BTC USD 95,776.2 Gold USD 2,700.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mufti, timbalan perlu dilantik daripada ASWJ

Sponsored Post

Xhbs2 lg....memang jiwa xtenang saudara nie.....
Tanya dalil pon x tenang?? Nabi pesan bila akhir zaman manusia berbeza pendapat...ikot sunnah nabi..ikot quran..gigit dgn gigi graham nabi pesan..jgn bg lepas...skrg aku tanya ko..mana dia dalil zikir hu???
 

[WACANA SINAR] Merungkai kekeliruan RUU Mufti​

Sejak dibentangkan di Dewan Rakyat Julai lalu dan dibacakan buat kali pertama, RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 mencetuskan polemik yang berterusan hingga kini.

Walaupun Perdana Menteri mahu perbincangan tentang hal ini berjalan dalam satu dialog yang sihat dan membina, persoalan yang timbul adalah: wujudkah ruang yang luas bagi dialog tersebut?

Dengarkan hujahan panel-panel dalam Wacana Sinar secara langsung di Studio F, Sinar Harian atau di semua platform digital Sinar Harian.

 
Guru agama tidak semestinya menguasai disiplin dalam bidang ilmu agama yang diajar. Di Malaysia, tidak sedikit guru yang mengajar ilmu hadis tetapi tidak ada kemahiran dalam bidang ilmu tersebut. Ekoran itu, mereka tidak tahu beberapa istilah penting dalam ilmu hadis seperti hadis mursal, hadis mungqati’, layyin al-Hadis, Gharibul Hadis dan sebagainya.

Demikian juga dalam bidang ilmu lain, seperti ilmu tafsir, ilmu usul al-Fiqh, ilmu kalam dan banyak lagi.

Ilmu agama tidak sama seperti ilmu kedoktoran. Seseorang doktor yang tidak berilmu dalam bidangnya, pesakit yang dirawat menerima kesan dari sudut kesihatan; sama ada semakin sembuh atau sebaliknya.

Ini berbeza dengan ilmu agama. Seseorang guru yang tidak mahir dalam tradisi ilmu yang diajar, jika diamalkan oleh pengikut, kesan buruknya tidak kelihatan dengan mata kepala. Ekoran itu, di Malaysia, terdapat artis yang bertaubat pun dianggap sebagai guru agama hanya kerana dia petah berbicara; seorang guru sejarah pun dianggap sebagai ustaz hanya kerana dia pandai berceramah.

Apabila orang yang bukan ahli bercakap dalam sesuatu bidang ilmu, pasti berhadapan dengan banyak kesalahan ketika dia berbicara terhadap ilmu terbabit. Lebih parah, kesalahan itu dianggap benar oleh pengikut. Masalah sebegini, bukan sekadar berlaku di Malaysia, malah berlaku di banyak negara; ia bukan sekadar berlaku pada hari ini, malah berlaku sejak zaman salaf lagi.

Atas sebab itu, lahir apa yang dinamakan mazhab – sekolah pemikiran yang dibina oleh tokoh-tokoh ilmuan yang diakui keilmuannya. Dari sudut fikah, mungkin yang sampai kepada kita hanya empat mazhab. Akan tetapi bagi orang terdedah dengan perbahasan fikah secara mendalam, mereka tahu bahawa mazhab fikah tidak dibataskan kepada empat sahaja.

Di sana, terdapat mazhab al-Awzaie, mazhab al-Nakhaie, mazhab al-Nazzam dan banyak lagi. Semua mazhab ini terbatas kerana murid-murid mereka tidak mengembangkan aliran guru mereka. Hal ini yang membezakan mereka dengan empat mazhab yang muktabar.

Bagi mazhab-mazhab ini, perkara utama yang ditekankan adalah dua perkara:
a) sejauh mana sesuatu fakta yang datang dari nabi dan sahabat itu benar
b) sejauh mana kefahaman terhadap fakta terbabit boleh diperakui

Kedua-dua perkara ini, tidak cukup sekadar dipastikan kewujudannya tetapi perlu kepada analisis untuk keabsahkan kewujudannya.

Contoh dalam perkara (a), ada hadis bahawa nabi disihir oleh seorang Yahudi bernama Labid bin A’sam. Walaupun hadis ini ada tetapi ulama-ulama Islam berbeza pendapat dalam menentukan keabsahannya.

Hal ini kerana terdapat maklumat yang lebih sahih iaitu al-Quran dalam ayat ke-47 Surah al-Isra’ ada menyebut bahawa musuh nabi membuat fitnah kepada nabi dengan mereka berkata kepada sahabat: “Kamu hakikatnya tidak ikut kecuali terhadap lelaki yang disihir”.

Keabsahan maklumat

Justeru, jika menerima maklumat bahawa nabi disihir, ia bercanggah dengan maklumat al-Quran yang menyebut bahawa dakwaan nabi disihir adalah fitnah musuh-musuh nabi. Dengan percanggahan maklumat ini, menyebabkan seorang ulama Islam bernama Abu Bakar al-Jassas menganggap maklumat bahawa nabi disihir adalah tidak absah.

Ada banyak lagi cara yang digunakan oleh ulama-ulama muktabar dahulu dalam menganalisis keabsahan sesuatu maklumat yang disandarkan kepada nabi dan para sahabat. Selain pendekatan bandingan dengan maklumat yang lebih sahih, turut digunakan pendekatan sanad iaitu dipastikan pembawa cerita terbabit adalah seorang yang dipercayai, terbukti hafalannya tidak terganggu, rantaian penceritaan yang bersambung dengan dibuktikan murid dan guru pernah berada di satu masa dan tempat dan sebagainya.

Pemastian keabsahan maklumat ini dipertegas oleh para ulama dahulu lagi. Ia bukan perkara baharu. Semua ini bersebabkan, apabila terdapat orang yang tidak bertanggungjawab yang mahu memastikan pendapatnya diterima, maka direka cipta seribu satu maklumat yang disandarkan kepada nabi.

Jika berfaktorkan maklumat yang disandarkan kepada nabi datang dari bentuk yang tidak bertanggungjawab menyebabkan orang dahulu mula mempersoal keabsahan maklumat, maka tidak hairan hal sama berlaku juga pada hari ini kerana fenomena serupa turut berlaku.

Apatah lagi, dalam beberapa tahun ini, terdapat fenomena bahawa terdapat sebilangan agamawan yang popular dalam media sosial mendakwa sesuatu perkara yang disandarkan kepada agama, tetapi gagal mengemukakan sumber maklumat yang absah terhadap dakwaan terbabit.

Memandangkan ramai rakyat Malaysia sudah berpendidikan yang dalam pelajaran mereka ditekankan terhadap pembuktian di sebalik pendakwaan, maka tidak hairan hal ini bukan sahaja dibangkitkan oleh para agamawan dalam bidang hadis, malah orang yang bukan dalam bidang hadis pun turut sama membangkitkan hal yang sama.

Sikap rakyat Malaysia yang membangkitkan soal keabsahan maklumat agama ini bukan sesuatu yang negatif. Ia satu perkembangan positif kerana umat mula beragama secara berfakta.


 
Tanya dalil pon x tenang?? Nabi pesan bila akhir zaman manusia berbeza pendapat...ikot sunnah nabi..ikot quran..gigit dgn gigi graham nabi pesan..jgn bg lepas...skrg aku tanya ko..mana dia dalil zikir hu???
Saudara yakin dengan hal saudara teruskan xdk sapa halang, tp jgn halang apa yg org lain yakin saudara.....
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register