALA LUMPUR: Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar tidak patut memberikan reaksi negatif terhadap jawapan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah berkenaan hukum bekerja di bank konvensional.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Ustaz Ahmad Yahaya berkata, sewajarnya Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama Islam ini mengambil posisi mempertahan serta menjelaskan kedudukan sebenar hukum-hakam kepada rakyat.

“Bukan sebaliknya memberikan amaran kepada mufti supaya tidak mencetuskan polemik. Jawapan Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan hukum bekerja di bank konvensional tersebut sudah cukup lengkap dan boleh difahami.

“Khususnya kekangan seseorang untuk mendapatkan kerja lain. Namun, kekangan yang dimaksudkan itu tidaklah sampai menghilangkan hukum asal bekerja di bank yang terlibat dengan aktiviti riba.

“Bukanlah hasrat para mufti menjawab soal hukum sekadar untuk menambah kekeliruan dalam masyarakat kerana yang haram dan halal itu jelas dalam agama. Ironinya, Menteri Agama sebaliknya menganggap ia sekadar polemik yang dicetuskan oleh para mufti.

“Adakah Menteri Agama sudah meneliti jawapan penuh Mufti atau sekadar bersandarkan kepada laporan separuh masak? Adakah jawapan hukum agama sedemikian yang tidak seiring dengan pendirian juga dianggap sebagai mencetuskan polemik?

“Dewan Ulamak PAS bimbang jika keadaan begini berterusan hanya akan mengikis keyakinan terhadap autoriti institusi agama dalam negara, apatah lagi dalam keadaan isu-isu agama semakin dipinggirkan,” ujarnya.

Menteri Agama peringat beliau, wajar mengambil sikap memperbetulkan semula pandangannya terhadap jawapan mufti berkenaan serta melakukan kerjasama rentas Kementerian.

Iaitu menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, bagi menyediakan solusi kepada isu tersebut, bukan sebaliknya menyalahkan para mufti yang memberikan fatwanya. – HARAKAHDAILY 22/1/2024
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register