BTC USD 82,260.2 Gold USD 4,195.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

mpv owner - jom lepak sini

bro join ccm dah ker.. mai la join..

blomm....meh tlg aden reg kan la...kezen aden ado suh masuk ccm ni tapi we'eh tak bagitau caro nak masuk....bro duk area mano...
 
blomm....meh tlg aden reg kan la...kezen aden ado suh masuk ccm ni tapi we'eh tak bagitau caro nak masuk....bro duk area mano...

senawang ler..rm20 seumur hidup.. isi boranag (download dlm web ccm) isi fax.. dan bank in .. tel person incharge.. tapi sebelum tuh register dulu dlm forum.. tapi forum sekarang ader kerja maintenance..
download borang dlm nih.. http://www.citraclub.com/join.php
 
hi, tompang lalu ekk

as'kum dan selamat sejahtera.. bole tak intro trus kat sini dan tanya soalan.. bole aa ek.. ni sikit biodata untuk makluman tuan/puan:-
nama : rizal bin amat (bole panggil rizal je @ cikgu)
asal : banting selangor, tapi sekarang keje di taiping perak
no telepon : 013-5303132
kereta : myvi standed
status : kahwin, anak 4, umur 37 tahun

sebenarnya memandangkan keluarga yang semakin berkembang, saya bercadang nak ambik sebuah mid-size mpv, antara tahun 2000-2002 dengan anggaran harga rm38k - rm45k. buat masa ni saya dah survey dan tengok, kereta jenis seperti berikut:-
1. opel zafira 1.8(A) tahun 2001 dan
- 1st owner (direct)
- low milage = 67k km done
- timing belt changed

2. kia carens 1st model 1.8(A) tahun 2002.
- 1st owner (direct)
- moderate milage = 116k km done
- timing belt change @ 80,000km intervals


hasil penyelidikan ringkas di dalam web, aku dapati pembelian kereta2 ni memang berbaloi jika dibandingkan dengan harga kereta ni masa dijual baru dulu. harganya dah turun dalam 50% daripada harga asal.. huuhuuhuu

FC (fuel consumption) bag kedua2 kereta agak sama utk pemanduan bandar/urban (rm100 = 300km) tapi untuk pemanduan jarak jauh (long distance/cruising) opel zafira lebih baik pada anggaran 600km/rm100 (harga petrol sekarang)

harga spare part juga agak sama, mahal juga lebih2 lagi kalu service di authorized SC (service centre) tapi kedua2nya ada rekomendation untuk part yang lebin murah. opel zafira melalui mychevyclub.net & affiliates.

saiz opel zafira lebih besar sedikit daripada kia carens. dia bole duduk 7 orang dewasa manakala carens bahagian seat belakang hanya sesuai untuk kanak2.

itu setakat yang aku dapat buat masa ni..

cuma just nak pandangan daripada kawan2 yang pernah pakai kedua2 model ni untuk memberikan idea tambahan sebelum ku membayar deposit nanti. tq very2 much...
 
bole apa.. ni ciri2 asas mpv:-
1. enjin - mesti duduk di depan macam kete;
2. seat - muat untuk 7 orang atas individual seat. kalu macam mak pangku baby tak kire arrr;
3. ada 4 pintu macam kereta saloon, atau 2 pintu biasa di depan dan pintu sliding (kiri dan kanan) di sebelah belakang;
4. suspension setup macam keter saloon;
5. jenis badan dalam geran kete tulih MPV bukan keter.. huhuhu
 
nak tanya...

1.toyota unser LGX ada lagi ke yg brand new?
2.ada sesiapa owner toyota unser tak kat sini? unser ni banyak problem tak?
 
geng nak tanya sikit..takat nie kalau mpv bawah rm100k jenis apa paling berbaloi?...dari semua segi laa...
 
mpv bawah 100k>> banyak bro
1. honda odyssey (byk variants >> rm50-100k)
2. nissan serena c24 (rm60-80k)
3. chevy nabira (rm50k++ je)
4. honda stream (rm60-90k)
5. mazda premacy (rm60-90k)
6. toyota innova?
7. kia carnival/naza ria? (leh dapat below rm50k)
8. hyundai trajet (rm39k - 50k)
9. early model toyota wish pun dekat dalam rm100k++ sikit

banyak tu.. nak jenis macam mana, full size mpv (mcm naza ria) ke mid size mpv (macam carens/citra/wish)
 
Back
Top
Log in Register