BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MPV Geely Galaxy V900 cata rekod dunia boleh muat 42 orang

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
van-mini-ragam.jpeg

Geely Galaxy V900 mencatatkan rekod dunia selepas ia boleh memuatkan seramai 42 penari wanita. - Car News China

BEIJING – Sebuah van mini buatan China menempa nama dalam Guinness World Records selepas kenderaan elektrik jarak jauh (EREV) itu memuatkan seramai 42 orang, lapor portal berita Car News China.

Geely Galaxy V900 mencatatkan rekod dunia untuk bilangan orang paling banyak yang dimuatkan dalam kenderaan pelbagai guna (MPV).

Percubaan memecahkan rekod dunia itu melibatkan kira-kira 42 penari wanita dengan purata ketinggian 170 sentimeter pada 27 Oktober lalu.

Keluasan kabin Galaxy V900 adalah 8.41 meter persegi dengan jarak antara barisan tempat duduk melebihi 1 meter, manakala kadar penggunaan ruang mencecah 91.8 peratus.

Model tersebut menampilkan dua varian berbeza iaitu enam tempat duduk dan lapan tempat duduk. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register