BTC USD 95,161.1 Gold USD 3,309.64
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MPV elektrik BYD M6 dilancar, harga bermula RM109,800

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,235
Joined
Apr 18, 2010
Messages
48,235
Reaction score
5,293
Points
486
Awards
1
2024_BYD_M6_Launch-1-850x567.jpg


SHAH ALAM: Sime Darby Motors, pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia, melancarkan BYD M6 pada harga atas jalan tanpa insurans bermula daripada RM109,800.

Harga varian tertinggi BYD M6 pula bermula daripada RM123,800.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) elektrik tujuh tempat duduk itu boleh didapati dalam empat warna iaitu Crystal White, Ink Stone Blue, Cosmos Black dan Harbour Grey.

Pengarah Urusan Sime Darby Motors, Jeffrey Gan, berkata pelancaran ini adalah pencapaian syarikat dalam perjalanan Malaysia ke arah mobiliti lestari, selain menawarkan pilihan keluarga yang luas, selesa, selamat dan mesra alam dalam segmen kenderaan elektrik (EV) yang semakin popular.


"Dengan memanfaatkan pemahaman mendalam kami mengenai pasaran tempatan dan keperluan keluarga Malaysia, pengenalan BYD M6 berfungsi untuk merapatkan jurang antara pemanduan yang mesra alam dan keperluan praktikal bagi keluarga yang lebih besar.

"Dengan BYD M6, kami bukan sahaja menawarkan penyelesaian pengangkutan yang lestari, malah keluarga juga boleh menikmati kenderaan elektrik dengam ciri-ciri yang canggih," katanya semasa pelancaran BYD M6 di sini, hari ini.

BYD M6 menawarkan ruang kaki dan kepala yang luas di semua barisan, yang mana reka bentuk inovatif ini membolehkan susunan tempat duduk fleksibel, dengan tempat duduk barisan kedua dan ketiga boleh dilipat rata sepenuhnya selain mengembangkan ruang but sebesar 580 liter.

Bahagian luar BYD M6 dengan reka bentuk yang canggih, menampilkan gaya aerodinamik 'Dragon Face' yang mengoptimumkan aliran udara sambil memberikan penampilan yang anggun dan moden.

Kenderaan ini dilengkapi dengan skrin sentuh berputar 12.8 inci yang dikuasakan oleh Sistem BYD Di-Link, yang mengintegrasikan Apple CarPlay dan Android Auto secara lancar untuk pengalaman pemanduan yang penuh sambungan.

Selain itu, BYD M6 dilengkapi dengan keupayaan 'Vehicle-to-Load' (V2L), yang berfungsi sebagai stesen kuasa mudah alih, ciri yang sesuai untuk aktiviti luar seperti berkelah atau bagi pemilik yang ingin mengendalikan perniagaan mudah alih tanpa memerlukan penjana kuasa, sama ada dalam industri makanan atau perkhidmatan.

Bagi varian Standard, kenderaan ini boleh memecut dari kosong hingga 100 kilometer per jam (km/j) dalam masa 10.1 saat, manakala varian Extended mampu melakukannya dalam 8.6 saat.

Julat elektrik untuk Standard adalah 420 kilometer, manakala Extended menawarkan sehingga 530 km dan kuasa maksimum yang dihasilkan ialah 120 kilowatt (kW) untuk Standard dan 150 kW untuk Extended, dengan kapasiti bateri masing-masing sebanyak 55.4 kilowatt-jam (kWh) dan 71.8 kWh.

Kenderaan ini dilengkapi dengan pakej jaminan komprehensif termasuk jaminan selama enam tahun atau 150,000 kilometer untuk kenderaan, lapan tahun atau 160,000 kilometer dengan 'State of Health' (SOH) melebihi 70 peratus untuk bateri, serta jaminan lapan tahun atau 150,000 kilometer untuk unit pemacu.

 

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register