BTC USD 83,585.0 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Monolog Kehidupan

Sujud merupakan nikmat yang besar bagi hamba yang bersolat. Semasa sujud, terasa jiwa kehambaan dan keagungan ALLAH Yang Maha Tinggi Kemuliaan dan KebesaranNYA. Demikian itu serasi dengan ucapan dalam sujud سبحان ربي الأعلى (Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi).

Sesiapa yang sering berdoa ketika sujud akan mengetahui betapa mustajabnya doa di waktu itu. Inilah yang diberitahu oleh Nabi s.a.w bahawa ketika sujud jiwa kita begitu hampir kepada ALLAH, maka, perbanyakkan doa semasa sujud. Doa semasa sujud penuh dengan kelazatan dan nikmat ruhani yang sukar digambarkan. Sesiapa yang melazimi sesuatu doa semasa sujud, dia akan melihat kurniaan ALLAH untuk doanya.

Sesiapa yang selalu berdoa kepada ALLAH, akan merasai ALLAH itu dekat seperti yang al-Quran dan al-Sunnah nyatakan.
 
Solat penghubung kita dengan ALLAH. Ia adalah saluran hubungan yang ALLAH sendiri ajar manusia untuk mendekatkan diri dan berbicara denganNYA. Maka, memastikan solat kita seiras seperti yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w dari segi sifat dan kualitinya amatlah penting. Jika tidak, saluran hubungan tidak kita jelas atau diiktiraf oleh ALLAH, Tuhan yang telah menurunkan syariat untuk kita.

Solat dari segi bahasa bermaksud doa. Dalam Solat penuh dengan doa pengharapan kita kepada ALLAH. Sujud dalam solat merupakan waktu yang paling hampir seorang hamba dengan Tuhannya. Maka, Nabi s.a.w menyuruh kita membanyakkan doa semasa sujud. Demikianlah juga sebelum memberi salam, digalakkan kita berdoa.

Doa yang penuh pasrah menjadikan jiwa hamba dekat dengan Tuhannya. Sesiapa yang solat gagal menjadikannya merasa dekat dengan ALLAH, bererti solatnya ada kecacatan yang perlu dibaiki. Sesiapa yang berusaha membaiki solatnya sehingga lahir rasa cinta dan pasrah dalam solat, maka dia berusaha membaiki hubungan dengan Penciptanya. Sesiapa yang baik hubungan dengan ALLAH Yang Maha Berkuasa, maka hilang segala kebimbangan dalam dirinya
 
Saya pun nak try monolog

Kalau tak suka bagitau

Bila kita meniti usia nie
Makin hari makin ramai musibat haramjaddah kita jumpa

Dan disaat itu baru kita sedari
Dunia dipenuhi musibat
Maka kita yang perlu jadi penyelamat
Kalau ramai sangat jahat
Sapa yang akan jadi baik kita la kena jadi baik

Musibat haramjaddah nie mengganggu kehidupan manusia sejagat

Tipu sana sini biarkan manusia derita
Dan terpaling musibat adalah bank

Mengambil riba tahap baabiii kepada si penghutang

Hutang rumah kalau dua ratus ribu jadi empat ratus ribu dan kalau hutang lima ratus ribu jadi satu juta

Maka terbeban la manusia tambah plak inflasi opr setahun sampai brapa kali naik

Manusia sebenarnya tak suka hutang tapi terpaksa hutang kalau tak hutang camna nak beli rumah nak beli kereta nak beli keperluan manusia

Bukan semua mampu beli tunai sekiranya ramai mampu maka musibat haramjaddah bank nanti lingkup la tak leh cari makan

Maka kesimpulannya

Yang paling musibat dan termusibat haramjaddah di malaysia di dunia adalah bank dan riba

Memberikan kesengsaraan pada umat manusia dari muda sampai tua kutuk nak mampuih tak sedar diri
 
Teringin plak nak monolog

Aku ka gila atau diorang ka gila

Hidup atas dunia nie macam macam gila yang kita kena hadapi

Ada yang gila penting diri sendiri
Apa jadi pun dia yang perlu diutamakan
Kegilaan diri sendiri banyak kita nampak atas jalan
Bawa ikut gila sendiri tukar lane tanpa signal dan masuk laluan bertentangan

Selain dari gila pada diri sendiri,
dia akan gila terutamanya berkaitan hon
Walaupun dia salah sebabkan hon kegilaan diri sendiri dia akan mengamuk

Atas jalan ramai gila bila dengar hon menyirap darah tapi sendiri yang bawa keta cam gila tak sedar diri tue gila

Ada plak manusia akhir zaman banyak gila duit
Kegilaan duit melampau antaranya gaji dia dah la kecik contoh rm2,000 tapi kerana gila dia sanggup loan pinjaman sampai rapat gaji
Cukup bulan jadi gila sebab gaji kecik jadi lagi kecik
Maka mula la jadi gila kat tempat keja
Gila ot gila bodek nak naik pangkat nak naik gaji
Asalnya sebab gila duit

Selain gila duit ada manusia gila jantan gila pompuan gila talak gila judi gila janda gila makan gila shopping gila nak jadi boss gila nak menang undi gila nak jadi kaya gila nak famous gila nak viral gila nak jadi penyanyi no 1 negara

Maka gila akan menjadi lebih gila

Sekarang plak gila nak raya cina

Kegilaan adalah satu gila yang penting dalam hidup manusia

Bila gila baru dia akan usaha gila nak berjaya

Yang penting dalam hidup jangan gila laki suami orang dan gila bini isteri orang

Nie mau elak nanti kita akan berhadapan dengan gila yang paling gila

Gila nak membalas dendam

Kenapa saya tulis kegilaan nie

Sebab saya dah gila nak tulis monolog

Maka sebab tue saya tulis kegilaan ini

Dan sebab utama sebab saya gila masuk carigold
 
rezeki Allah itu luas
Jika bukan dengan duit,diberikan kesihatan yg baik, keluarga bahagia, kawan-kawan yg baik dan urusan dipermudahkan
 
motivasi itu tidak boleh ditunggu dari luar,tetapi hadir dari dalam diri sendiri
 
E8doJD.jpg

. .
 
Sujud rukuk etc arti kata sebanar bukan cium bumi tanah daaaa

Tp ketaatan kita kpd tuan kita
Mcm kita sembah raja atau majikan

Ok ke depan bos kita sembah rukuk sujud 5x sehari dpn dia, pastu meratib puja-puji2 bodek dia wahhh bos manyak besar, manyak suci 100x sehari
Sanggup tak mkn konon2 acah2 bekerja seharian 😂

Tp kat belakang dia, kita sakau duit kompeni, makan gaji buta, fitnah buli staf tipu customer dia etc

Dgn harapan majikan akan bg gaji besau mcm pahala bonus dpt rumah kompeni surgawi

Hahaha mimpi laa weiii
 
Sujud rukuk etc arti kata sebanar bukan cium bumi tanah daaaa

Tp ketaatan kita kpd tuan kita
Mcm kita sembah raja atau majikan

Ok ke depan bos kita sembah rukuk sujud 5x sehari dpn dia, pastu meratib puja-puji2 bodek dia wahhh bos manyak besar, manyak suci 100x sehari
Sanggup tak mkn konon2 acah2 bekerja seharian 😂

Tp kat belakang dia, kita sakau duit kompeni, makan gaji buta, fitnah buli staf tipu customer dia etc

Dgn harapan majikan akan bg gaji besau mcm pahala bonus dpt rumah kompeni surgawi

Hahaha mimpi laa weiii
Tuan Ang sapa....klau masih ada istilah tuan xsmp lg Ang 🤣🤣🤣
 
Back
Top
Log in Register