Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 67,449
Top Poster #2
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 67,449
- Reaction score
- 7,417
- Points
- 916
- Awards
- 1
BYD kekal unggul dalam 10 kenderaan elektrik (EV) paling banyak dijual di Malaysia dan telahpun menjual lebih dari 10,000 EV di Malaysia dengan pilihan kelas SUV, SUV-kompak dan juga Sedan seperti BYD Atto 3, BYD Dolphin dan BYD Seal. Hari ini mereka melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Elektrik iaitu BYD M6 yang hadir dengan 7 tempat duduk.
MPV Elektrik BYD M6 ini ditawarkan dalam dua versi iaitu versi Standard dan Extended. Versi Standard mempunyai bateri sebesar 55.4 kWh yang memberikan jarak perjalanan 420KM NEDC dengan kadar pengecasan DC 89 kW, kuasa motor elektrik 120kW yang membolehkan pecutan 0-100km/j dalam masa 10.1 saat.
Versi Extended memberikan jarak perjalanan lebih jauh iaitu 530 KM NEDC kerana mempunyai bateri 71.8 kWh yang menyokong kadar pengecasan DC 115kW. Ia juga mempunyai motor elektrik yang memberikan kuasa 150 kW membolehkan pecutan 0-100km/j dalam masa 8.6 saat.
Sebagai MPV yang boleh memuatkan 7 orang, ia turut dilengkapi dengan pelbagai fungsi seperti V2L membolehkan pengguna memasang peralatan elektrik pada palam 3-pin yang tersedia, paparan 12.8-inci yang boleh berputar dan menyokong Apple CarPlay atau Android Auto, pengecas nirwayar 15W untuk telefon pintar, ruang storan 580 liter apabila tempat duduk baris ketiga dilipat, serta fungsi-fungsi keselamatan pemanduan yang menyeluruh.
BYD M6 versi Standard akan dijual pada harga RM 109,800 manakala versi Extended ditawarkan pada harga RM 123,800 Kedua-dua versi ini turut didatangkan dengan jaminan 6 tahun atau 150,000 KM, jaminan bateri selama 8 tahun atau 160,000 KM dengan kebolehan bateri melebihi 70% dan jaminan 8 tahun atau 150,000km untuk unit motor elektrik.
300 tempahan pertama akan menerima unit pengecas EV dan 100 pengguna yang menempah di acara mereka di Dataran Karnival Shah Alam akan menerima kredit pengecasan RM800 dari Gentari. Anda boleh hadir sendiri ke Dataran Karnival Shah Alam untuk melihat dan melakukan pandu uji MPV terbaru dari BYD ini.