BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Monolog Kehidupan

Teruslah berharap ampunan,
wahai jiwa yang penuh dosa.
Teruslah berharap rahmat
wahai jiwa yang pernah patah
Ketahuilah,kasih sayang Rabb kita jauh lebih besar
dari murkaNya
 
Jangan berkira dgn diri sendiri
kita dah kerja keras,kalau rasa nak makan sedap,makan je.
nak beli barang mahal,beli je
Self Reward
 
apakah_masa_tidak_cukup.jpg

. .
 
Tidak ada manusia yg baik-baik saja di dunia ini.
semuanya sedang berjuang dgn ujiannya masing-masing
 
Kesilapan Besar Lelaki

Tahu tak, kesilapan besar lelaki nowadays adalah selesa membiarkan isteri hidup berdikari dan menguruskan hidupnya seorang diri.
Itu bagus untuk mereka tapi tidak bagus utk hubungan.

Yup, perempuan zaman sekarang mampu memandu sendiri ke mana hala yang dia ingin tuju. Menguruskan anak2 sendiri..Beli barang keperluan di pasaraya sendiri. Eat alone among the crowds. Menguruskan emosinya sendiri. Either menangis bawah shower. Atau seronok makan kek depan tv sendiri.

Kamu tidak langsung bertanya rutinnya kerana kamu fikir tak banyak beza pada rutinnya setiap hari. Sibuk memenuhi kekosongan jiwa di media sosial, smartphone application atau game..sibuk dengan kerja sendiri dan kawan2 daripada mengambil tahu kekosongan pasangan sendiri. Samada kewujudan kamu disedari atau tidak.its same. Sampai satu tahap dia akan fikir semua benda boleh buat so apa guna ada kamu lagi?

Call lah walau seminit atau mesej lah walau sepatah. Jadikan itu rutin walau di mana jua. Walau kesibukan mengejar kamu. Walau masa mencemburui kamu.
Sekurangnya tanya dia..Adakah harini kamu ok? sihat ke tidak dia..Tanya awak dah makan ke belum...Ada apa2 masalah ke hari ini..

Benda yang kamu rasa remeh dan kecik untuk ditanya itulah yang sebenarnya mampu menyentuh hati dia, paling dalam.
Dan sekurang-kurangnya dia masih rasa you are still there in her life.
Tapi percayalah bila hatinya telah tawar buat lah macam mana pun tetap akan tawar. Isteri amanah Allah untuk kamu zahir dan batin.

Jangan sampai isteri akan mati rasa terhadap kamu.
Mungkin nampak dia tak kisah..Tapi dia memendam rasa yg teramat.
Seandainya kamu meremehkan perasaan dan hati seorang isteri jawablah kamu dengan Allah di akhirat kelak.
Jangan tanya mengapa rezeki kamu sempit kerana kamu sendiri menyempitkan ruang kasih sayang kamu pada seorang yg bergelar isteri.

kredit facebook.com/profile.php?id=100064643054354
 
Astagfirullah hal'azim..baru saya faham.
Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, memang Allah uji kesabaran tahap tinggi.
Usia 36, 37 dan 38 tu memang kemuncaklah senang cerita.
Cuba kalian tengok sendiri rakan sekerja yang dalam lingkungan usia 36, 37, 38 dan 39 tahun.
Tak pun cuba kalian semak diri sendiri.

Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun!
Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu.
Kesihatan.
Keluarga.
Sahabat.
Kerjaya.
Ibubapa.
Adik-beradik.
Kebendaan.
Sampai kita akan rasa macam tak cukup tanah nak lari.
You have to face it!

Masa inilah ada yang rumahtangga goyang.
Masa inilah ada yang hilang kerjaya.
Masa inilah ada yang mula sakit-sakit.
Masa inilah ada yang dikhianati sahabat sendiri.
Masa inilah ada yang berada dalam dilema macam-macam hal.
Masa inilah diuji dengan masalah kewangan
Masa inilah anak-anak membesar dan banyak akal.

Ya! Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah paling dahsyat!
Menguji keimanan.
Menguji kesabaran.
Melatih diri dengan reda dan ikhlas.
Mendidik hati belajar memaafkan dan melupakan.
Mengajar diri menjadi lebih beriman.

DIA jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu.
DIA nak kita sujud dan istighfar kepadaNya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat?
Masuk sahaja usia 40 tahun, ALL IS NEW!

Hati lebih sabar.
Hati lebih tenang.
Hati lebih ikhlas.
Hati lebih tawaduk.
Hidup lebih bahagia.
Hidup lebih nampak arah tujunya.
Hidup lebih mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan.
Kerana Allah sayang, dia jentik dengan ujian sebagai teguran. Dia suruh kita bersedia ke alam kekal.

Masuk usia 40, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir dan kelam kabut lagi dengan urusan dunia.
Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.
Semua urusan diniatkan ibadah.
Sudah mula ke rumah Allah.
Sudah mula perbaiki diri.
Sudah mula perbaiki solat.
Sudah mula perbaiki akhlak dan adab.
Sudah mula perbaiki tutur kata agar tidak menyakiti hati orang lain.

Tapi, jika kita ini asyik mengulang silap yang lepas, diusia 40 nanti tidak ada yang berubah. Macam itu sahajalah. Rugi.
Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Baginda sabar.

Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu dizahirkan dengan bibir adalah kata-kata yang tidak menyakiti hati orang lain. Yang perlu dihulurkan oleh tangan adalah pemberian tanpa balas. Yang perlu dilihat oleh mata adalah kesilapan sendiri. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa.

Apa juga yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita akan mula buat pilihan, buang atau kekal. Ambil yang baik, atau kekalkan yang tidak baik.
Jangan tidak percaya, segala ujian akan berulang lagi dan lagi. Ketika itu, kita akan hadapi dengan lebih tenang. Kerana apa? Kerana kita sudah ada pengalaman itu. Tuhan sudah didik kita bagaimana mahu hadapinya. Tuhan sudah beri pengajaran pada pengalaman yang lepas. Segalanya tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk perbaharui iman yang kian kusam. Bukankah iman kita ini boleh bertambah dan berkurangan. Itulah fungsi ujian!
 
Anak...
Dari kecil didukung...dijaga...dibelai...diberi sepenuh kasih sayang...
Kita hanya merancang...
Perancangan Allah adalah segala-segalanya
Adakah ini takdir?
Adakah kita boleh mengubah takdir?
Macam mana?
Hanya doa dan harapan...selamanya...
Sehingga sembuh...
 
Kita tidak boleh mengubah masa, tetapi kita boleh menjadi masa itu berkat dengan doa dan usaha-usaha yang ikhlas dan baik. Untuk merentasi kehidupan dan belantara masa, banyak perkara yang kita tidak dapat duga. Kita mungkin merancang dengan perancangan yang hebat, tapi siapa yang dapat menjamin ia akan terjadi seperti yang dirancangkan. Kepada Allah jua kita bergantung. Betapa banyak rancangan yang hebat, Allah tukar ia menjadi kerdil.

Doa Nabi s.a.w
يا حَيُّ يا قيّومُ ، بِرَحْمَتِكَ أسْتَغِيثُ ، أصْلِحْ لِي شَأنِي كُلَّهُ ، وَلا تَكِلْنِي إلى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ
“Ya Haiyyu, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata”

Sebagai seorang hamba pendosa lagi daif yang menyedari betapa hidup memerlukan perlindungan Allah, doa ini perlu menjadi teman sepanjang waktu. Semoga Allah memberkati umur kita dan membantu segala urusan kita. Kita tidak boleh menghalang putaran masa. Kita tidak boleh menghentikan masa. Kita tidak boleh mengembalikan masa. Namun kita boleh memohon kepada Allah agar masa kita diberkati.
 
Akan ku terus ketuk pintu Tuhanku
Menangis dan mengadu
Tentang dunia yang penuh sendu
Dikala mata-mata sedang lesu beradu
Akan kuseru namaMu
Di penjuru waktu yang sunyi dan sayu

Akan ku terus ketuk pintu Tuhanku
Sekalipun tanganku penuh debu
Sedangkan pintu itu seputih susu dan salju
Kerana ku tahu
Tuhanku tidak pernah menghalau tamu
Yang datang bertemu dan menyeru
Sekalipun dosa memenuhi angkasa
Namun keampunanNya meliputi segala

Akan ku terus ketuk pintu Tuhanku
Tanpa jemu tanpa malu
Selagiku memanggilNya, Dia Maha Tahu
Aku hanya seorang hamba
Ada dosa, ada pahala
Namun Dia Yang Maha Mulia
Limpahan kemaafan tiada tepian
Kerana Dia Tuhan Ar-Rahman
Sedangkan aku insan penuh kedaifan.

Akan ku terus ketuk pintu Tuhanku
Mengadu dalam sayu dan sendu
Merintih tentang dunia yg letih
Janganlah aku Dikau sisih
Dari kurniaan nikmat kasih
Diri yang kotor pohon dibersih
Terimalah istighfar
Terimalah tasbih
 
Back
Top
Log in Register