BTC USD 86,253.6 Gold USD 4,358.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mufti, timbalan perlu dilantik daripada ASWJ

2ICvWIj.jpg

. .
Hari ini hampir-hampir sahaja menjadi 'sejarah'.

Sebuah teks khutbah bertajuk “𝘚𝘐𝘈𝘗𝘈 𝘈𝘓-𝘈𝘚𝘠𝘈’𝘐𝘙𝘈𝘏?” asalnya telah dimuat naik di laman web khutbah Jumaat negeri Selangor pada 6 November 2024 (Rabu), untuk dibacakan oleh para khatib di negeri Selangor pada 8 November 2024 (Jumaat), sepatutnya hari ini, namun telah viral sejak hari ia dimuat naik.

Khutbah itu antaranya secara terang-terangan mengajar agar para khatib membaca dan menyesatkan majoriti para jemaah Jumaat yang pernah diajar, belajar dan berpegang dengan fahaman Tauhid 3 (Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah, dan Asma wa Sifat) dari atas mimbar yang mulia.

Adakah Dr.Muhammad Ayman Al-Akiti selaku Ahli Jawatankuasa Fatwa dan Khutbah Negeri Selangor sejak tahun 2021 berperanan dalam tindakan ini?

Agensi agama sepatutnya, mengikut pernyataan yang ditulis sendiri; menjadi jambatan kepada "kesejahteraan, keharmonian dan perpaduan umat Islam dalam negeri dan negara ini".

Baru sahaja bulan Oktober lepas bumi Malaysia ini menerima kunjungan Sheikh Dr. Maher bin Hamad Al-Muqaily (Imam Masjidil Haram, Mekah) sebagai tetamu. Beliau memberikan ceramah dan ada menyentuh dalam nasihatnya tentang kepentingan fahaman Tauhid 3 di dalam sebuah masjid gah bertaraf masjid negeri bagi Selangor.
Ironinya, dipeluk-cium Imam Masjidil Haram itu oleh VVIP dan orang ramai yang mengiringi beliau ketika hadir, selepas solat berjemaah dan juga pulang. Namun balik sahaja beliau ke Mekah, bulan berikutnya 'disesatkan' pula pegangannya?
Mujur sahaja Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid menurut satu surat bertarikh 7 November 2024 (Khamis) hari berikutnya telah mengarahkan agar Unit Khutbah memuat naik dan meminta para khatib membaca teks khutbah yang baharu. Tindakan 'damage control' ini wajar dipuji.

Namun, melihat semua ini menguatkan lagi alasan mengapa saya tidak mahu menulis ataupun berkongsi tulisan para agamawan mahupun ahli akademik yang bercerita tentang adabul ikhtilaf, tasamuh, berlapang dada, keperluan inklusif dan sebagainya dalam menanggapi polemik atau pertembungan mazhab akidah yang kelihatan kian meruncing.
Kerana saya khuatir tergolong dalam golongan 'munafik'. Jika sekadar dianggap "double standard" mungkin masih 'lembut'. Lebih teruk dianggap umpama 'syaitan bisu'. Kerana realiti di lapangan hakikatnya jauh daripada gambaran dan nasihat yang muluk-muluk jika nasihat itu jelas ditujukan secara berpihak.

Realitinya ada pegawai dan agensi agama sendiri yang secara terang terangan sehingga sanggup menggunakan mimbar untuk melebarkan perbezaan dan kepelbagaian yang sudah sedia ada tajam.
Semuanya demi politik, demi kuasa. Seolah "Benda boleh gaduh, buat apa nak dialog-berbincang?" Kan.
Adapun teks khutbah yang diganti hari ini adalah baik dan menarik, bertajuk “𝘐𝘕𝘛𝘌𝘎𝘙𝘐𝘛𝘐 𝘛𝘌𝘙𝘈𝘚 𝘒𝘌𝘏𝘈𝘙𝘔𝘖𝘕𝘐𝘈𝘕 𝘕𝘌𝘎𝘈𝘙𝘈”.
Kesimpulan di hujung khutbah itu mengingatkan para jemaah dengan sepotong ayat Quran dari surah al-Ahzab ayat 72 yang sangat menginsafkan:

“𝘚𝘦𝘴𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘒𝘢𝘮𝘪 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘮𝘶𝘬𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘯𝘨𝘨𝘶𝘯𝘨𝘫𝘢𝘸𝘢𝘣 𝘢𝘮𝘢𝘯𝘢𝘩 (𝘒𝘢𝘮𝘪) 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘭𝘢𝘯𝘨𝘪𝘵 𝘥𝘢𝘯 𝘣𝘶𝘮𝘪 𝘴𝘦𝘳𝘵𝘢 𝘨𝘶𝘯𝘶𝘯𝘨-𝘨𝘢𝘯𝘢𝘯𝘨 (𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘮𝘪𝘬𝘶𝘭𝘯𝘺𝘢), 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘦𝘯𝘨𝘨𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘮𝘪𝘬𝘶𝘭𝘯𝘺𝘢 𝘥𝘢𝘯 𝘣𝘪𝘮𝘣𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘦𝘮𝘱𝘶𝘳𝘯𝘢𝘬𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢 (𝘬𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘢𝘥𝘢 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘴𝘦𝘥𝘪𝘢𝘢𝘯 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘮𝘪𝘬𝘶𝘭𝘯𝘺𝘢);
𝘋𝘢𝘯 (𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘬𝘦𝘵𝘪𝘬𝘢 𝘪𝘵𝘶) 𝘮𝘢𝘯𝘶𝘴𝘪𝘢 (𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘳𝘴𝘦𝘥𝘪𝘢𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘢𝘥𝘢 𝘱𝘢𝘥𝘢𝘯𝘺𝘢) 𝘴𝘢𝘯𝘨𝘨𝘶𝘱 𝘮𝘦𝘮𝘪𝘬𝘶𝘭𝘯𝘺𝘢. (𝘐𝘯𝘨𝘢𝘵𝘭𝘢𝘩) 𝘴𝘦𝘴𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘵𝘢𝘣𝘪𝘢𝘵 𝘬𝘦𝘣𝘢𝘯𝘺𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘢𝘯𝘶𝘴𝘪𝘢 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘴𝘶𝘬𝘢 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘬𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘻𝘢𝘭𝘪𝘮𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘶𝘬𝘢 𝘱𝘶𝘭𝘢 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘶𝘢𝘵 𝘱𝘦𝘳𝘬𝘢𝘳𝘢-𝘱𝘦𝘳𝘬𝘢𝘳𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘱𝘢𝘵𝘶𝘵 𝘥𝘪𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢𝘬𝘢𝘯.”
 
Sblm...sesat trus
 
Attachments

Hebat sekali saudara ya.....sikap melampau mcm nielah namanya ego saudara....semua akan berbalik
Berpuluh soalan aku tanya..1 pon x jawab ..ko menyelisihi nabi....x melampau?aku tanya last 1 soalan...kp bebelit gak.dgn ko masuk ignore....semak layan kaki belit ni.... Mana dia dalil zikir hu y nabi buat? Kalau ada jwab ada sebut dikitab hadis mana.klu takda jawab takda..aku x perlu nk berjidal dgn ko...
 
Sebab tu saya tulis dari awal....urusan agama islam, terletak pada ulil amri sesebuah negeri....dalam konteks negeri-negeri di Malaysia, ianya di bawah Sultan/Raja.

Tapi, golongan 'extreme sepihak' ni degil......dorang tak reti hormat Sultan Selangor...ko pergi la amalkan dan sebarkan mazhab ko tu di Perlis??? Takde sape larang. Di sana Raja benarkan.

Kenapa? Perlis 'market' kecil??? Nak jugak buat di negeri yang sultannya bermazhab as-syairah......so, di sini la puncanya...

Korang memang 'extreme sepihak' tak hormat sultan. Lagi nak acah-acah paling tersakiti.

Ketap bibir jalan terus la....urusan agama islam bukan bawah ko pun.....ko amalkan diam-diam mazhab ko tu macam abg-abg pakistan.....dorang releks je tak komplain itu ini....pelik la dengan golongan 'extreme sepihak' ni...
 
Berpuluh soalan aku tanya..1 pon x jawab ..ko menyelisihi nabi....x melampau?aku tanya last 1 soalan...kp bebelit gak.dgn ko masuk ignore....semak layan kaki belit ni.... Mana dia dalil zikir hu y nabi buat? Kalau ada jwab ada sebut dikitab hadis mana.klu takda jawab takda..aku x perlu nk berjidal dgn ko...
bos...orang2 mcm ni....mmn tahap jawapan dia mcm ni je.

dia akan spin2...dan jawapan dia biasanya " pergi la berguru, pergi la belajar'
 
Back
Top
Log in Register