BTC USD 63,124.5 Gold USD 4,470.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Monolog Kehidupan

Hidup ni memang hambar kalau takda orang faham apa yang kita cuba nak sampaikan. Hidup ni memang gelap kalau takda orang nampak bila kita menjerit memanggil mereka. Hidup ni memang sunyi kalau orang yang kita sayang tinggalkan kita. Tapi sedalam manapun kehambaran, kegelapan atau kesunyian itu sebenarnya bergantung pada diri kita sendiri. Kalau kita kuat untuk lawan kesakitan itu semua, kita sendiri yang akan dapat rasa alangkah kecilnya dunia ni. Masa tu nanti, baru kita akan sedar bahawa penyesalan tanpa kekuatan untuk bangun kembali hanyalah sia-sia.

Takda orang yang gagal dalam dunia ni walaupun dia duduk di tempat yang paling belakang. Walaupun dia jatuh bila ditolak seseorang. Walaupun dia ditinggalkan keseorangan dalam tempat yang sunyi dan tiada sesiapa dapat mendengar jeritannya. Selagi dia cuba melangkah ke hadapan, selagi dia cuba bangun dari kejatuhan itu, selagi dia cuba untuk mencari jalan keluar yang boleh membebaskan diri dia, selagi itulah cahaya kejayaan akan sentiasa menunggu dia di akhir jalan sana

Memang bukan senang nak dapatkan apa yang kita hajatkan. Bukan senang juga kita nak menerima sesuatu yang datang dalam hidup kita dan sesuatu itu kita langsung tak harapkan. Bukan semua kehendak kita dapat ditunaikan sekaligus. Kadang-kadang sesetengah apa yang kita minta tak dapat diberi tapi sebaliknya telah digantikan dengan sesuatu yang lebih baik untuk diri kita sendiri. Bezanya, antara kita sedar atau tidak

Cuba pejam mata untuk seketika dan fikirkan perkara yang paling buat kita gembira dan tersenyum. Apa sahaja. Tempat, suasana, peristiwa, seseorang atau benda. Perasan tak, dalam diam kita akan tersenyum sendiri. Semua masalah akan dilupakan seketika. Walau hanya seketika, sekurang-kurangnya ada sesuatu yang dapat buat kita tersenyum. Bukankah itu bahagia?

Sedalam manapun kesedihan yang kita alami, kalau kita sendiri yang taknak keluar daripada kesedihan tu, kalau kita sendiri yang terus menjerat diri kita dalam kesakitan tu, kalau kita sendiri yang membiarkan hati kita terus-terusan menangis, kita takkan rasa apa itu bahagia. Nasihat boleh diminta. Cara boleh diberi. Diri kita sendirilah yang kena bangun sendiri dan ambil langkah pertama untuk keluar daripada keluhan itu. Tak susah sebenarnya. Pinta bimbingan kekuatan dariNya, semoga apa yang kita inginkan akan dipermudahkan
 
Kedudukan setiap insan disisiNya hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Tidak mustahil orang yang kita tengok didunia ini dia tidak baik, tiba-tiba di akhirat dia mendahului kita didalam kebaikan.
Allah mengetahui setiap benda yang ada dalam jantung hati manusia.

Setiap kita sama kelihatannya, tapi tidak sama apa yang terpendam dalam jiwa kita.
Setiap orang yang duduk dalam saf dan menyatakan "Allahu Akbar" bunyinya sama, tapi tidak sama khusyuknya.
Setiap orang yang berdoa "Ya Rabb" bunyinya sama, tapi tidak sama dalam tawakal dan harapannya.

Setiap orang mengaku beriman bunyinya sama, tapi adakah sama antara iman kita dengan iman Abu Bakar, iman kita dengan para sahabat dan iman kita antara kita.
Allah mengetahui apa yang zahir dan yang batil di kalangan hambaNya.
Kita hanya mengetahui yang zahir sahaja, mungkin satu hari dia di sisi Allah lebih baik dari kita. Jangan kita lupa Dia memasukkan pelacur yang memberi minum kepada anjing ke dalam syurga, inikan pula pada hambanya yang lain.
Kedudukan insan disisiNya hanya Allah Maha Mengetahui.

Rahmat Allah itu lebih luas dari sangkaan insan, ia datang dalam pelbagai rupa dan cara.
jalan pulang ke pangkuan Tuhan terlalu luas.
Allah tidak jauh, berdoalah kepadaNya
 
setiap pagi hantar kat grup wasap
Buka matamu gapailah semangatmu
Buatlah yg terbaik untuk hari ini
 
Umur dah meningkat,kita kena belajar susun keutamaan.
Mana satu nak fokus,mana satu sampingan.
Mana satu nak gaduh,mana satu nak abaikan.
Mana satu nak beria,mana satu pandang sebelah mata.
Kalau setiap masa kita fokus benda negatif,masa bila kita nak hargai kebaikan orang
 
Kita kena belajar berterus terang.

Terus terang kadang-kadang mungkin sakit,tetapi ia memudahkan semua orang. Contohnya kalau orang minta tolong kita, kita tak dapat tolong, kita berterus terang kata tak dapat tolong kali ni dan ia akan memudahkan orang yang minta tolong untuk cari jalan lain.

Kalau ada orang minat kat kita, tapi kita tak minat pun dekat dia, kita berterus terang supaya kita tak beri harapan palsu dan buang masa orang tersebut.

Kalau ada plan, kemudian tak jadi atau ada halangan, kita berterus terang. Ia akan memudahkan pihak disana untuk buat perancangan baru.

Dalam budaya Melayu, untuk bercakap benar dan berterus terang amatlah sukar. Selain untuk berterus terang, kita juga sukar untuk menerima jawapan yang berterus terang, semua perkara hendak bubuh dihati.

Berterus terang bukan bermaksud tidak beradab. Berterus terang adalah bercakap benar dan ia dituntut oleh ajaran Islam. Saya faham ini perkara mudah dicakap tapi sukar dilaksanakan.

Tetapi sekarang saya mengamalkan amalan ini dan hidup saya lebih mudah dan smooth. Cubalah!
-husamworld.wordpress.com
 
Kaya. Ramai org salah tafsir. ingat kaya ingat duit.sebenarnya kaya ni membawa maksud yg luas. apa guna kaya,rumah besar,kereta mewah tapi hidup tak bahagia, tidur atas tilam empuk tapi tak lena. Lebih baik hidup sederhana tapi tidur lena dan setiap kali buka mata kita rasa bahagia dan gembira. rasa Gembira, Bahagia dan Tenang itulah kaya yang sebenar
 
..........
Doa-kawan2.png
 
TIGA FASA DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

1. Di umur Remaja, kamu miliki masa dan tenaga. Tapi kamu tidak mempunyai harta.

2. Ketika fasa bekerja, kamu miliki harta dan tenaga. Tapi kamu tidak mempunyai masa.

3. Ketika fasa usia warga emas, kamu miliki harta dan masa. Tapi kamu tidak mempunyai tenaga.

Inilah kehidupan.
Ketika dianugerahkan sesuatu kepada kamu, diambil sesuatu yang lain dari kamu.
Kita selalu percaya kehidupan orang lain lebih baik daripada kita. Orang lain pula percaya kehidupan kita lebih baik daripada mereka.
Semua itu terjadi kerana kita kehilangan sesuatu yang penting dalam kehidupan kita dan ia adalah :
(Merasa Cukup dan Bersyukur dengan kecukupan ini)

Yang hidup dikampung berasa nak ke bandar, yang dibandar pula ingin pulang ke kampung.

Bila hujan, kita tanya bila nak kemarau. Di musim kemarau kita tanya bila la hujan nak turun.

Bila duduk di rumah, rasa nak keluar, bila keluar pula rasa ingin pulang ke rumah.

Waktu sunyi kita nak kepada orang ramai, bila ramai orang pula jadi serabut perut, berasa nak kepada kesunyian.

Ternyata, sesuatu nampak indah kerana belum kita miliki. Bila telah dimiliki lain pula jadinya.

Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki.

Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki.

Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki.

Bersyukur atas keluarga yang kita miliki.

Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki.

Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki.

Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki.

Bersyukur di dalam segala perkara.

Jauhilah sifat sombong dengan apa yang kita miliki.

Kerana, segala ini tidak berkekalan.

Segala puji bagi ALLAH
 
Apa yang kita harapkan dari kehidupan ini ialah keredhaan Tuhan..Ini sebuah perjalanan yang menemukan kita dengan pelbagai cabaran dan ujian..Dunia boleh berbicara apa sahaja, namun yang penting apakah kedudukan kita di sisiNYA..kita boleh memutuskan kemesraan dengan sesiapa pun tetapi kita tidak akan mampu menanggung derita jiwa jika terputus hubungan dengan Yang Maha Pencipta..Ya Allah! kasihanilah kami dan terimalah kami di sisiMU

Kita banyak melakukan kesilapan. Begitu lumrah hidup kita sebagai manusia,hamba Allah yang hina. Takkan pernah lari dari kesilapan. Kita perlu pastikan yang kita lebih banyak buat perkara yang betul berbanding buat silap. Kita harus memilih dan berusaha untuk berada dalam suasana yang dapat menarik kita untuk sentiasa buat perkara yang betul. Jadi jangan cuba memenangkan diri sendiri atau lari dari kesilapan bila ternyata diri kita yang lakukan. Ternyata melarikan diri telah memasukkan diri kita ke arah jalan yang silap. Beranikan diri berhadapan dengan kesilapan supaya kesilapan itu akan membentuk kembali diri kita menjadi orang yang sentiasa memilih melakukan perkara yang betul
 
Back
Top
Log in Register