Mudahnya Memohon Pertolongan Allah SWT

Recommended Brokers


Yul-Minho

Legendary Member
Joined
Jul 23, 2012
Messages
15,912
Reaction score
1,156
Points
201

Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud:


"ALLAH mempunyai Asma-Ul-Husna (nama2 yang agung yang sesuai dengan sifat2 ALLAH S.W.T.), maka bermohonlah kepadaNya, dengan menyebut nama-namaNYA." - (Surah Al-A'raf:180)

Dalam ayat ini tersirat apabila kita di dalam kesusahan maka bermohonlah kepada Allah dengan menyeru nama-namaNYA. setiap asmaa Allah ini mempunyai fadhilatnya yang tersendiri seiring dengan sifat2Nya.




Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:

"Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam syurga" - Riwayat Bukhari(hadith sahih)


KHASIAT DAN FADHILAT ASMA'UL HUSNA...

1."Ya Allah" - apabila dizikirkan sebanyak 500x setiap malam, terutamanya selepas solat Tahajjud @ solat sunat 2 rakaat akan mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.

2."Ya Rahman" ( Maha Pemurah ) - apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x,maka hati kita akan menjadi terang,tenang & sifat-sifat pelupa serta gugup akan hilang dengan izin Allah.

3."Ya Rahim" ( Maha Penyayang ) - apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap hari,Insya'Allah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

4."Ya Malik" ( Maha Merajai / Pemerintah ) - apabila dizikirkan sebanyak 121x setiap pagi @ setelah tergelincirnya matahari,segala pekerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.

5."Ya Quddus" ( Maha Suci ) - apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap pagi @ setelah tergelincirnya matahari,maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit-penyakit hati seperti sombong,iri hati,dengki dll.

6."Ya Salam" ( Maha Penyelamat ) - apabila dizikirkan sebanyak 136x,Insya'Allah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar,sihat & sejahtera.

7."Ya Mukmin" ( Maha Pengaman ) - apabila dizikirkan sebanyak 236x,insya'Allah diri kita,keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.

8."Ya Muhaymin" ( Maha Pelindung / Penjaga ) - apabila dizikirkan sebanyak 145x sesudah solat fardu Isyak,Insya'Allah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.

9."Ya Aziz" ( Maha Mulia / Perkasa ) - apabila dizikirkan sebanyak 40x sesudah solat subuh,Insya'Allah kita akan menjadi orang yang mulia serta disegani orang dengan sifat kewibawaan.

10."Ya Jabbar" ( Maha Pemaksa ) - apabila dizikirkan setiap pagi & petang,setiap musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.

11."Ya Mutakabbir" ( Maha Besar ) - apabila dizikirkan sebanyak 662x,maka dengan kebijaksanaan bertindak,kita akan dapat menundukkan semua musuh,bahkan mereka akan menjadi pembantu yang setia.

12."Ya Khaliq" ( Maha Pencipta ) - dibaca mengikut kemampuan @ sebanyak 731x,Insya'Allah yang ingin otak cerdas,cepat menerima sesuatu pelajaran,amalan ini akan memberikan otak kita cerdas & cepat faham.

13."Ya Baari" ( Maha Perancang ) - sekiranya kita berada dalam kesusahan & sedang sakit,dibaca sebanyak 1000x selama 7 hari berturut-turut,Insya'Allah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.

14."Ya Musawwir" ( Maha Menjadikan Rupa Bentuk ) - sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak,maka cubalah ikhtiar dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu.Sewaktu hendak berbuka,ambillah segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21x,kemudian minum air tersebut untuk berbuka.Bagi sang suami,hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya berpuasa selama 3 hari.Kemudian sewaktu hendak berjimak,bacalah zikir ini sebanyk 10x,InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.

15."Ya Ghaffaar" ( Maha Pengampun ) - sambil beri'tikaf dalam masjid.bacalah zikir ini sebanyak 100x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat,InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.

16."Ya Qahhaar" ( Maha Menundukkan ) - dizikirkan mengikut kemampuan @ sebanyak 306x,maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & Insya'Allah, orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.

17."Ya Wahhaab" ( Maha Pemberi ) - dizikirkan sebanyak 100x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu berada dalam kesempitan,Insya'Allah segala kesempitan @ kesulitan dalam apa soal pun akan hilang.

18."Ya Razzaq" ( Maha Pemberi Rezeki ) - dizikirkan mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya'Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat.Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.

19."Ya Fattah" ( Maha Pembuka ) - dizikirkan sebanyak 71x sesudah selesai solat subuh,Insya'Allah hati kita akan dibuka oleh Allah,sehingga mudah menerima nasihat agama.

20."Ya Aalim" ( Maha Mengetahui ) - dizikirkan sebanyak 100x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya'Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.

21."Ya Qaabidh" ( Maha Penyempit Hidup )- Dizikirkan 100x setiap hari,maka diri akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.

22."Ya Baasith" ( Maha Pelapang Hidup ) - Bagi mereka yang berniaga @ mempunyai usaha-usaha lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini,Insya'Allah rezeki akan menjadi murah.

23."Ya Khaa'fidh" ( Maha Penghina ) - dizikirkan sebanyak 500x setiap hari dalam keadaan bersuci, khusyuk & tawadu',Insya'Allah segala maksud akan ditunaikan Allah.Juga apabila mempunyai musuh,musuh itu akan jatuh martabatnya.

24."Ya Raafi" ( Maha Tinggi ) - dizikirkan setiap hari baik siang @ malam sebanyak 70x, Insya'Allah keselamatan harta benda di rumah, di kedai @ di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.

25."Ya Mu'izz" ( Maha Pemberi Kemulian / Kemenangan ) - dizikirkan sebanyak 140x setiap hari,Insya'Allah akan memperoleh kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan @ perniagaan.

26."Ya Muzill" ( Maha Merendahkan ) - Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang yang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya,Insya'Allah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.

27."Ya Samii'" ( Maha Mendengar )- Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari mengikut kemampuan, lebih2 lagi sesudah solah Dhuha,Insya'Allah doa akan mustajab.

28."Ya Bashiir" ( Maha Melihat ) - dizikirkan sebanyak 100x sebelum solat Jumaat,Insya'Allah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.

29."Ya Hakam" ( Maha Menghukum ) - dizikirkan sebanyak 68x pada tengah malam dalam keadaan bersuci,Insya'Allah akan membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu2 agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu2 agama.

30."Ya Adl" ( Maha Adil ) - dizikirkan sebanyak 104x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, Insya'Allah diri kita selalu dapat berlaku adil.

31."Ya Lathiif" ( Maha Halus ) - dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, Insya'Allah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.

32."Ya Khabiir" ( Maha Waspada ) - dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari,terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman @ anak yang telah terpisah sekian lama.

33."Ya Haliim" ( Maha Penyantun ) - dizikirkan sebanyak 88x selepas solat 5 waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat @ apa saja, Insya'Allah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar @ diungkit-ungkitkan @ tergugat.

34."Ya 'Aziim" ( Maha Agong ) - dizikirkan sebanyak 12x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, Insya'Allah akan sembuh.Juga apabila dibaca 12x kemudian ditiup pada tangan lalu diusap2 pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, syaitan & sebagainya.

35."Ya Ghafuur" ( Maha Pengampun ) - bagi orang yang bertaubat,hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa2 & beriktikad untuk tidak mengulanginya, Insya'Allah akan diterima taubatnya oleh Allah.

36."Ya Syakuur" ( Maha Pengampun ) - dizikirkan sebanyak 40x sehabis solat hajat,sebagai ucapan terima kasih kepada Allah,Insya'Allah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah.Lakukan setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.

37."Ya 'Aliy" ( Maha Tinggi MartabatNya ) - untuk mencerdaskan otak anak kita yang lembab,tulislah zikir ini sebanyak 110x ( dalam bahasa ARAB bukannya bahasa MALAYSIA!!! ) lalu direndamkan pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya,Insya'Allah lama kelamaan otak anak akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi.Insya'Allah mujarab.

38."Ya Khabiir" ( Maha Besar )- Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas @ dilucutkan gara2 sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1000x selama 7 hari berturut2 dalam keadaan bersuci sebagai pengaduan kepada Alah.Lakukan sesudah solat tahajjud @ hajat.

39."Ya Hafiiz" ( Maha Pelindung ) - dizikirkan sebanyak 99x, Insya'Allah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila berada dalam hutan.

40."Ya Muqiit" ( Maha Pemberi Keperluan ) - Sekiranya kita berada dalam keadaan kelaparan seperti kita sesat dalam hutan @ dimana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkanlah zikir ini.Insya'Allah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.

41."Ya Hasiib" ( Maha Mencukupi ) - untuk memperteguhkan kedudukan yang kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, Insya'Allah, kedudukan kita akan teguh tanpa sebarang gangguan.

42."Ya Jaliil" ( Maha Luhur ) - barangsiapa yang mengamalkan zikir ini 1/3 malam terakhir, sebanyak 73x, Insya'Allah kita akan mendapati perubahan yang mengkagumkan - perniagaan akan bertambah maju. Anda seorang pegawai,maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi & terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.

43."Ya Kariim" ( Maha Mulia ) - untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia & di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280x ketika hendak masuk tidur.InsyaAllah Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.

44."Ya Raqiib" ( Maha Pengawas ) - bagi meminta pertolongan daripada Allah terhadap penjaga barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan ini sebanyak 50x setip hari dengan niat agar barang2 yang dikhuatirkan yang berada di tempat2 yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lain.Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. Insya'Allah...

45."Ya Mujiib" ( Maha Mengkabulkan ) - sesungguhnya Allah adalah zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55x sesudah solat subuh.Insya'Allah doa kita dimakbulkan Allah.

46."Ya Waasi' " ( Maha Luas PemberianNya ) - apabila berada dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128x setiap pagi & petang, Insya'Allah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah.Andai zikir ini sentiasa diamalkan, Insya'Allah Allah akan menjaga kita daripada hasad dengki sesama makhluk.

47."Ya Hakiim" ( Maha Bijaksana )- Bagi pelajar @ sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, Insya'Allah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkan sekurang2nya 300x setiap hari.

48."Ya Waduud" ( Maha Pencinta )- amalkan zikir ini sebanyak 11,000x setiap malam. Insya'Allah kita akan menjadi insan yang bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa dalam keadaan aman & harmoni, dikabulkan segala hajat.

49."Ya Majiid" ( Maha Mulia ) - untuk mententeramkan keluarga di mana setiap anggota sentiasa menyayangi & menghormati, khususnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebnyak 99x, sesudah itu hembuskanlah kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka.Insya'Allah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.

50."Ya Baa'its" ( Maha Membangkitkan ) - zikirkan sebanyak 100x dengan meletakkan kedua belah tangan ke dada, Insya'Allah Allah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

51."Ya Syahiid" ( Maha Menyaksikan ) - apabila ada di kalangan keluarga kita yang suka membangkang & sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.

52."Ya Haq" ( Maha Benar ) - perbanyakkanlah zikir ini,Insya'Allah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.

53."Ya Wakiil" ( Maha Berserah ) - sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat @ terjadi gempa, maka perbanyakkanlah zikir ini, Insya'Allah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.

54."Ya Qawiy" ( Maha Memiliki Kekuatan ) - amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berhadapan dengan sebarang keadaan mahupun berhadapan dengan si zalim.

55."Ya Matiin" ( Maha Sempurna Kekuatannya ) - amalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana ia mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.

56."Ya Waliy" ( Maha Melindungi ) - barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan @ kedudukan, maka amat elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya, kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.

57."Ya Hamiid" ( Maha Terpuji ) - perbanyakkanlah zikir ini sebagai pengakuan bahawa Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.

58."Ya Muhshi" ( Maha Menghitung ) - sekiranya kita inginkan diri kita digolong di dalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah ( muraqabah ), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin selepas solat 5 waktu.

59."Ya Mubdi" ( Maha Memulai / Pemula )- agar segala apa yang kita rancang akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470x setiap hari. Insya'Allah...

60."Ya Mu'id" ( Maha Mengembalikan ) - andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri & sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124x setiap hari sesudah solat. Insya'Allah dipertunjukkan hasilnya.

61."Ya Muhyii" ( Maha Menghidupkan ) - amalkan zikir ini sebanyak 58x setiap hari, Insya'Allah kita akan diberi kemuliaan darjat di dunia & akhirat kelak.

62."Ya Mumiit" ( Maha Mematikan ) - barangsiapa yang memperbanyakkan zikir ini,Insya'Allah akan dipermudahkan di dalam perniagaan, berpolitik & sebagainya.

63."Ya Hayy" ( Maha Hidup ) - untuk mencapai kekuatan mental / batiniah di dalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.

64."Ya Qayyuum" ( Maha Berdiri Dengan SendiriNya ) - telah berkata Imam Ghazali ra bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dengan "Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1000x setiap malam @ selang sehari.Hendaklah dilakukan secara berterusan, Insya'Allah akan tercapai segala hajat.

65."Ya Wajiid" ( Maha Menemukan ) - andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & kukuh pendirian, maka perbanyakkanlah zikir ini.

66."Ya Majiid" ( Maha Mulia ) - demi kecergasan otak & agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.

67."Ya Waahid" ( Maha Esa ) - bagi pasangan yang belum mempunyai cahaya mata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkan zikir ini sebanyak 190x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama 1 bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya'Allah...

68."Ya Somad" ( Maha Diminta ) - ketika dalam kelaparan akibat sesat @ kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin.Insya'Allah, diri akan berrasa segar.

69."Ya Qaadir" ( Maha Kuasa ) - apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305x setiap hari, Insya'Allah segala hajat akan berhasil.

70."Ya Muqtadir" ( Maha Menentukan ) - agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahiriah, maka berzikirlah dengan zikir ini sebeberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikr ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.

71."Ya Muqaddim" ( Maha Mendahulukan ) - menurut imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata"Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184x setiap hari, Insya'Allah, nescaya segala usahanya akan berhasil".

72."Ya Muahkhir" ( Maha Melambat-lambatkan ) - bagi meningkatkan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.

73."Ya Awwal" ( Maha Pemulaan ) - barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 27x setiap hari, Insya'Allah segala yang dihajati akan diperkenankan Allah.

74."Ya Aakhir" ( Maha Penghabisan ) - amalkan zikir ini sebanyak 200x sesudah solet 5 waktu selama 1 bulan, Insya'Allah tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.

75."Ya zhaahir" ( Maha Menyatakan ) - amalkan zikir ini sebanyak 1106x sesudah solat waktu di tempat yang sunyi ( khalwat ), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.

76."Ya Bathin" ( Maha Tersembunyi ) - Untuk ilmu yang jarang dimiliki oleh manusia biasa, dibaca untuk setiap selepas solat fardu lima waktu sebanyak 30x, pasti akan dikabulkan ilmu-ilmu yang jarang dimiliki oleh manusia biasa.

77."Ya Waaliy" ( Maha Menguasai Urusan ) - memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini.

78."Ya Muta'Aliy" ( Maha Suci / Tinggi ) - sekirnya kita berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi @ yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap.Insya'Allah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting2 akan berhasil.

79."Ya Bar" ( Maha Bagus [ Sumber Segala Kelebihan ] ) - amalkan zikir ini sebanyak mungkin setiap hari.Insya'Allah segala yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.

80."Ya Tawwaab" ( Maha Penerima Taubat ) - bagi orang yang selalu buat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.

81."Ya Muntaqim" ( Maha Penyiksa ) - Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya kepada kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. InsyaAllah, kita akan mendapat pertolongan Allah.

82."Ya 'Afuww" ( Maha Pemaaf ) - barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.

83."Ya Rauuf" ( Maha Mengasihi ) - bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman @ sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini sebeberapa mampu sama ada waktu siang mahupun malam.

84."Ya Maalikul Mulk" ( Maha Pemilik Kekuasaan ) - seseorang pengarah @ ketua yang ingin kedudukannya kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212x sesudah solat fardhu & 212x pada setiap malam selama sebulan. Insya'Allah akan mendapat pertolongan Allah.

85."Ya Zaal Jalaali Wal Ikraam" ( Maha Pemilik Keagungan & Kemuliaan ) - amalkan zikir ini sebanyak 65x setiap hari selama sebulan, Insya'Allah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.

86."Ya Muqsith" ( Maha Mengadili ) - berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, Insya'Allah Allah akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.

87."Ya Jaamiq'" ( Maha Mengumpulkan ) - sekiranya ada dikalangan keluarga kita @ isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut.Dengan izin Allah, orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.

88."Ya Ghaniy" ( Maha Kaya Raya ) - amalkan zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, Insya'Allah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu mendapat berkat.

89."Ya Mughniy" ( Maha Pemberi Kekayaan ) - mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan di dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya'Allah segala hajat kita akan tercapai.

90."Ya Maani" ( Maha Membela / Menolak ) - andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161x pada waktu menjelang subuh setiap hari, Insya'Allah kita akan terhindar dari orang-orang zalim & suka membuat angkara.

91."Ya Dhaarr" ( Maha Pembuat Bahaya ) - asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita dalam menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihadapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkan zikir ini sebanyak 1001x pada setiap hari, Insya'Allah dengan ikhtiar ini penyakit itu akan cepat sembuh.

92."Ya Naafi" ( Maha Pemberi Manfaat ) - menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barang siapa yang mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.

93."Ya Nuur" ( Maha Pemberi Cahaya ) - menurut Sheikh Ahmad Muhammad As Shawi, barangsiapa yang mengkehendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan kebaikan di dunia mahupun kebaikan di akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.

94."Ya Haadiy" ( Maha Pemberi Petunjuk ) - bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke sesuatu tempat tertentu, kemudiannya sesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya'Allah akan diberikan pertolongan Allah & akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.

95."Ya Baadii" ( Maha Indah / Tiada Bandingan ) - andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya serta berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500x selepas solat fardhu.Insya'Allah Allah akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.

96."Ya Baaqy" ( Maha Kekal ) - amalkan zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, Insya'Allah dengan ikhtiar ini semua pekerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi @ bankrap dengan berkat zikir ini.

97."Ya Waarits" ( Maha Membahagi / Mewarisi ) - sekiranya kita berzikir sebanyak 500x selepas solat fardhu @ sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah peda setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707x. Insya'Allah, berkat zikir ini Allah kan memberi petunjuk sehingga usaha kita berhasil dengan baik & memberangsangkan.

98."Ya Rasyiid" ( Maha Pandai / Bijaksana ) - walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi lebih cerdas.

99."Ya Sobuur" ( Maha Penyabar ) - agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.


(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran,
susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).


----------------------
Dalam Apa Saja Keadaan...Ingatlah ALLAH...
bermohonlah kepadaNYA kerana DIAlah sebaik-baik tempat bergantung.
 
Last edited:
Sponsored Post

yussys

Super Active Member
Joined
Mar 30, 2011
Messages
7,056
Reaction score
15
Points
65
thanks tt ingatkan... sayu bila berzikir dengan nama Allah..
 

Mizz Adilla

Active+ Member
Joined
Aug 19, 2011
Messages
4,373
Reaction score
9
Points
25
alhamdulillah..thanks TT
 

jimbajimbi

Active Member
Joined
Jul 23, 2012
Messages
1,810
Reaction score
141
Points
33
great... thanx TT...

:)

J
 

pecot85

CG Top Poster Club
Joined
Jan 11, 2009
Messages
27,979
Reaction score
826
Points
161
kena baca mcm ni ke ya mujib or ya mujibu?
 

Esplanade

Fun Poster
Joined
Sep 21, 2012
Messages
190
Reaction score
0
Points
10
Aku nak minta permudahkan hidup dan mati dengan aman dalam iman

mana satu nak pilih?
 

rickyricardo

Active Member
Joined
Mar 4, 2009
Messages
1,517
Reaction score
16
Points
25
Doa-doa Yang Makbul:
1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan
silaturrahim.

Tanda-tanda Doa Yang Makbul:
1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.

Cara-cara Berdoa:
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia
berdoa"
2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak
menerima doa dari hati yang lalai.
3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal
kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.
4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan
silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.
5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan
bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para
sahabat.
6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan
sebagainya).
 
Sponsored Post
Top
Log in Register