ichirosic
Active Member
- Messages
- 1,724
- Joined
- Nov 20, 2009
- Messages
- 1,724
- Reaction score
- 317
- Points
- 41
Hari ini hampir-hampir sahaja menjadi 'sejarah'.
Sebuah teks khutbah bertajuk โ๐๐๐๐๐ ๐๐-๐๐๐ ๐โ๐๐๐๐?โ asalnya telah dimuat naik di laman web khutbah Jumaat negeri Selangor pada 6 November 2024 (Rabu), untuk dibacakan oleh para khatib di negeri Selangor pada 8 November 2024 (Jumaat), sepatutnya hari ini, namun telah viral sejak hari ia dimuat naik.
Khutbah itu antaranya secara terang-terangan mengajar agar para khatib membaca dan menyesatkan majoriti para jemaah Jumaat yang pernah diajar, belajar dan berpegang dengan fahaman Tauhid 3 (Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah, dan Asma wa Sifat) dari atas mimbar yang mulia.
Adakah Dr.Muhammad Ayman Al-Akiti selaku Ahli Jawatankuasa Fatwa dan Khutbah Negeri Selangor sejak tahun 2021 berperanan dalam tindakan ini?
Agensi agama sepatutnya, mengikut pernyataan yang ditulis sendiri; menjadi jambatan kepada "kesejahteraan, keharmonian dan perpaduan umat Islam dalam negeri dan negara ini".
Baru sahaja bulan Oktober lepas bumi Malaysia ini menerima kunjungan Sheikh Dr. Maher bin Hamad Al-Muqaily (Imam Masjidil Haram, Mekah) sebagai tetamu. Beliau memberikan ceramah dan ada menyentuh dalam nasihatnya tentang kepentingan fahaman Tauhid 3 di dalam sebuah masjid gah bertaraf masjid negeri bagi Selangor.
Ironinya, dipeluk-cium Imam Masjidil Haram itu oleh VVIP dan orang ramai yang mengiringi beliau ketika hadir, selepas solat berjemaah dan juga pulang. Namun balik sahaja beliau ke Mekah, bulan berikutnya 'disesatkan' pula pegangannya?
Mujur sahaja Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid menurut satu surat bertarikh 7 November 2024 (Khamis) hari berikutnya telah mengarahkan agar Unit Khutbah memuat naik dan meminta para khatib membaca teks khutbah yang baharu. Tindakan 'damage control' ini wajar dipuji.
Namun, melihat semua ini menguatkan lagi alasan mengapa saya tidak mahu menulis ataupun berkongsi tulisan para agamawan mahupun ahli akademik yang bercerita tentang adabul ikhtilaf, tasamuh, berlapang dada, keperluan inklusif dan sebagainya dalam menanggapi polemik atau pertembungan mazhab akidah yang kelihatan kian meruncing.
Kerana saya khuatir tergolong dalam golongan 'munafik'. Jika sekadar dianggap "double standard" mungkin masih 'lembut'. Lebih teruk dianggap umpama 'syaitan bisu'. Kerana realiti di lapangan hakikatnya jauh daripada gambaran dan nasihat yang muluk-muluk jika nasihat itu jelas ditujukan secara berpihak.
Realitinya ada pegawai dan agensi agama sendiri yang secara terang terangan sehingga sanggup menggunakan mimbar untuk melebarkan perbezaan dan kepelbagaian yang sudah sedia ada tajam.
Semuanya demi politik, demi kuasa. Seolah "Benda boleh gaduh, buat apa nak dialog-berbincang?" Kan.
Adapun teks khutbah yang diganti hari ini adalah baik dan menarik, bertajuk โ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐โ.
Kesimpulan di hujung khutbah itu mengingatkan para jemaah dengan sepotong ayat Quran dari surah al-Ahzab ayat 72 yang sangat menginsafkan:
โ๐๐ฆ๐ด๐ถ๐ฏ๐จ๐จ๐ถ๐ฉ๐ฏ๐บ๐ข ๐๐ข๐ฎ๐ช ๐ต๐ฆ๐ญ๐ข๐ฉ ๐ฌ๐ฆ๐ฎ๐ถ๐ฌ๐ข๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ต๐ข๐ฏ๐จ๐จ๐ถ๐ฏ๐จ๐ซ๐ข๐ธ๐ข๐ฃ ๐ข๐ฎ๐ข๐ฏ๐ข๐ฉ (๐๐ข๐ฎ๐ช) ๐ฌ๐ฆ๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข ๐ญ๐ข๐ฏ๐จ๐ช๐ต ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ฃ๐ถ๐ฎ๐ช ๐ด๐ฆ๐ณ๐ต๐ข ๐จ๐ถ๐ฏ๐ถ๐ฏ๐จ-๐จ๐ข๐ฏ๐ข๐ฏ๐จ (๐ถ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฌ ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ช๐ฌ๐ถ๐ญ๐ฏ๐บ๐ข), ๐ฎ๐ข๐ฌ๐ข ๐ฎ๐ฆ๐ณ๐ฆ๐ฌ๐ข ๐ฆ๐ฏ๐จ๐จ๐ข๐ฏ ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ช๐ฌ๐ถ๐ญ๐ฏ๐บ๐ข ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ฃ๐ช๐ฎ๐ฃ๐ข๐ฏ๐จ ๐ต๐ช๐ฅ๐ข๐ฌ ๐ฅ๐ข๐ฑ๐ข๐ต ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐บ๐ฆ๐ฎ๐ฑ๐ถ๐ณ๐ฏ๐ข๐ฌ๐ข๐ฏ๐ฏ๐บ๐ข (๐ฌ๐ฆ๐ณ๐ข๐ฏ๐ข ๐ต๐ช๐ฅ๐ข๐ฌ ๐ข๐ฅ๐ข ๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข ๐ฎ๐ฆ๐ณ๐ฆ๐ฌ๐ข ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ด๐ฆ๐ฅ๐ช๐ข๐ข๐ฏ ๐ถ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฌ ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ช๐ฌ๐ถ๐ญ๐ฏ๐บ๐ข);
๐๐ข๐ฏ (๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข ๐ฌ๐ฆ๐ต๐ช๐ฌ๐ข ๐ช๐ต๐ถ) ๐ฎ๐ข๐ฏ๐ถ๐ด๐ช๐ข (๐ฅ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ด๐ฆ๐ฅ๐ช๐ข๐ข๐ฏ ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ข๐ฅ๐ข ๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข๐ฏ๐บ๐ข) ๐ด๐ข๐ฏ๐จ๐จ๐ถ๐ฑ ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ช๐ฌ๐ถ๐ญ๐ฏ๐บ๐ข. (๐๐ฏ๐จ๐ข๐ต๐ญ๐ข๐ฉ) ๐ด๐ฆ๐ด๐ถ๐ฏ๐จ๐จ๐ถ๐ฉ๐ฏ๐บ๐ข ๐ต๐ข๐ฃ๐ช๐ข๐ต ๐ฌ๐ฆ๐ฃ๐ข๐ฏ๐บ๐ข๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฎ๐ข๐ฏ๐ถ๐ด๐ช๐ข ๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ฉ ๐ด๐ถ๐ฌ๐ข ๐ฎ๐ฆ๐ญ๐ข๐ฌ๐ถ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฌ๐ฆ๐ป๐ข๐ญ๐ช๐ฎ๐ข๐ฏ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ด๐ถ๐ฌ๐ข ๐ฑ๐ถ๐ญ๐ข ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ถ๐ข๐ต ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ฌ๐ข๐ณ๐ข-๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ฌ๐ข๐ณ๐ข ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ต๐ช๐ฅ๐ข๐ฌ ๐ฑ๐ข๐ต๐ถ๐ต ๐ฅ๐ช๐ฌ๐ฆ๐ณ๐ซ๐ข๐ฌ๐ข๐ฏ.โ