BTC USD 83,952.1 Gold USD 4,290.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mudahnya Memohon Pertolongan Allah SWT

Doa-doa Yang Makbul:
1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan
silaturrahim.

Tanda-tanda Doa Yang Makbul:
1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.

Cara-cara Berdoa:
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia
berdoa"
2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak
menerima doa dari hati yang lalai.
3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal
kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.
4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan
silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.
5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan
bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para
sahabat.
6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan
sebagainya).


thanks..... :)cgrock:)cgrock
 
di samping itu amar makruf nahi mungkar jgn lupa diamalkan jugak....

Saidatina 'Aishah r.ha. berkata : "Ada sekali Rasulullah s.a.w. masuk ke rumah dan saya agak dari air mukanya bahawa sesuatu telah berlaku kepadanya. Baginda tidak bertutur kepada sesiapa pun, dan setelah berwudhu beliau masuk ke mesjid.

Beliau duduk di atas mimbar dan setelah memuji Allah s.w.t. beliau berkhutbah:

" Hai manusia, Allah telah memerintah kamu supaya menyuruh orang berbuat baik dan
melarang mereka dari melakukan maksiat; dan akan tiba satu masa dimana:
kamu berdoa kepadaNya, Dia tidak akan mendengari doa mu;
kamu memohon keperluanmu dariNya tetapi Dia tidak akan memberikannya;
kamu memohon akan bantuanNya terhadap musuh-musuh kamu, tetapi Dia tidak akan membantu kamu." ( H.R. Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).
 
yg ni mmg terbaik la terima kasih tt........
 
baik lagukan semua Asma ul husna tu senang... :)

ni amalan wirid specific...contoh baca 51 kali lepas solat subuh ya mujiib...tapi not sure ya mujiib or ya mujiibu
 
ni amalan wirid specific...contoh baca 51 kali lepas solat subuh ya mujiib...tapi not sure ya mujiib or ya mujiibu

dh refer dgn ustaz...
ustaz kata mana2 pun boleh guna... :)
klu nk sambung2 kan sebut ya mujibu ya mujibu ya mujibu ya mujib..
klu ya mujib saja pon buleh juga... sebut ya mujib.. ya mujib.. ya mujib...
sebut satu2...
 
Last edited:
JOM... mulakan hari anda dgn Alunan Zikir Asma-ul-husna....:)
 
Segala puji pujian padamu ya Allah.. !!..Berkati hidup kami dunia akhirat...
 
Back
Top
Log in Register