BTC USD 83,367.9 Gold USD 4,196.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mufti, timbalan perlu dilantik daripada ASWJ

diorang kebanyakannya keyboard warrior.
belakang bukan main hebat.

yang terbaru,
Ustaz Iqbal tolak pelawaan Dr Rozaimi
berdebat pasal Hadith.

Kata Ustaz Azhar idrus,
Ustaz Iqbal pakar Hadith. 🤭
Debat ni x bagus katanya, bagi advantage kpd yg petah berbicara saja.
 
aku tak boleh brain RUU mufti wp ni
Ahli Sunnah Wal Jamaah dari sudut akidah bersumberkan aliran Al-Asyairah, Al-Maturidiah

dah tu yg tak tahu aliran Asyairah Maturidiah ni bukan Ahli Sunnah ka?
Kena tanya menteri agama walanon dan kerajaan Mendani, dia yang nak usulkan..🤭
 
macam tak betul saja

johor mana ?
Mungkin belum keluar kenyataan kot, tengah pikir nak ikut ayoh cik atau menteri ugama Madanon. Penang pun tak ada. Kat Penang pun ada bau2 geng ni kuat jugak..🤭
 
RUU Mufti perlu dikaji mendalam - Abdul Hadi​

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
Julai 10, 2024 @ 8:06am
[email protected]

Abdul Hadi berucap pada Konvensyen Antarabangsa Kelantan Membangun Bersama Islam, malam tadi. - NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR
Abdul Hadi berucap pada Konvensyen Antarabangsa Kelantan Membangun Bersama Islam, malam tadi. - NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

KOTA BHARU: PAS berpandangan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 perlu dikaji secara mendalam.
Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata langkah itu penting berikutan terdapat berpuluh mazhab dalam Islam.

"Pada pandangan saya, semua ulama tidak membenarkan mazhab mereka diisytiharkan sebagai agama negara, sama ada Imam Malik, Imam Syafie mahupun Imam Hambali.
"Hanya Islam yang menjadi agama negara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Antarabangsa Kelantan Membangun Bersama Islam, di sini, malam tadi.

Yang turut hadir ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Media sebelum ini melaporkan Ahli Majlis Syura Persatuan Guru-Guru Pondok Kelantan, Dr Muna Hamzan, berkata semua Ahli Parlimen beragama Islam wajib menyokong RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 apabila usul itu dibawa ke Dewan Rakyat nanti.
Beliau dipetik berkata, sokongan itu bagi memastikan RUU berkenaan diluluskan Parlimen, seterusnya dikuatkuasakan bagi memelihara institusi raja-raja dan mengekang elemen radikalisme dalam negara.
Muna berkata, RUU Mufti itu mentakrifkan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari sudut akidah bersumberkan aliran Al-Asyairah, Al-Maturidiah dan fiqh Mazhab Syafie dengan meraikan tiga mazhab lain.

Pada masa sama, katanya, ia dilihat selari dengan enakmen undang-undang pentadbiran Islam di negeri-negeri Malaysia yang berpaksikan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Hahahahaha........spot on nampak.....hahahahaha
 
Debat ni x bagus katanya, bagi advantage kpd yg petah berbicara saja.
Debat mulut dalam ruang lingkup permasalahan agama islam ni, bukan amalan cendiakiawan islam terdahulu.

Kalau sesiapa terrer, Dr. Maza ke sapa ke, kitabkan atau bukukan pemikiran mereka.

Kalau masalah 'Allah ada tangan tapi tangan tak seperti tangan manusia', kitabkan tulisan tu.....letak nama dia sebagai penulis...

Dan, kalau mana-mana orang yang tak setuju dengan Dr. Maza, kritik dan kitabkan penulisan dorang pulak......letak nama penulis......barulah ilmu tu berkembang dan jadi orang yang bertanggungjawab.

Ini, anjur debat, habis debat, balik semula ke isu asal.....back to the square........penonton pun bersorak la girang gembira kononnya menang.....hahahahaha...lawak-lawak...
 
Aku memang xsetuju bab debat nie lg keburukan lg bnyk dari kebaikan...lg bgs dialog atau perbincangan tertutup.....debat ibarat perang yg menang jadi arang yg kalah jd abu....sia2
 
Debat mulut dalam ruang lingkup permasalahan agama islam ni, bukan amalan cendiakiawan islam terdahulu.

Kalau sesiapa terrer, Dr. Maza ke sapa ke, kitabkan atau bukukan pemikiran mereka.

Kalau masalah 'Allah ada tangan tapi tangan tak seperti tangan manusia', kitabkan tulisan tu.....letak nama dia sebagai penulis...

Dan, kalau mana-mana orang yang tak setuju dengan Dr. Maza, kritik dan kitabkan penulisan dorang pulak......letak nama penulis......barulah ilmu tu berkembang dan jadi orang yang bertanggungjawab.

Ini, anjur debat, habis debat, balik semula ke isu asal.....back to the square........penonton pun bersorak la girang gembira kononnya menang.....hahahahaha...lawak-lawak...

Orang atas pagar dapat manfaat ilmu.

Orang taksub, tak dapat apa2.
Sebab dia kejar kemenangan.

Wallahu a'lam
 
Sokong RUU Mufti Wilayah​

OlehNOR FARHANA YAACOB

2719078.jpg

Ahmad Syarifudin

Untuk berita terkini Sinar Harian, ikuti di Telegram dan TikTok kami
MELAKA - Badan bukan kerajaan (NGO) dan Organisasi Melayu Islam Ahli Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ) negeri ini menyokong penuh Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan (WP) yang akan dibentang di Parlimen pada Selasa.
Solidariti RUU Mufti WP, Ahmad Syarifudin Samsudin Al Fahani, berkata, setakat ini sebanyak 27 pertubuhan menyatakan sokongan terhadap RUU berkenaan yang akan dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Na'im Mokhtar.

Beliau berkata, yakin dengan adanya RUU itu mampu mengekang fahaman yang sesat dan bercanggah dengan ASWJ serta aliran-aliran dan ideologi ekstrimisme serta mampu membersihkan nama ASWJ daripada terpalit dengan ideologi keganasan.
"RUU itu antara lain membentang serta mentakrifkan secara terperinci apa sebenarnya aliran Ahli Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ).

Oleh itu kami menyatakan solidariti dan sokongan penuh terhadap RUU Mufti Wilayah Persekutuan serta menyeru setiap umat Islam, NGO dan organisasi Melayu Islam yang ada untuk menyokong RUU ini," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Tambahnya, telah ditegaskan Sultan Selangor selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI) menerusi keputusan Muzakarah kali ke-106 pada tahun 2014 yang menjelaskan bahawa aliran ASWJ adalah aliran al-Asya’irah dan al-Maturidiyah serta mendapat perkenan Majlis Raja-Raja Melayu.

Ujarnya, perkara itu juga telah menjadi pewartaan dalam hampir keseluruhan negeri-negeri di Malaysia antaranya, Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Selangor dan Perak.

“Kesahihan akidah ialah sesuatu yang perlu di pandang penting bagi memastikan generasi yang akan datang tidak terpengaruh dengan fahaman-fahaman yang sesat dan menimbulkan perpecahan serta kucar-kacir dalam kalangan umat Islam di Malaysia," katanya lagi.
 
Back
Top
Log in Register