Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,768
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,768
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Datuk Mubarak Thahak bersama-sama lima individu lain memfailkan saman pemula untuk mendapatkan salinan minit mesyuarat Sidang Khas Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan yang berlangsung pada 17 April lepas.
Selain Mubarak, lima lagi plaintif ialah Undang Luak Jelebu Datuk Maarof Mat Rashad, Undang Luak Johol Datuk Muhammed Abdullah, Undang Luak Rembau Datuk Abdul Rahim Yasin, Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Ibni Almarhum Tunku Syed Idrus Al-Qadri dan Shahbandar Sungei Ujong Datuk Seri Utama Badarudin Abdul Khalid.
Mereka memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Seremban semalam menerusi Tetuan Deidra Sharina & Co dan menamakan Setiausaha DKU Raja Norazli Raja Nordin, DKU serta Kerajaan Negeri Sembilan sebagai defendan.
Sebelum ini, Mubarak dilaporkan sudah dilucutkan daripada kedudukan sebagai Undang Luak Sungei Ujong.
Berdasarkan dokumen diperoleh media hari ini, keenam-enam plaintif memohon deklarasi bahawa sebagai Ahli DKU, mereka berhak dibekalkan salinan minit mesyuarat Sidang Khas DKU itu yang diadakan di Istana Besar Seri Menanti.
Mereka juga memohon perintah agar minit mesyuarat berkenaan diserahkan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh keputusan mahkamah.
Turut dimohon ialah perintah agar mahkamah menggantung pelaksanaan keputusan mesyuarat khas DKU itu sehingga minit berkenaan dikemuka dan diserahkan kepada mereka selain kos, relif atau perintah lain yang difikirkan adil serta wajar oleh mahkamah.
Berdasarkan afidavit sokongan yang diikrarkan pada 16 April lepas, Muhammed berkata beliau dan plaintif kedua, kelima serta keenam telah menerima surat jemputan daripada DKU bertarikh 15 April untuk menghadiri Mesyuarat Khas itu.
Beliau mendakwa jemputan itu adalah di luar kebiasaan prosiding DKU kerana surat akan dikeluarkan sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh mesyuarat diadakan bagi membolehkan ahli-ahli mesyuarat membuat pelarasan jadual tugasan rasmi masing-masing.
Mubarak Thahak, Lima Lagi Fail Saman Dapatkan Minit Mesyuarat Dku Negeri Sembilan
mahkamah, saman pemula, Mubarak Thahak, minit mesy