BTC USD 84,018.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mufti, timbalan perlu dilantik daripada ASWJ

2a4ea8d2d2e75e576b4a7de761113bc3.png

RUU Mufti perlu disokong, diluluskan di Dewan Rakyat - Syed Ali​

Hasimi Muhamad
10/07/2024 10:20 MYT
RUU Mufti perlu disokong, diluluskan di Dewan Rakyat - Syed Ali

Syed Ali berkata, RUU Mufti dilihat dapat memperkukuhkan lagi kedudukan ASWJ berteraskan pegangan al-Asyairah dan al-Maturidiyah yang sudah sekian lama diterima pakai di negara ini. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 yang dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali kedua minggu depan wajar mendapat sokongan semua Ahli Parlimen khususnya yang beragama Islam, sekali gus diluluskan tanpa pindaan.
Bekas Ahli Dewan Negara, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berpandangan, RUU tersebut amat berkesan menyatupadukan umat Islam di negara ini yang mempunyai kepelbagaian latar belakang berteraskan Ahli Sunah Waljamaah (ASWJ), di samping meningkatkan keberkesanan perkhidmatan institusi berkenaan.

"Sebab itu saya menyokong penuh pembentangan RUU Mufti di Parlimen bertujuan mengadakan peruntukan bagi perkara berhubung kait dengan mufti, penentuan mengenai hukum dan perkara berkaitan.

"Pada hemat saya, RUU tersebut akan memperkemas tadir urus hal ehwal Islam, terutama pada isu takrifan dan penjelasan ASWJ kepada masyarakat awam khususnya dalam menjamin kedudukan dan kesejahteraan umat Islam di negara ini," katanya dalam kenyataan di laman Facebook, hari ini.
Pada 2 Julai lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar membentangkan tiga RUU berkaitan hal ehwal Islam untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat merangkumi RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024, RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 dan RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024.
RUU Mufti antaranya memperincikan mengenai penubuhan Jawatankuasa Fatwa Wilayah-Wilayah Persekutuan, Jawatankuasa Falak Syarie, Jawatankuasa Rukyah Hilal, Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam dengan dipengerusikan mufti.
Mengulas lanjut, Syed Ali berkata RUU Mufti juga dilihat dapat memperkukuhkan lagi kedudukan ASWJ berteraskan pegangan al-Asyairah dan al-Maturidiyah yang sudah sekian lama diterima pakai di negara ini.

"Ia amat relevan bahawa seseorang itu layak dilantik sebagai mufti atau timbalan mufti jika dia seorang warganegara Malaysia, ASWJ serta mempunyai kepakaran dalam hukum syarak seperti RUU Mufti," tambah beliau.
Semalam, Jabatan Mufti Selangor turut menyokong penuh RUU Mufti untuk mentakrifkan ASWJ berdasarkan manhaj akidah al-Asyairah dan al-Maturidiyah sebagai punca kuasa kepada Jabatan Mufti Wilayah bagi menambah baik keberkesanan perkhidmatan institusi berkenaan.
Mufti Selangor, Prof Madya Datuk Anhar Opir dalam kenyataan berkata, ia selaras dengan titah Sultan Selangor ketika menjadi Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dizahirkan ketika Mesyuarat MKI Ke-69 yang bersidang pada 6 Mac tahun lalu.
Katanya, titah itu menegaskan institusi Raja-Raja Melayu mewarisi aliran ASWJ dengan berakidah Imam al-Ashari, fiqh bermazhab Imam Shafie dan aliran tasawuf Imam al-Ghazali.
 
RUU Mufti bukti kerajaan Perpaduan perkemas tadbir urus Islam​

OlehAISYAH BASARUDDIN

2712849.jpg

Musa (kiri)

Untuk berita terkini Sinar Harian, ikuti di Telegram dan TikTok kami
SHAH ALAM - Pembentangan tiga Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 di Dewan Rakyat bukti bahawa kerajaan memperkemas tadbir urus dan hal ehwal Islam, memperkukuh institusi keagamaan serta memartabatkan undang-undang syariah di negara ini.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, pindaan Seksyen 34 memudahkan proses pelantikan peguam syarie tanpa perlu melafazkan wakalah di hadapan mahkamah atau pendaftar.

Menurut beliau, ia amat memudahkan proses kerana anak guam atau peguam tidak perlu hadir berulang kali ke mahkamah hanya untuk melafazkan wakalah.
“Selain itu, pindaan Seksyen 100 untuk mengadakan peruntukan bagi penerimaan keterangan melalui teknologi komunikasi jarak jauh adalah satu pembaharuan yang amat ditunggu-tunggu.

“Ia akan memudahkan orang awam yang uzur atau berada di lokasi jauh untuk terlibat dalam prosiding mendapatkan keadilan.

“Justeru, PGSM mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar di atas pembentangan tiga RUU tersebut di Dewan Rakyat,“ katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini, media melaporkan RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 dibentangkan dalam bacaan kali pertama untuk membincangkan perkara yang berhubungan dengan mufti, tata cara mengeluarkan fatwa, penentuan hukum atau doktrin syarak, penentuan arah kiblat dan permasalahan berkaitan.

Menerusi rang undang-undang berkenaan, ia juga memperincikan tentang penubuhan Jawatankuasa Fatwa Wilayah-Wilayah Persekutuan, Jawatankuasa Falak Syarie, Jawatankuasa Rukyah Hilal, Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam yang dipengerusikan oleh mufti.

Musa berpandangan, sebarang usaha untuk meletakkan Mahkamah Syariah kepada satu anjakan paradigma perlu disokong oleh semua lapisan masyarakat, terutamanya ahli Parlimen.

“PGSM juga berharap agar langkah pindaan ini dapat dijadikan model dan diikuti negeri-negeri lain,“ ujar beliau.
 
Raja Perlis tak berkenan nama Majlis Raja-Raja digunakan sokong RUU Mufti Wilayah Persekutuan​

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. Gambar kecil, Mohd Asri Zainul Abidin. - Foto fail NSTP

KANGAR: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah baginda tidak berkenan apabila nama Majlis Raja-Raja digunakan dalam usaha menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan).

Perkembangan itu dimaklumkan melalui Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

"Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail menitahkan saya memaklumkan bahawa baginda tidak berkenan nama Majlis Raja-Raja digunakan dalam usaha menyokong RUU Mufti Wilayah Persekutuan," katanya.

Pada 2 Julai lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na'im Mokhtar membentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat berhubung tiga RUU membabitkan hal ehwal Islam di negara ini.

RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 merangkumi RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 dan RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024.

Menerusi RUU Mufti itu juga menyenaraikan berhubung penubuhan Jawatankuasa Fatwa Wilayah-Wilayah Persekutuan, Jawatankuasa Falak Syarie, Jawatankuasa Rukyah Hilal, Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam yang dipengerusikan oleh mufti.

Selain itu juga, ia mentakrifkan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari sudut akidah bersumberkan aliran Al-Asyairah, Al-Maturidiah dan fiqh Mazhab Syafie dengan meraikan tiga mazhab lain dan tasawuf Imam Ghazali dan Imam Junaid.

RUU itu mendapat sokongan pelbagai pihak, termasuk beberapa mufti, pengamal undang-undang termasuk Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) apabila Presidennya, Musa Awang menegaskan sebarang usaha meletakkan mahkamah syariah kepada satu anjakan paradigma perlu disokong semua, terutama ahli Parlimen.
 
Siapa yang guna nama Majlis Raja-Raja ni? Ada sumber tak??
 
Kan da cakap
geng matlamat menghalalkan cara ni
memang susah nak percaya.

Minta Allah jauhkan orang camni
daripadaku & orang tersayang.
 
Aku memang xsetuju bab debat nie lg keburukan lg bnyk dari kebaikan...lg bgs dialog atau perbincangan tertutup.....debat ibarat perang yg menang jadi arang yg kalah jd abu....sia2

Debat isu lain boleh je
Debat isu agama, lagi lagi isu khilaf mmg bnyk keburukannya
 
Siapa la yg start isu ni
Habis org islam argue
Elok kekalkan status quo
 
Back
Top
Log in Register